5 Mei 2014

Ranking Pengomen Tegar DJH Bulan April 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,ini adalah pertama kalinya angah menunjukkan ranking Pengomen Tegar Blog DJH kepada anda semua selepas angah berehat sebentar selama sebulan lebih tempoh hari. Alhamdulillah,sokongan dan dorongan dari anda masih angah dapat. Terima kasih kepada smeua yang menyokong DJH.


Tahniah diucapkan kepada blogger Muhammad Khairuddin Lim kerana berjaya berada di tempat pertama. Manakala blogger Kathy R'Bain di tempat kedua. Seterusnya adalah blogger Asha Lya di tempat ke tiga. Seterusnya ialah blogger Farah Waheda Wahid,Fxrizxx exo,Norhasniza Khalid,Sukma Haron,Wafi Remli,Wan Maruzen Wan Husain dan Kisah Si Dairy.
Untuk kalangan terakhir ini,diketuai blogger Syira Lokman,dan seterusnya ialah Cik Itah,Jia Rizaira,AyuInsyirah,Cik La Shahril,Karimah Zulkafli,Mar Mansor,Normi Nieza.Nurfaezah Abdullah dan PakcikLie.
Terima kasih diucapkan kepada anda yang masih menyokong DJH sehingga ke hari ini. In Shaa Allah,semoga anda akan berjaya juga di suatu hari nanti. Angah harap supaya anda sentiasa menyokong DJH ye! :D
Sekian. 

Read more ...

Belum apa-apa lagi sudah pandai berlagak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Panjang pula tajuk entry kali ini. Sebenarnya angah nak bercerita tentang menjadi seorang pemuzik.Ya,sememangnya bila kita masih di tahap bawah,kita sepatutnya tidak perlu berlagak atau bercakap besar kerana sesungguhnya ada lagi orang yang lagi hebat daripada anda.
Kalaupun anda sudah menjadi pemuzik hebat,tak bermakna itu sudah menjadi suatu tiket untuk anda menjadi terlampau berlagak. Ingatlah bahawa orang yang berlagak selalu rugi. Ye lah,dia akan rugi apabila ramai orang bercakap tentang perangai buruknya,akhirnya menyebabkan dia kehilangan rakan-rakan.
Macam dalam situasi kawan angah ni,walaupun dia masih baru,tetapi perangainya yang berlagak dan sifat seperti sudah menjadi seorang PEMUZIK handalan menyebabkan ramai senior-senior bercakap hal-hal buruk tentang dirinya. Angah sebagai seorang kawanya turut merasa sedih apabila mendengar cerita buruk yang sememangnya bagi angah adalah sesuatu yang tidak betul.
Semuanya berpunca apabila,kawan angah ini bersikap berlagak dan sombong. Apabila kita bersikap baik dan berkawan dengan semua,in shaa Allah kehidupan kita akan lebih lancar tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. In shaa Allah,kita juga boleh atur jadual harian dengan lebih senang.
Menjadi seorang pemuzik ini bukannya senang. Kita perlukan masa untuk berlatih dan belajar muzik sekiranya mahu menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Tiada masa untuk bermain-main atau melakukan sebarang perkara yang akan membuat kita leka. In shaa Allah apabila kita fokus dalam mencapai apa yang kita mahukan,kita akan berjaya juga akhirnya.
Sekian. 
Read more ...

SABAR : Nak Kahwin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SABAR

Sabar... Pertamanya angah perlu sabar dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Dugaan yang diturunkan oleh Yang Maha Kuasa kepada seorang hambanya. Apa yang angah tahu,semua yang diberinya adalah setara dengan kemampuan hambaNya sendiri,maka sudah semestinya setiap hambaNya mampu hadapi setiap dugaan.
Sabar... Keduanya angah perlu sabar untuk mencapai cita-cita angah.Ya,setiap orang semestinya inginkan cita-cita mereka tercapai.Sama juga dengan angah,walaupun masih samar-samar lagi,tapi angah dah tahu hala tuju angah. Asalkan angah berusaha dan majukan diri,in shaa Allah,angah akan berjaya mendapatkan apa yang angah mahu,
Sabar... Ketiganya angah perlu bersabar sebelum berkahwin.Entah kenapa,angah teringin sangat mempunyai family sendiri,mempunyai anak dan isteri sendiri. Bukannya apa,angah malas nak bercintan-cintun sebelum kahwin. Sebab sudah semestinya akan ada maksiat walaupun sekelumit zarah kan?
Sabar... Keempatnya angah perlu bersabar sebelum dapat pergi ke tempat yang angah nak tuju. Huhu,impian angah adalah menjejakkan kaki di negara Jepun.Memang daripada kecil angah nak pergi negara tu.In shaa Allah suatu hari nanti,angah akan dapat juga pergi ke sana. 
Sabar... Kelimanya angah perlu bersabar untuk melayan orang-orang yang tak pernah nak sabar.Eh*? Macam pelik pulak? Haha,memang sebegitu. Orang-orang yang tak sabar,kita kena layan mereka dengan cara yang sabar.
Sekian.
Read more ...