16 Mei 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Read more ...

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai sembilan pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!
Read more ...

Selamat Hari Guru 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah terpanggil untuk membuat satu entry khas berkenaan Hari Guru. First of all,angah nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan sesiapa sahaja yang pernah memberi ilmu,anda adalah seorang yang paling mulia kerana memberi ilmu kepada orang lain.
Masih angah ingat,ketika angah di Tadika Islam,Kuala Kangsar,ketika itu ada seorang cikgu,namanya Cikgu Maryam.Tapi itu adalah ketika tahun 2001,ketika angah berusia 6 tahun.Tak sangka dah lama berlalu ,tetapi angah masih boleh ingat lagi nama cikgu.
Kemudian di sekolah rendah,angah berjaya mengenali ramai cikgu,kerana apa? Kerana angah bersekolah rendah di 3 buah sekolah!! Sekolah pertama,Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2,Kuala Kangsar. Kenangan manis? Kenangan ketika berkelah di tepi padang sekolah time waktu kelas. Angah bersekolah di situ ketika darjah satu dan darjah dua sahaja.
Kemudian,angah berpindah ke Beruas,Perak.Angah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beruas,Perak. Kenangan manis adalah angah masuk pertandingan nasyid.Selain itu,angah juga pernah menjadi penyajak terbaik sekolah.Angah bersekolah di situ dari darjah 2 sehingga darjah 5
Kemudian angah berpindah lagi ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan,Kedah.Kenangan manis? Sudah semestinya apabila angah mendapat 5A dalam UPSR!! Angah bersekolah di situ dari darjah 5 sehingga darjah 6.
Sekolah menengah pula,angah bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Pulau Pinang. Kenangan manis? Banyak sangat kenangan manis,antaranya dapat straight A's dalam exam.
Sekarang pula angah sedang belajar di UiTM Shah Alam,Selangor.Alhamdulillah,setakat ini baik-baik sahaja.
Ucapan :
"Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini.Terima kasih kerana sanggup mengajar saya sehingga berjaya berada dimana saya berada ketika ini."
Sekian. 
Read more ...

Tazkirah Jumaat #5 : Hindari Riak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hindari Rasa Riak Dalam Beramal.

Tanda-Tanda Riak :
1. Malas ketika bersendirian
2.Bersemangat ketika berada di tengah orang ramai
3.Bertambah amalannya jika dipuji
4.Berkurang amalan jika tidak mendapat pujian

Anda bagaimana?

Read more ...

Tazkirah Jumaat #4 : Bahayanya Fitnah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bahayanya Fitnah

Perbuatan fitnah lebih berbahaya 
daripada pembunuhan kerana
 menyebabkan masyarakat hilang rasa
 kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT : "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al Baqarah : 217 )

Fitnah. Sangat susah untuk menghindarkan diri daripada melakukan fitnah.Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita sebarkan di dalam media sosial adalah perkara benar ataupun sekadar fitnah.
Sama juga seperti kes politik yang semakin lama semakin menjadi-jadi. Pihak ini mengatakan sesuatu,manakala sebelah pihak lagi mengatakan sebaliknya. Jadi,yang mana satukah fitnah? Kita yang turut sama share perkara itu,tidak tahu adakah ianya fitnah atau perkara benar.
Sama juga seperti hal hiburan di tanah air. Kita asyik melihat gosip-gosip di kaca televisyen,di dada akhbar,dan apabila kita melihat,terus kita mengiyakannya sedangkan ,kita bukannya tengok sendiri. Adakah ianya fitnah atau perkara benar?
Fitnah lagi teruk daripada membunuh.Daripada menfitnah,lebih baik membunuh,daripada membunuh,lebih baik tak payah hidup dalam dunia ini. Hidup sekadar bunuh berbunuh,adakah anda akan puas?
Fikir-fikirkannya..
Read more ...