13 Mei 2014

Segmen Blog Review




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedang asyik berblogwalking,angah terjumpa segmen review blog. Macam menarik je. Jadi angah nak join.Mudah dan simple je caranya. 
KLIK SINI untuk join..

Support sesama blogger...
Read more ...

The Five Levels Of Fear



The Five Levels Of Fear

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lawak la pulak,cuba anda perhatikan betul-betul. Daripada level 1 sampai level 5,kelakar gila. Tapi sememangnya angah rasa benar sekali. Bila kita dapat kata-kata " We need to talk." daripada some one yang kita sayang.
Ataupun dapat panggilan bertubi-tubi daripada mak kita sendiri.Sudah semestinya sesuatu sudah berlaku. Angah sendiri pun takut bila keadaan jadi sebegitu.Angah sangat takut kalau-kalau panggilan itu mampu membuatkan angah tersentak selepas itu.
Apa-apa pun selamat hari selasa everyone!! :D 
 

Read more ...

"Now,do you understand?"



Grab a plate and throw it on the ground.
Ok done.
Did it break?
Yes.
Now say sorry to it.
Sorry.
Did it go back to the way it was before?
No.
Now,do you understand?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda mengalami keadaan yang sama seperti di atas? Pernah? Angah pernah alaminya,apabila ada seseorang dah melakukan sesuatu kejahatan yang paling dahsyat terhadap angah,dan bila dah terkantoi,dia minta maaf,dan selepas itu dia kata "Sedangkan nabi pun ampunkan ummat,inikan pula kita kan??."
 Angah pun kata balik kat dia, " Aku bukannya nabi,dan hang bukannya ummat aku." Ingat senang-senang je macam tu,bila dah minta maaf segala-galanya dah berakhir??Dah rasa macam semuanya dah kembali aman? Think people.
Memanglah,bila kita dah minta maaf,sebab memaafkan adalah yang terbaik,tapi bagi angah sendiri,walaupun angah dah maafkan tetapi perkara yang dia buat,belum mampu untuk hilang dari fikiran angah. Mungkin kena tunggu lagi bertahun-tahun baru angah boleh lupa..
Think People.. 
 


Read more ...

11 Tabiat Lelaki Malas



11 Tabiat Lelaki Malas

  1. Tidak mencuci pakaian.
  2. Tidak mengemas rumah.
  3. Tidak membasuh pinggan.
  4. Tidak menggosok baju.
  5. Tidak bercukur.
  6. Rambut kusut.
  7. Tidak datang ke Pejabat/Kuliah.
  8. Tidak mencuci kenderaan.
  9. Tidak menjaga penampilan diri.
  10. Tidak suka membaca.
  11. Tidak bangun awal pagi. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Angah terjumpa gambar ini ketika sedang berseronok di Twitter. 11 tabiat lelaki yang malas? Wahai lelaki sekalian adakah anda malas? Atau wahai wanita d luar sana,adakah suami,boyfriend,tunang,anak anda malas? 
Bagi angah lah kan,angah sendiri tak masuk kut dalam senarai lelaki yang malas,sebab apa? Semuanya angah tak buat pun .
Kadang-kadang ada je perempuan yang lagi malas daripada lelaki kan? Dan yang paling ohsome lagi adalah apabila suami isteri dan anak sama-sama malas.Macam manalah keadaan rumah keluarga tu nanti?
Angah bersyukur sebab dapat ibu bapa yang mengajar anak supaya jangan malas. Ditambah lagi dengan angah pernah tinggal di asrama selama 5 tahun dan sekarang juga masih lagi berada di kolej ,jadi angah rasa sifat malas masih belum mampu melawan sifat rajin.
Membaca? Angah rajin membaca,kadang-kadang angah akan membaca artikel yang menarik dalam akhbar,akhbar online dan juga majalah. Jadi,secara totalnya angah bukanlah seorang yang tidak suka membaca.
Bangun awal pagi? Sememangnya mmg susah untuk angah bangun tiap pagi,selepas dah solat subuh,angah akan tidur balik. Huhu,tapi kalau time ada kelas,mungkin angah akan siap awal,sebab angah tak suka bila bersiap dalam keadaan kelamkabut,pasti akan ada barang yang tertinggal.
Bagaimana dengan anda pula?? 
 
 
 
 
 
Read more ...

Liebster Award #1




The Rules
  • Mention who nominated you with a link to their blog.
  • Answer the 11 question asked.
  • Nominate 11 others bloggers.
  • Create 11 of your questions for them to answer.
  • Notify your nominate.

