15 Mei 2014

Kelebihan Istighfar




Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa beristigfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka. "
Riwayat Abu Daud 

Sekian.



Read more ...

Membuat Pilihan




MUG 231 : Fundamentals Of Music Education
MUG 307 : Intro to Performance Studies
MUG 183 : Basic Harmony

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekali lagi,angah terpaksa membuat pilihan dalam memilih subjek untuk semester hadapan. Ingat ke time sekolah je yg kena pilih subjek. Masih ingat ketika angah di awal tingkatan 4 terpaksa memilih bidang yang angah perlu ceburi antara sains hayat dan juga sains teknikal.
Yang mana satu yang angah patut pilih? Antara education,performance dan juga basic harmony.I think maybe education kut. Sebab rasanya mengajar orang adalah satu kepakaran angah. cewahh..
Performance? Memang angah minat untuk perform,tapi angah agak gugup kalau nak perform depan orang ramai. Selain itu,angah kena fikir juga pasal CGPA ,susah nak kekalkan gred kalau subjek tak kena kan??
In shaa Allah,angah dah buat keputusan yang jelas untuk angah pilih. Terima kasih. 
 Sekian.

Read more ...

5 Review Blog Hebat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah angah diberi peluang sekali lagi untuk mereview 5 blog ohsome dan hebat. Macam mana mereka terpilih untuk direview?Semuanya adalah hasil mereka memberikan link blog mereka di fanpage blog DJH. Tak sia-sia mereka like fanpage DJH.
Anda bagaimana?
Okeylah,jadi sekarang ini mari kita sama-sama blogwalking ke blog mereka!! :D 


Blog ini pada mulanya angah ingatkan adalah milik seorang budak kecil,rupanya ianya adalah milik ibu kepada budak itu.
"Isteri Kepada Mr Suhaimi,
Umi Kepada Nur Aina Insyirah,
Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz.. "

Apa yang angah suka tentang blog ini adalah header yang cantik dan menarik.First impression sudah semestinya pada header blog. Seorang blogger yang peramah,selalu juga komen dekat blog DJH sampaikan masuk carta pengomen tegar!!
Banyak entry-entry yang menarik yang angah jumpa,salah satunya ialah entry ini :  http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/05/kalau-rasa.html
Apa-apa pun blog ini terbaik,sebab takde widget yang terabur dan iklan yang melampau-lampau. Good job!! :D 


Blog purple. Apple Mints,adakah ianya sebuah blog yang menceritakan tentang apple semata-mata? Angah rasa tidak.
"Syaza Raihanah. 19 years old girl who has a BIG dream. 
A daughter. A sister. A student. A friend. Kuala Lumpur, Malaysia. 
Diploma in Business Administration, IIC."
Blog cantik dan menarik.First impression, header yang simple dan kemas.Kemudian keluar lagu. Macam yang angah pernah sebut sebelum ini,angah tak suka blog yang keluar lagu entah apa-apa. Tapi untuk blog ini,angah boleh off kan lagu tersebut dengan mudah. Jadi disitu dapat memudahkan angah.
Banyak juga drama online yang terdapat di dalam blog ini seperti : Love You Mr Arrogant,Ariana Rose,Temptation Of Wife,Aku Isterinya dan banyak lagi.Secara jujur,angah suka dengan blog yang simple dan cantik seperti ini. Good job!!


http://www.dramaterbaik.com/

Melihat kepada tajuk blog ini,sudah mesti dalam kepala hotak dah terkeluar nama-nama drama dan filem yang tengah hot sekarang ini. Ianya sudah semestinya. Sebuah blog yang penuh dengan drama terbaik di pasaran.
Ada cerita-cerita seperti : Aku Isterinya | Aiman Fajar | Tanah Kubur dan lain-lain lagi.
First impression, mana headernya?Angah tercari-cari mana headernya.Mungkin tidak diletakkan lagi.Bukannya apa,bagi angah,kalau ada header tentu lebih menarik. Selain itu,iklan yang banyak membuatkan angah rasa pening. Mungkin bagi mereka yang mencari drama online tidak berasa sebegitu.
Apa-apapun ia merupakan blog yang menarik untuk mencari drama-drama online ketika ini.Jadi,kalau anda inginkan drama-drama online,bolehlah anda terus ke blog ini!! :D 


http://www.haneeza.com/

Blog seterusnya adalah bewarna PINK!! Hahaha,obvius sangat kan?Angah rasa macam dah lama tak blogwalking ke blog ini.
Hye,welcome to my blog.
I will prefer you to call me Neeza.
Now study in UiTM & course Pre-Law.
Thanks for visit & don't use harsh word here."
Pemilik blog ini sebaya dengan angah. Wow,sangat menarik. Apa yang angah dapat tengok,header yang sangat simple.Angah suka tengok header yang simple. Dan yang paling best, dekat atas blog itu ada seperti rambu rambai macam kat langsir rumah tu.
Banyak entry-entry yang menarik dalam blog ini seperti : http://www.haneeza.com/2014/05/special-note-to-spm-leavers.html 
Very nice blog kata orang putih. Walaupun ada lagu,tetapi butang untuk tutup lagu tetap ada,dan ini membuatkan angah lebih suka dengan blog ini. Good Job. 



http://natasya-pink.blogspot.com/

Blog yang misteri bagi angah. Kenapa? Sebab headernya tidak kelihatan. Satu lagi,susah untuk angah godek-godek blog ini. Mungkin sebab pengeditan blognya sudah sebegitu.
Antara entry menarik : http://natasya-pink.blogspot.com/2014/05/just-one-more-day_6.html 
"I'm a sensitive type of girl.. cepat terasa dan mudah menangis also lebih suka menyendiri.. 

Loved 
• being childish - sometimes only
• blogging + facebook'ing
• eating
• lepak'ing
• singging
• shoppink • dancing • reading "

Walau apa pun,bagi angah blog yang menarik sebab merupakan blogskin kut? Kan. Akhirnya baru angah jumpa button untuk godek-godek dalam blog.Apa apa pun,blog yang menarik!! Good Job.
 Sekian.

Angah rasa blog angah adalah seburuk-buruk blog yang ada dalam dunia ini. Sebab apa? Sebab kalau blog angah buruk,jadi sudah semestinya angah akan tingkatkan prestasi blog angah kan? :D 



Read more ...

Ranking Alexa 15.5.2014




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah ranking blog DJH semakin bagus! Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T. Ranking kali ini jauh lebih baik daripada sebelum ini. Cuma apa yang angah kesalkan adalah ranking bagi Global Rank agak jatuh merudum manakala ranking Malaysia meningkat.
Global Rank : 325,701
Rank In Malaysia : 1,918 
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang tak putus-putus memberikan sokongan kepada DJH. In shaa Allah angah akan balas budi anda dengan sesuatu di masa hadapan.

Read more ...