10 Mei 2014

Soksek Aku Datang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mesti kebanyakan orang pelik bila tengok tajuk entry ni kan? SOKSEK?? Apakah itu? Untuk pengetahuan semua,Soksek merupakan singkatan nama bagi sekolah angah yang dulu. Iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
Sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di negeri Pulau Pinang. Hari sabtu,bersamaan hari ini iaitu tanggal 10/5/2014,angah telah menjejakkan kaki sekali lagi ke sekolah angah.
Kenapa angah datang sekolah pulak time tengah cuti semester? Kan tengah bercuti,jadi angah rasa baik angah pergi sekolah. Lagipun angah boleh mengajar mereka tentang Muzik. Untuk pengetahuan semua,angah belajar muzik daripada sekolah itu, dan sekarang bila angah dah sambung belajar di UiTM Shah Alam,angah rasa macam dah tanggungjawab angah untuk ajar balik budak-budak sekolah.
Lagi pula,angah boleh luangkan masa yang terlampau banyak terbuang dengan mengajar student. Rasa macam oke je. Hehe, tetiba angah rasa rindu dengan sekolah. Boleh angah tengok balik atau mengimbau kenangan lalu kan?
Sekian. 
 
 
 
Read more ...

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Read more ...

Berhenti Sekejap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Klik Gambar Untuk Lebih Besar

Fahami maksud dan situasi di dalam gambar di atas terlebih dahulu ye!
Kali ini angah nak share lagi dakwah yang menarik yang sangat-sangat baik bagi angah. Dakwah melalui siri komik. Kali ini adalah kebaikan Solat Istikharah. Kadang-kadang bila kita dah buntu sangat,lebih baik kita lakukan solat istikharah. In shaa Allah,kita akan dapat jalan yang sebenar-benarnya dan diredhai Allah. S.W.T.
Sekian. 

Sumber : Muslim's Show

Read more ...

Rumah Blackout Tengah Malam.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kenapa Blackout? Okeylah kali ini angah nak cerita pasal blackout pulak. Sudah dua malam berturut-turut rumah angah dan kawasan sekitar blackout tepat tengah malam. Sangat pelik!!
Kejadian ini akan berlaku pada awal 11 malam dan berlanjutan sehingga 1 hingga ke 2 pagi. Yang peliknya,tiada amaran atau sebarang pernyataan daripada pihak TNB kepada kawasan rumah angah.
Dan yang lebih memelikkan lagi adalah rumah-rumah banglo dan orang kaya,ada je elektrik,bila rumah orang biasa-biasa ni  takde pulak. Mungkin diorang guna elektrik sendiri kut. *Bersangka baik.
Apa yang angah kesalkan adalah ada kes kecurian pulak dah ketika blackout. Sebuah rumah,selang 5 buah rumah daripada rumah angah,dimasuki pencuri.Dan mereka mncuri sebuah motorsikal.
Nampaknya seperti sudah dirancang pencurian itu. Apa-apa pun angah still dalam mood curiga.
Sekian. 
 
 
 

Read more ...