12 Mei 2014

Jenis-Jenis Dadah Yang Patut Kita Tahu..


JENIS- JENIS DADAH
 
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubat dan bahan-bahan yan disalahguna
OPIAT
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. 
Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Morfin Mentah
  • Bentuk blok/serbuk
  • Bertanda ‘999’
  • Mengandungi 70% - 90% morfin
  • Juga dikenali sebagai Heroin No. 1
Bes Morfin
  • Seperti serbuk kopi halus
  • Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
  • Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
  • Pil kecil berwarna putih/coklat pucat
Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Opiat Sintetik
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti ‘methadone’, ‘pethidine’, dipipanone’ dan ‘dextropropoxyphene’. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini ‘methadone’ digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
STIMULAN

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau ‘Amphetamine-type-stimulants (ATS)’ dan kokain.
Amfetamin
Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Methamphetamine
“Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh “methamphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan. 
Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan  Tengah di samping negara-negara Eropah.
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granules”, “Crack” mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
MDMA
“Methaylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil  “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. 
Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok ‘genus kanabis’ yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. 
Minyak Hashish
Minyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan
 penagih di negara-negara barat.
Depresen
Ubat DepresenBarbiturates

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
TranquilizerContoh ubat  “sedative” ialah “barbiturates”  manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap “erimin-5” sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol. 
Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara 
berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
GHB
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drug” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
KetaminKetamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat –ubat dan Bahan Yang Disalahguna
Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik. Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
Inhalan

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
Daun Ketum
Daun ketum atau “species mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. 
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. 
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
 

Angah : Kadang-kadang kita perlu tahu jugak tentang DADAH. Sebab manalah tahu kalau tiba-tiba anak2 kita bawak baik ubat pelik2... mencegah lebih baik daripada merawat..
Read more ...

Lelaki pakai KAIN PELIKAT lebih kacak ??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni angah nak ajar anda tentang cara-cara nak pakai kain pelikat. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Dan mungkin ada juga yang mengatakan memakai kain pelikat adalah kuno dan sudah ketinggalan zaman.
Bagi angah,pemakaian kain pelikat adalah sangat bagus. Sangat selesa di pakai,sebab kita rasa berangin je,lagi satu,tak perlu nak malu kononnya nampak macam perempuan,sebab pakai kain,sebab kain pelikat di khaskan untuk lelaki.
Angah ada tanya kawan perempuan angah tentang pandangan mereka terhadap orang lelaki yang memakai kain pelikat.
Pendapat mereka :-
"Nampak macho dan sangat gagah bila i tengok orang lelaki pakai kain pelikat. Terus i cair. Dari muka tak hensem,terus i nampak dia hensem."
"Pendapat aku lah kan,nampak baik dan sopan je bila lelaki pakai kain pelikat.Lagi satu,nampak kacak la pulak. Mungkin sebab dia amalkan apa yang orang melayu pakai sejak zaman dulu lagi."
Jadi,sudah jelaslah di sini bahawa pemakaian kain pelikat sangat dibolehkan. Cuma yang agak pelik adalah sekarang ni,warga muda lelaki sudah jarang memakai kain pelikat. Kalau nak pakai pun,mungkin ketika berkhatan dan ketika menunggu waktu "terung" kembali sihat.
Angah tak kata pun bahawa diwajibkan terus,cuma alangkah baiknya kalau masih lagi ramai yang memakai kain pelikat. Mungkin ramai yang pakai,tetapi ketika di dalam rumah.*Bersangka baik.
Eh,lupa pulak. Kalau nak tau cara-cara pakai kain pelikat dengan betul,boleh tengok gambar di atas. Ada seorang pakcik sedang mengajar anda tu. Kalau tak reti juga,boleh tanya soalan di ruangan komen.
Sekian.

Angah : Update entry ini sambil pakai kain pelikat. 
Read more ...

Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik.
Psoriasis melibatkan antara dua hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.
Bagaimanapun, lebih banyak kes berlaku di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun, atau 60 tahun ke atas.
Psoriasis boleh diwarisi melalui faktor genetik secara ‘polygenic’ atau autosomal dorminant with incomplete penetrance dan di HLA-C kromosom 6.
Faktor merangsang psoriasis
* Cahaya matahari
- Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.
* Ubat-ubatan
- Ubat seperti beta blockers untuk rawatan darah tinggi dan sakit jantung, lithium untuk sakit psikiatri dan ubat untuk rawatan malaria juga boleh merangsang psoriasis.
* Jangkitan kuman
- Jangkitan seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria Streptococcus juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’.
* Fenomena ‘koebner’
- Trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu, luka atau pembedahan akan menyebabkan psoriasis tumbuh di tempat tersebut. Fenomena ini dikenali sebagai fenomena ‘koebner’.
Proses pembentukan psoriasis
Psoriasis boleh berlaku atau terbentuk di mana-mana bahagian kulit, dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku.
Penyakit ini terjadi disebabkan abnormaliti pada sistem imuniti, atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.
Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hari sebelum sel mati itu tertanggal daripada badan.
Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imuniti badan akan mempercepatkan proses kitaran kulit kepada empat hari sahaja.
Ini menyebabkan sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil proliferasi) iaitu 20 kali ganda dari kadar biasa.
Pada peringkat awal, psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah.
Tompok merah ini kemudiannya menebal dan mengeras. Lapisan keras berkenaan seterusnya akan menjadi sel-sel mati berwarna perak (silvery scales).
Kepingan ini amat mudah dikopek, meninggalkan permukaan yang berdarah. Tompok-tompok ini juga berasa panas dan seperti terbakar.
Tahap penyakit
Tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang terlibat.
* Tahap ringan (mild)
- Serangan psoriasis yang melibatkan kurang daripada dua peratus permukaan kulit.
* Sederhana (moderate)
- Serangan yang melibatkan tiga hingga 10 peratus permukaan kulit.
l Teruk (severe)
Jika lebih 10 peratus bahagian kulit terlibat.
Kesan psoriasis

* Kesan psikologi
Pesakit psoriasis berasa malu dan tertekan dengan keadaan kulit bersisik dan merah terutamanya jika sisik-sisik psoriasis jatuh bertaburan di baju, tilam dan lantai.
Masyarakat yang tidak memahami penyakit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan murung.
Ini mungkin kerana mereka tersalah sangka penyakit ini boleh berjangkit atau tidak selesa dengan keadaan kulit pesakit yang sedikit berbeza.
* Artritis
Pesakit psoriasis boleh juga mendapat masalah artritis yang disebabkan oleh psoriasis yang dinamakan psoriatic arthropathy.
Ia berlaku kepada lima peratus pesakit psoriasis. Jari tangan, kaki dan sendi-sendi seperti siku, lengan, bahu, lutut, buku lali dan punggung juga boleh menjadi sakit dan bengkak.
Rawatan
Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya ubat sapu, ubat makan dan fototerapi.
Di antara ubat sapu yang digunakan untuk merawat pesakit adalah seperti kortikosteroid, vitamin D3, antralin, terapi dan tar arang.
Ubat makan pula adalah seperti retinoid, methotrexate, ciclosporin, hydroxyurea sementara fototerapi adalah rawatan yang menggunakan terapi sinar UVA atau UVB. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini.

Sekian. 
Read more ...

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun dilapangan yang terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
A.Tujuan
Tujuan bersolat pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.
Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
B. CARA SOLAT AIDIL FITRI
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
C. Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri
Niat: أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
1. Pada rakaat pertama:
a. Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:
b.Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
c.Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
2. Rakaat ke-dua:
a. Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b. Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
E. Khutbah Solat Aidilfitri
Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
1. Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
2. Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.
Diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
D.Perempuan
Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
E. Adab Solat Aidilfitri
Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
Memperbanyakkan membaca takbir, tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
Sumber

Angah : Tak sabar nak berhari raya,dapat bermaafan dan berjumpan dengan seluruh sanak saudara. Yang paling best adalah bila boleh kutip duit raya walaupun dah besar panjang. 
Read more ...