2 Jun 2014

Rangking Alexa 1.6.2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanpa melengahkan masa lagi,angah ingin update ranking semasa Alexa untuk blog Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah,ranking sekarang adalah di kedudukan terbaik pernah DJH dapat.
Alhamdulillah,kedudukan sekarang di kedudukan yang terbaik bagi ranking di dalam Malaysia.
Global Rank : 314,873
Rank in Malaysia : 1,702

Terima kasih kepada semua blogger yang sudi singgah di blog Diari Jejaka Hangat ini.

 
 

Read more ...

Leteran Blogger 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bagi angah sendiri,kadangkala mood angah untuk berblogging ada naik dan ada yang turun. Sama seperti Iman seorang manusia,kadangkala naik dan kadangkala turun.Kadang-kadang ada masanya kita akan terfikir,apa motif sebenar?
Bila datang mood nak berblogging,angah akan update entry,kalau tak pun,angah just tulis entry dan simpan dalam draf.Sebab apa? Sekurang-kurangnya bila angah dah kekeringan idea,bolehlah angah gunakan entry itu untuk dipublishkan.
 Yang paling angah takut apabila dalam sehari,langsung tiada entry.Kalau boleh,angah inginkan entry diupdate secara konsisten,in shaa Allah,angah akan berjaya. Apa yang angah dapat daripada seorang blogger hebat dan otai ialah "Update blog perlulah secara konsisten."
Bila ketika angah tiada idea atau mood untuk berblogging,angah akan buat benda lain,secara khususnya lagi,angah akan buat perkara yang langsung tiada kena mengena dengan gadjet atau laptop. Sebab apa? Bila kita dah takda mood untuk sesuatu perkara,lebih baik kita rehatkan dulu daripada perkara yang kita buat. Buat sesuatu yang lain pulak.
In shaa Allah Kejayaan Milik Kita Bersama 
 
Read more ...

Woi Melayu!! [Gempar!!]



Sumber : Twitter

"Woi melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profsional semuanya india,
warung makan pun,mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?


Harapkan ustaz,saling menyesat,
harapkan hiburan,lagi best filem barat,
harapkan raja,dok asyik kira daulat,
harapkan bahasa,banyak telah bertukas kesar,
harapkan tulisan,jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah,banyak digadai kepada korporat!

woi melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah menteri atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit,sembang kencang,
banyak rungut,sikit rancang,
siapa tegur,dituduh lancang,
duduk warung,gigit kacang!


woi melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu..."

Apa yang angah nak jelaskan dalam entry ini adalah,kebanyakan fakta dalam puisi di atas memang tepat sekali. Angah sebagai salah seorang bangsa melayu,turut berasa atau terasa bahawa betapa melayu sekarang sudah jadi lain.
Ini bukan pasal politik. Cuma tentang bangsa melayu,kalau ada sesiapa nak kata angah ni racist,silakan,sememangnya angah sayang bangsa sendiri.Angah sayang bangsa melayu,angah harap agar bangsa melayu akan bertambah baik,dan bukannya menjadi buruk.
Kadang-kadang angah boleh lihat sendiri,bagaimana seorang melayu itu sanggup menjatuhkan melayu yang lain,angah juga boleh nampak bagaimana tahap rosaknya akhlak seorang melayu itu. Senang sangat nak nampak bahawa melayu zaman sekarang begitu layu.
Sama macam dalam keadaan angah sekarang ini. Bidang yang angah ceburi kebanyakannya dipelopori dan majoritinya bukan datang daripada bangsa Melayu tetapi bangsa Cina.Angah mengambil bidang muzik orkestra,dan angah yakin tak ramai orang melayu yang mendalami bidang ini,jadi,angah harap angahlah antara orang melayu yang menceburi dan berjaya dalam bidang ini.
Apa kata anda? 
 

Read more ...

Sudah Update Bloglist




Assalamualaikum



Angah telah menambah dan tukar bloglist DJH. Blog-blog yang dipilih ialah terdiri daripada blog yang sudi menyertai pencarian bloglist DJH baru-baru ini.Terima kasih diucapkan kerana sudi sertai pencarian bloglist yang angah buat di fanpage dan juga blog ini sendiri.
Apa yang lebih mengejutkan ialah,ada antara peserta itu yang sudi membuat entry pencarian blog. Terima kasih diucapkan,sebenarnya syaratnya tidaklah sebegitu rupa. 
Di bawah ini adalah antara blog yang tersenarai dalam bloglist DJH.


  1. http://dia-honey.blogspot.com/
  2. http://justforfund.blogspot.com/
  3. http://myafarisha.blogspot.com/
  4. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/
  5. http://peningkah.blogspot.com/
  6. http://izzahohcliche.blogspot.com/
  7. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/
  8. http://atiqahamelya.blogspot.com/
  9. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  10. http://alkhawarizminadiah.blogspot.com/
  11. http://iyqa92.blogspot.com/
  12. http://chenta-taugeh.blogspot.com/
  13. http://travel201.blogspot.com/
  14. http://izzahohcliche.blogspot.com
  15. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
  16. http://www.iuzira.com/
  17. http://lembuituhandsome.blogspot.com/
  18. http://wafiremli.blogspot.com/
  19. http://nurfarahudahud.blogspot.com/
  20. http://aisyahambris.blogspot.com/
  21. http://mamapapaamir.blogspot.com
  22. http://theonlygirl98.blogspot.com/
  23. http://www.aimisyahirah.com
  24. http://kaktusoren.blogspot.com/2014/05/segmen-join-bloglist-secara-percuma-by.html
  25. http://www.sentiasapanas.com
  26. http://satujanjikita.blogspot.com/2014/05/nak-join-bloglist-percuma-by-djh.html
  27. http://annaputri20.blogspot.com
  28. http://www.arzmoha.com
  29. http://fadzirazak.blogspot.com
  30. http://mindakabur.blogspot.com/

Blog anda blogwalking ye!! 

Sekian.
Read more ...