 The Question
1. macam mana terdetik hati tu nak jadi seorang blogger?
Terdetik hati? Entah,time tu angah form 3,saja buat blog. Dan boleh dikatakan setiap bulan agah akan ke kedai komputer untuk update blog. Betapa susahnya angah nak berblogging ketika itu. 
2. kawan atau family tau tak anda ni blogger?
Family tau.Tambah-tambah mak angah,sebab selalu kalau menang giveaway,angah akan bagi barang2 tu dekat mak angah. Kawan-kawan pulak yang rapat sahaja. Kalau yang kawan jenis kenal tak kenal tu,sure diorang tak tau. 
3. pengalaman jadi blogger...manis atau pahit?
Ada yang manis. Terutamanya bila entry kita dapat diterima ramai orang,selain itu bila kita menang Giveaway atau blog kita dikomen dengan ucapan paling menarik oleh blogger lain. Yang pahit pulak,bila blog kita dikutuk orang lain,selain itu,bila time edit blog,tiba-tiba blog jadi kosong,terpaksa edit balik jadi macam biasa. 
4. asal mane?
Angah asal dari tanah. Kahkah. Angah asal Kedah,lahir kat Kedah,dibesarkan di Perak,Pulau Pinang. Dan sekarang sambung belajar di UiTM Shah Alam. 
5. Artis lelaki/perempuan yang anda minat?
Artis lelaki? Rasanya tak ada la pulak. Perempuan mungkin Siti Nurhaliza. Sebenarnya malas la nak ikut perkembangan dunia hiburan yang tak berkembang ni. 
6. Teringin untuk jadi sesiapa tak?
Mestilah!! Angah teringin na jadi anak yang soleh,seorang imam yang bagus untuk anak-anak dan isterinya.Selain itu,angah nak jadi pemimpin yang bagus untuk diri sendiri.Kalau hal keduniaan pulak,angah nak jadi pemuzik terbaik di Malaysia. 
7. Apa yang paling nak dalam hidup?
Iman,hubungan antara kita dengan Allah S.W.T dan juga hubungan antara kita dengan manusia. 
8. Anda ni student ke worker? keje mane..study mane?
Macam yang angah bagitau sebelum ini,angah adalah seorang student.Angah belajar di UiTM Shah Alam dalam kos MUZIK. 
9.bila orang tau anda ni blogger..pernah kena kutuk tak?
Tak ada la pulak orang nak kutuk,cuma ada yang perli,ada jugak yang ucap tahniah dan pelbagai lagi. 
10. pendapat anda mengenai lelaki/perempuan? kalau anda perempuan kena bagi pendapat mengenai lelaki dan begitulah sebaliknya
Pendapat mengenai perempuan? Perempuan adalah makhluk indah ciptaan Tuhan yang dicipta untuk melengkapkan kehidupan seorang lelaki. 
11. Pendapat anda mengenai blog saya =)
Blog yang cantik dan menarik. Angah suka kaler biru.Widget pun tak berterabur.Secara overall angah suka blog anda. KLIK SINI 
 My Question
  1. Siapakah anda?
  2. Huraikan blog Diari Jejaka Hangat dalam satu karangan lengkap.
  3. Huraikan blog anda pula dalam satu karangan lengkap.
  4. Pendapat anda tentang dunia blogging masa kini?
  5. Pendapat anda tentang cara tingkatkan pageviews blog?
  6. Kekuatan dan kelemahan anda ialah...
  7. Pengalaman manis dan pahit dalam hidup anda...
  8. Ceritakan tentang sejarah blog anda.
  9. Siapakah blogger famous yang anda kenal?
  10. Siapakah artis yang anda suka dan anda tidak suka?
  11. 5 perkara yang anda akan buat kalau anda MATI hari esok.
Mangsa Tag

  1. http://www.ianfaizal.com/
  2. http://www.mamaniza.com/
  3. http://angellovesoldier.blogspot.com/
  4. http://hajarashikin.blogspot.com/
  5. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/
  6. http://mselim3.blogspot.com/
  7. Semua yang baca entry ini!!!! 
Kalau anda dah baca entry ini,anda terpaksa balas entry ini tau!! Sebab anda dah baca,jadi anda juga di tag.
Sebenarnya dah lama angah tengok blogger-blogger main benda ni,cuma angah masih tunggu bilakah angah akan ditag,akhirnya angah ditag juga. Terima kasih Hajar kerana tag angah. Dan seterusnya angah tag Hajar balik hehe. Boleh kan?? 
 

 

Read more ...