8 Mei 2014

Mengidam Ketupat...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tiba-tiba di siang hari,angah lapar nak makan ketupat pulak.Betapa sedapnya ketupat yang mak angah masakkan di hari sebelum nak raya. Masih lagi ingat,sehari sebelum raya,sudah pastinya dekat rumah angah dah ada macam-macam bau. Bau ketupat,rendang,kuih raya.
Dan yang paling best bau baju raya baru. Hehe,memang best bila teringatkan raya. Tapi kalai ni angah nak bercerita pasal ketupat. Sememangnya angah lebih sukakan ketupat daun palas. Angah siap boleh balut lagi daun tu,sebab mak dengan ayah angah ajarkan.

Angah tak berapa gemar ketupat yang satu lagi tu,angah lagi suka ketupat pulut sebab lagi umphh. Tapi takpela,ikut orang juga. Bila time nak mencari daun palas tu,memang best. Kalau time dulu-dulu,pergi masuk hutan belakang rumah kat kampung semata-mata nak cari daun palas. Tapi sekarang dah boleh jumpa dekat pasar dah. Ada orng jual.
Ada lagi tak sesiapa yang tak pernah rasa ketupat daun palas? Kalau belumangah nak jemput anda semua untuk datang ke rumah angah time raya nanti :D 
Read more ...

Blogger Terbaik Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah tak sangka angah dapat sambutan yang ramai .Tambah-tambah apabila sambutan kali ini daripada fanpage DJH sendiri.Apa yang angah minta anda lakukan hanyalah tinggalkan link blog anda di status DJH beserta jumlah followers.
Alhamdulillah,motif angah membuat sebegini hanyalah sekadar memberi peransang kepada para blogger untuk lebih aktif dan bergiat dalam dunia blogging. Tak kisahlah kalau dia tu part time ke,full time blogger ke,yang pasti anda tetap blogger.
Jadi,senarai di bawah ni adalah  senarai blog dan juga jumlah followers.
Di sini angah nak suruh anda lakukan sesuatu.
  1. Blogwalking setiap blog dibawah,Follow blog mereka.
  2. Tinggalkan komen di blog mereka,dan mention sekali nama blog anda dalam komen itu.
  3. Sekian.
 In shaa Allah,mereka akan follow blog anda kembali.Kalau mereka tak follow anda balik pun tak apa,kira sedekah. 
  1. http://www.dramaterbaik.com/  Followers 1
  2. http://akuvsdiashadhira.blogspot.com Followers 1960
  3. http://www.cikkmira.com  Followers 943
  4. http://nora-norasyimahsaifullahoifficialblog.blogspot.com/ Followers 641
  5. http://wafiremli.blogspot.com Followers 314
  6. http://biarlahkalamberbicara.blogspot.com/ Followers 118
  7. http://adnan-daughter.blogspot.com/ Followers 225
  8. http://natasya-pink.blogspot.com/ Followers 1163
  9. http://www.azhafizah.com/ Followers 5570
  10. http://www.nadiasecreto.com/
  11. http://namakusuzy.blogspot.com/ Followers 171
  12. http://hajarashikin.blogspot.com Followers 518
  13. http://www.zazazehra.com/ Followers 1505
  14. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/ Followers 355
  15. http://iyqa92.blogspot.com/ Followers 115
  16. http://norhanamarsom.blogspot.com/ Followers 37
  17. http://syiralokman.blogspot.com/ Followers 3721
  18. http://sharifahamarina.blogspot.com/ Followers 939
  19. http://www.sheilashahfiekry.blogspot.com/ Followers 939
  20. http://chenta-taugeh.blogspot.com/ Followers 236
  21. http://dirax.blogspot.com Followers 122
  22. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com Followers 612
  23. http://cikaadhirah.blogspot.com Followers 49
  24. http://keranaakumalu.blogspot.com/ Followers 347
  25. http://www.aienhermionie.com/ Followers 1035
  26. http://iz-z.blogspot.com/ Followers 672
  27. http://www.iuzira.com/ Followers 685
  28. http://violetulip93.blogspot.com/ Followers 593
  29. http://isyapurple.blogspot.com/ Followers 321
  30. http://nadhirahafieqah.blogspot.com/ Followers 204
  31. http://ssurianahyana.blogspot.com/ Followers 315
  32. http://www.aimisyahirah.com/ Followers 2006
  33. http://www.mawardiyunus.com/ Followers 1500
  34. http://justforfund.blogspot.com Followers 1227
  35. http://www.cekgunorazimah.com Followers 705
  36. http://aswadz.blogspot.com/ Followers 502
  37. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/ Followers 2913
  38. http://adramycien.blogspot.com/ Followers 963
  39. http://farhanazulkafli-96.blogspot.com/ Followers 322
  40. http://akubudokganu.blogspot.com/ Followers 84
  41. http://atiqahamelya.blogspot.com Followers 80
  42. http://sejarahcintamastura.blogspot.com/ Followers 154
  43. http://syahadasyuhada.blogspot.com/ Followers 59
  44. http://bidadarikayangan90.blogspot.com/ Followers 193
  45. http://www.lamanprincess.blogspot.com/ Followers 118
  46. http://nazirahnyerr.blogspot.com Followers 730
Sekian sahaja daripada angah. Angah rasa ini sahaja yang angah boleh lakukan untuk menghargai jasa anda semua terhadap DJH!! :D
Read more ...

The Latest Handphone...





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya angah bukanlah jenis orang yang suka menghabiskan duit dengan membeli handphone. Bagi angah handphone tu,setakat nak call dan mesej seseorang sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Kadang-kadang angah tengok kawan-kawan angah berluma-lumba nak pastikan diorang menggunakan the latest handphone. Takpe la kalau duit tu,diorang dapat hasil kerja sendiri,tapi kalau setakat nak menunjuk-nunjuk,lepas tu guna duit parent bagi untuk study pulak. Bagi angah itu bukannya sesuatu yag munasabah untuk di lihat.
Macam angah sendiri,angah tak kisah brand atau jenama apa,asalkan handphone tu masih boleh diguna dan sesuai dengan angah. Tak perlu ada handphone sebesar buku,tetapi bila disaat  betul2 hendak digunakan,bateri hanphone tu habis pula.
Jadi,pesan angah kepada rakan-rakan di luar sana. Daripada menghabiskan duit dengan membeli handphone mahal-mahal,lebih baik beli makanan,dapat kenyangkan diri kan?? 
Sekian 

Read more ...

11 Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak share dengan anda semua tentang amalam sunnah yang khusus yang dilakukan ketika bulan ramadhan. Nampak sangat agah tak sabar nak masuk bulan Ramadhan kan?
Sememangnya angah sangat tertarik dengan amalam-amalam sunnah ini.Apa yng angah tahu,in shaa Allah angah akan mengamalkannya pada bulan Ramadhan nanti. Jadi,angah nak mengajak semua pembaca DJH untuk sama-sama mengamalkan 11 Amalam ini.
Jom sama-sama amalkan.


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi. 
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim) 
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
Read more ...