27 Mei 2014

Liebster Award #2



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Liebster Award kali ini di tag oleh blogger Muslimah . Sebelum ini,angah dah jawab satu Liebster Award. Terima kasih kerana tag angah. Jadi,sekarang adalah masanya untuk angah memjawab soalan-soalannya.
1. Sudahkan anda menjadi follower & tinggalkan jejak di sini? Kuang3..
 Rasanya macam belum,takpa2,lepas ni angah follow blog anda dan tinggalkan jejak.
2.Cadangan entry untuk dimasukkan dalam blog ini,ape ye?Bg idea sket..
Entry-entry yang penuh dengan ilmu,yang banyak nasihat,lepas tu,bagi ada gambar-gambar yang cantik tentu lagi meriah.  
3.Apakah yang anda harapkan/idamkan daripada pasangan anda ?
Amboi soalan. Takda nak harapkan apa pun,cuma kalau boleh yang setia,yang cantik,yang comel.Kalau ada jodoh,mungkin kekal lama,kalau tak,mungkin separuh jalan sahaja,lepas tu kahwin lagi. kehkehkeh. 
4.Pengalaman pahit dalam hidup anda?
Banyak pengalaman pahitnya. Yang first,bila minum kopi. First time angah minum kopi,angah ingat sampai sekarang.Sebab tu angah tak suka kopi. Sebab apa? Kopi tu pahit sangat. So,tu la pengalaman pahit angah yang paling pahit. 
5.Apakah TIGA perkataan yang anda suka? Selain I LOVE YOU.
Tiga perkataan yang angah suka? Sebenarnya perkataan I LOVE YOU angah tak suka. Sebab dalam bahasa inggeris,angah lagi suka kalau guna bahasa melayu.Lagilah berjiwa melayu. Btw,3 perkataan yang angah suka ialah DIARI JEJAKA HANGAT. 
6.Tips kuruskan badan yang pernah/masih anda amalkan.ce citerce citer..
Tips kuruskan badan pulak dah? Sebenarnya badan angah tak lah kurus sangat.Cuma angah ada tips nak menggemukkan badan je,senang je nak gemuk,makan banyak-banyak,lepas tu tak payah buang najis. Kahkahkah 
7.Apakah yang anda tahu tentang MINYAK KELAPA DARA? Adakah anda ingin mencubanya?
Apa tu? Minyak Kelapa Dara? Yang angah tahu,minyak ada macam2 jenis,ada minyak masak,minyak petrol,minyak gamat. Kelapa pulak buah yang ada kat atas pokok yang tinggi melayut. Dara pulak? Tak boleh nak explain sebab banyak budak under age kt sini. :D 
8.Di manakah tempat terindah untuk candle light dinner atau ala-ala romantic yang pernah anda hadiri atau idamkan?kuikuikui..
Tempat terindah? Angah rasa masih belum fikir,sebab angah tak ada komitmen lagi untuk bercinta atau bercandle light dinner. 
9.Anda suka masak tak?Meh share resepi dengan saya..
Yang ni memang favourite angah. Sebab apa? Angah langsung tak reti masak. Setakat makan je angah tahu haha.  So resepinya adalah,nganga mulut luas-luas,kemudian isikan mulut dengan makanan anda. 
10.Apa pandangan anda tentang blog picisan saya ni? Komen sket pls..heee
Blog yang comel,cuma lagu agak mengganggu,selain itu takda apa nak komen dah. Keep it up. 
Bonus : Siapakah lelaki/wanita idaman anda? 
Lelaki idaman,sudah semestinya orang dalam cermin,bila angah tengok cermin sorang-sorang.
Wanita idaman,sudah semestinya  [rahsia].

Untuk kali ini,angah tak rasa nak bag soalan dan tag anda semua,sebab angah rasa takde idea nak buat soalan.Jadi kalau korang rasa nak jawab soalan,cuba reka sendiri ye. Lepas tu dalam entry tu,tulis bahawa angah tag korang. Haha :D
Read more ...

New Baby in the house!!



New Baby in the house!!

Cuba teka apa yang angah dapat?

Read more ...

Pengumuman Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014





Pengumuman untuk semua blogger :-

"Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 akan ditamatkan pada 12.00 malam bertarikh 30 Mei 2014.Masih berbaki 3 hari sahaja lagi,sebelum Giveaway ditamatkan."
Anda dah nampak kenyataan di atas? Sememangnya Giveaway akan ditamatkan pada 30 Mei 2014.Iaitu pada hari jumaat ini. Kepada semua yang sudah menyertainya,jutaan terima kasih diucapkan kepada anda semua.
Kepada yang masih belum join,apa yang anda tunggu? Pelbagai hadiah menarik telah disediakan,syarat yang mudah dan simple,sememangnya senang je nak join. Cara nak join? Just klik gambar di atas dan anda akan terus ke entry itu.
Sekian. 

