18 Mei 2014

Have you ever seen muslims praying?



"In prayer, Muslims stand together ; poor next to rich,young next to aged
,white next to black.. all lined up in rows in an expression of reverence to Allah Almighty."

Berbanggalah anda!!!

Read more ...

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam
Read more ...

Tips Untuk Anda Berjaya dan Cemerlang Di iPTA/iPTS



Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Entry Khas!! Khas untuk anda yang akan menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Entry khas untuk Lepasan SPM yang baru sahaja mendapat keputusan UPU dan juga baru sahaja selesai membuat keputusan untuk sambung belajar.Selalunya,ramai yang akan tersesat dan terkeluar daripada landasannya. Mengikut pemerhatian saya,kadang-kadang bila di waktu convocation,jumlah pelajar yang konvo tidak sama dengan jumlah pelajar yang masuk ketika di awal semester pertama.
Kenapa hal ini berlaku?
Kerana ada sesetengah pelajar yang terpaksa repeat paper atau subjek itu.Maka mereka terpaksa menambah bilangan semester yang ada lantas menjadikan mereka konvo lambat berbanding rakan-rakan yang sama batch dengan mereka.
Anda mahu hal itu jadi kepada anda?

Sudah tentu tidak!! Sudah semestinya anda mahukan yang terbaik ketika di universiti atau institusi pengajian anda. Sudah semestinya anda mahu lakukan yang terbaik demi keluarga anda.
Jadi,di kesempatan yang ada ini,saya ingin memberikan tips-tips mudah untuk memastikan anda dapat capai apa yang anda kehendaki. In shaa Allah,ia kan berhasil. 

1. Pandai Pilih Kawan

Kawan merupakan seseorang yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap anda. Kawan mampu membuatkan anda berjaya dan kawan juga mampu membuat anda gagal. Sebagai seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi,anda perlulah pandai memilih rakan yang betul sebagai langkah ideal untuk anda terus capai kejayaan.
Sebagai contohnya,jika ada rakan yang nakal dan bermasalah,seelok-eloknya kita harus hindari diri daripada berkawan rapat dengannya,tetapi boleh kalau anda mampu mengubah diri kawan. Dalam erti kata lain,andalah sahabat yang baik untuk rakan yang bermasalah itu. Apa yang saya terangkan disini,bukannya kita tidak boleh berkawan dengan orang yang bermasalah,cuma kita perlu ingat,bila dah tersilap langkah,mungkin sudah tiada jalan kembali lagi. 
2. Fokus Dengan Pelajaran Anda


Apa yang saya dapat perhatikan,masa kini,susah untuk seseorang fokus dengan pelajaran anda. Mengapa? Hal ini kerana pelajar masa kini dihujani dengan kemudahan yang terlampau banyak. Pelbagai jenis kemodenan yang wujud kadang-kadang membuatkan pelajar menjadi lalai dan akhirnya terbabas.
Jadi,sebagai seorang pelajar yang inginkan sesuatu,anda perlulah pandai memilih perkara-perkara yang sepatutnya difokuskan. Kadang-kadang ada perkara yang tidak perlu difokuskan,tetapi di ambil serius oleh pelajar itu,akhirnya pelajaran terabai,lantas kecewa akhirnya.
Jadi,nasihat saya disini,fokus pada pelajaran,kalau hal-hal yang lain,mungkin dibolehkan tetapi tidak perlu sampai pelajaran di abaikan. 
3. Perancangan masa
Perancangan masa adalah penting ketika ini. Hal ini kerana kita perlu membuat jadual masa yang bagus supaya perjalan dalam semester berjalan dengan lancar.Mungkin anda masih belum tahu lagi,tetapi sememangnya rahsia untuk berjaya adalah melalui masa yang dirancang dengan rapi.
Hal ini kerana waktu kuliah adalah berlainan,dicampur dengan waktu bermain,waktu beriadah,waktu ulangkaji pelajaran,waktu lain-lain lagi,sudah semestinya pelajar itu akan merasakan waktu sangat tidak cukup bagi dirinya. Jadi,perancangan masa yang benar-benar efektif akan menjadikan seseorang pelajar itu sentiasa bersedia dan mampu cemerlang di akhir nanti.


