31 Mei 2014

Mencari Jubah Lelaki..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah mencari jubah lelaki untuk dipakai ketika hari raya nanti. Sememangnya angah teringin nak pakai jubah moden yang sekarang ni selalu orang pakai. Nampak segak bergaya.Lagipun selama ini,angah belum pernah pakai jubah.



Apa yang angah suka adalah,jubah ni menampakkan gaya muslim yang sejati. Tapi sekarang angah tengok ada ramai orang pakai jubah modern time solat jumaat atau majlis-majlis agama. Setiap kali angah tengok,setiap kali itu keinginan angah membuak-buak. 



Selain itu,angah ada usha satu shop di Instagram,semuanya menjual jubah lelaki. Tapi kalau nak beli dari situ,macam susah pulak. Nampaknya kena cari dekat kedai-kedai baju.Angah rasa bila dekat-dekat nak raya mesti banyak kedai yang jual jubah kan?? :D 







Sumber Gambar : Google Image
Read more ...

Penat Lelah Berbaloi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya selesai juga Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 yang berlangsung dari 10.00 malam 19 Mei 2014 sehingga 12.00 malam 20 Mei 2014. Hanya 12 hari sahaja GA ini berlangsung.Selalunya orang akan buat GA selama sebulan atau seminggu,tetapi bagi angah sendiri,yang penting Giveaway itu berjalan lancar,sudah mencukupi.


Apa yang angah akan buat seterusnya? Baiklah,angah akan check setiap entry peserta. Bermakna,angah kena blogwalking ke semua blog peserta. In shaa Allah,dengan masa yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum angah sambung belajar,angah rasa cukup untuk angah uruskan giveaway ini.
Sekian. 
 
 
 


Read more ...