Read more ...

5 Review Blog Ohsem


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang adalah masanya untuk angah menampilkan 5 blog review yang terbaik. Terima kasih kepada mereka yang telah menjoinkan diri. Di bawah ini adalah 5 blog yang terpilih untuk direview.
Bagaimana angah memilih mereka? Angah menggunakan khidmat adik angah sendiri.Selain itu,angah telah membuat pilihan di blog dan juga di fanpage DJH. 





Kita mulakan review dengan blog pertama. Blog Cik Lyeen.First Impression,blog yang cantik.Kaler pink digabungkan dengan warna biru air.Cogan katanya :-
"kemanisan hidup milik mereka  yang percaya pada  kemanisan cupcakes" 

Blogger yang berumur 21 tahun da bakal menjadi cikgu!! Angah sarankan anda semua segera tengok blog hebat ni,sebab apa? Sebab jumlah followernya sudah beribu-ribu. Jadi,sudah semestinya blog ini mampu menarik ramai orang melihat. Apa lagi tunggu? Jom tgok blog ohsem ni!!



Blog seterusnya,first of all,kita tengok headernya dahulu.Menarik. Dengan ada gambar seorang wanita cantik.Juga dengan kata-kata nasihat yang sangat ohsem.Apa yang angah suka adalah semua entrynya best-best belaka. Semuanya ada fakta yang menarik.Selain itu,tulisan yg jelas membolehkan kita membaca dengan senang.
"Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan 
dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian."

Dah takda apa angah nak cakap,sebab blog ni memang terbaik.Angah suka dengan blog ini.Memang terbaik!!




Blog yang seterusnya,first impression,misteri. Sebab tiada header.Then,baru angah perasan rupanya ada gambar kecil diruangan di sebelah kiri blog. Di situlah tempat untuk kita lihat entry-entry lama dan juga button2 lain.

"She loves chocolates, cotton candy, cakes, and ice-cream. She admired people that were good in photography and hoping to have that advantage too. Her current hobby is fangirling over her bias. She had also addicted to anime, vintage and DIY. She likes to make graphics and posters. Hates(?) Too much to be listed."  
And then,bila dah selongkar punya selongkar,rupanya pemilik blog baru berumur 16 tahun.Wow,blog dah cantik.Memang menarik blognya. Apa-apa pun angah suka dengan blog yang ringkas dan simple macam ni.Senang untuk kita blogwalking sebab loading sangat cepat.



First impression,wow cantiknya header.Sangat bercahaya headernya.Dengan font tulisan yang besar dan jelas,memang senang nak baca entry. Cuma angah tak berapa suka dengan cara senarai entry-entry lama,agak panjang kebawah dan meleret.
Apa-apa pun secara keseluruhannya,angah rasa blog ni hebat sebab entry yang hebat.Kadang-kadang ada je blog yang biasa-biasa tetapi entrynya sangat berkualiti sehingga entrynya dicopypaste oleh ratusan blogger lain. 



Blog yang terakhir. First impression,wow,blog yang cool. Cantik dan elegan sebab menggunakan warna purple sebagai warna temanya.Dengan susunan widget yang teratur,sememangnya pemilik blog ini mampu tersenyum riang kerana memiliki blog yang cantik ini.
 "A blog about bussines online,printing, books
 motivation.personal life,as a grafik designer,cat lover and product review."
Angah suka dengan blog yang sebegini.Sebab apa? Angah rasa blog ni memang ohsem,dan senang loading.Loading yang cepat memang membantu.

Sekian.

Read more ...

Family Bonding Time : Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Anda perasan tak semalam angah hanya update satu entry sahaja. Sebenarnya bukannya angah malas nak update,bukan jugak sebab mood blogging dah hilang,cumanya angah tak cukup masa nak update blog. 
Memandangkan sekarang dah start cuti sekolah,bermakna masa untuk angah online juga sudah dipotong. Angah terpaksa berkongsi waktu online bersama adik angah.Ini bermakna angah tak dapat nak online dengan lebih masa.
Selain itu,bila time adik beradik dah balik rumah,inilah masanya untuk satu family keluar jalan-jalan. Sekaligus telah menyebabkan masa untuk blogging terus hilang. Tapi angah rasa,bonding dalam family adalah lebih penting. Sebab tu angah lebihkan keluarga.

Untuk pengetahuan semua,semalam angah sekeluarga telah ke Gurney Plaza,Pulau Pinang.Kemudian kami berehat di Padang Kota Lama. Memang best bila dapat hirup bau laut. Dah lama angah tak bau bauan laut yang sungguh tak sedap. Hahaha. Lepas tu,kami naik feri untuk pulang ke tanah besar.
Benarlah kata orang bahawa bersama family adalah lebih nikmat berbanding bersama awek.
Sekian. 
 
Read more ...