4. Jaga Hubungan

Hubungan sesama kawan.Sememangnya hubungan sesama kawan adalah penting kerana rakan kita yang akan membantu kita ketika di institusi pengajian tinggi. Kawanlah yang akan menjadi seseorang yang sangat diperlukan selagi mana kita berjauhan dengan ibu bapa.
Hubungan dengan lecturer.Ini adalah yang paling penting. Sebenarnya untuk ini,ianya adalah sama seperti ketika di sekolah. Kadang-kadang ada lecturer yang akan memberikan markah lebih kerana anda baik dengannya. Ada pula yang memberikan markah rendah,sekirangan anda melakukan masalah dengannya. Jadi,berbaik-baiklah dengan lecturer anda.
Hubungan dengan ibubapa. Ini adalah yang paling penting. Sememangnya impian ibu bapa adalah untuk melihat anak mereka berjaya dan cemerlang. Mereka sanggup menghabiskan ribuan malah jutaan ringgit hanya semata-mata untuk melihat anaknya berjaya.Jadi,mungkin kita berjauhan dengan mereka,tetapi setidak-tidaknya anda berhubungan dengannya.
Hubungan dengan Allah SWT.. Sememangnya inilah yang terpenting. Selagi mana anda masih mengenal tuhan anda,selagi itu anda akan diberkati. Bersyukurlah dengan apa yang anda telah dapat selama ini. In shaa Allah,anda akan dapat apa yang anda hajati kerana Allah SWT Maha Adil. 
Sekian sahaja daripada saya. Saya harap anda dapat sedikit ilmu dan tips dari saya. In shaa Allah anda akan berjaya suatu hari nanti. Selain itu,ingat juga bahawa setiap yang datang kepada anda adalah dugaan dan cabaran dari-Nya.Sentiasa istiqomah diri. In shaa Allah,anda dapat hadapi segala rintangan. 
 Terima Kasih.


Read more ...

Believe in...





"Believe in yourself even when no one else does. 
If someone tells you that you can't do it,prove them wrong."

Percayalah diri anda,kerana dirimu begitu berharga.* eh?

Read more ...

Bosan dengan Nuffnang



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Blogger mana yang tidak kenal dengan satu syarikat pengiklanan yang terhebat iaitu Nuffnang!Sememangnya ramai blogger yang meletakkan iklan syarikat itu di blog mereka. Apa yang pasti,income mereka hasil daripada iklan itu sangat mashyuk,sampaikan boleh digunakan untuk tujuh keturunan. Cewah.
Alhamdulillah setakat angah menggunakan syarikat pengiklanan ini,adalah beberapa banyak simpanan. Angah rasa angah berblogging dengan syarikat Nuffnang ni sejak tahun 2011 kut. Dan yang lebih memeranjatkan angah adalah selama itu,belum pernah lagi satu pun Iklan CPUV yang melekat di blog angah ni.
Walau apa pun,angah tak berapa kisah sangat pasal Nuffnang punya income ni.  Ye la,walaupun angah tak pernah cash out,sebab duit tak pernah cukup. *haha. angah rasa itu adalah rezeki. Selagi Allah SWT kata bukan rezeki angah lagi,jadi itu bukan rezeki angah lagi.
Pernah juga angah beralih arah dengan syarikat lain,tetapi tak lekat lama,sebab angah rasa Nuffnang lagi famous kut. Kadang-kadang angah rasa bosan jugak dengan Nuffnang. Rasa jeles bila tengok blogger-blogger semua pakat update pasal CASH OUT Nuffnang.
Mungkin suatu hari nanti,baru angah akan dapat Cash Out kan? Apa- apa pun,terima kasih Nuffnang. 
 Sekian.

Read more ...

Pencarian Sponsor Giveaway Terbaru



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya dah lama angah tak buat giveaway. Alhamdulillah,dalam perancangan angah,angah nak membuat Giveaway yang agak besar untuk bulan Mei/Jun ini. Alhamdulillah,angah sebenarnya merancang untuk memberikan sesuatu buat anda semua yang tak putus-putus menyokong angah.
Untuk masa sekarang ini,angah sedang mencari para sponsor yang sudi menjadi sponsor untuk giveaway kali ini. Angah hanya mencari yang betul-betul mahu cooperate dan serius sahaja. In shaa Allah,angah akan pilih anda.
Tetapi sebelum itu,perlu angah jelaskan di sini bahawa,kuota untuk sponsor adalah sangat terhad. In shaa Allah,barang siapa yang PM angah awal di fanpage DJH,maka dia yang akan menjadi sponsor dahulu.
 Kalau sudi sponsor hadiah hebat-hebat,mungkin jumlah sponsor akan ditambah. Apa-apa pun angah ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sponsor.





Hubungi angah di :  
 Fanpage : https://www.facebook.com/diarijejakahangat
Facebook : https://www.facebook.com/mohamadkhairilhassan
 
 

Read more ...