10 Jun 2014

Pendidikan diutamakan...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bukankah angah sudah memberitahu tempoh hari bahawa,sekarang angah sedang belajar di UiTM Shah Alam?
Ye,angah sekarang sedang belajar di UiTM Shah Alam,dalam bidang Muzik. Sekarang angah di semester ketiga dimana masih berbaki dua sahaja semester lagi untuk mencukupkan 5 semester kesemuanya.
Kemudian angah akan sambung degree dalam bidang muzik juga selama 4 tahun.Mungkin di dalam Malaysia,mungkin juga di luar negara.Tetapi angah harap pada ketika itu angah belajar di dalam Malaysia sahaja.
Kemudian di peringkat Master Muzik pula,angah berharap agar angah dapat menyambung pengajian di luar negara. Angah nak kutip pengalaman dan budaya muzik luar negara tanpa meninggalkan sebarang unsur-unsur agama  Islam dalam diri angah. 
Macam yang senior angah cakap..

"Ambil bidang muzik,kita ubah muzik sekarang,kita buat muzik atau lagu-lagu yang memuji tuhan,memuji Nabi-nabi dan memartabatkan agama Islam."

In syaa Allah.



 
 
Read more ...

Panas.. Panas.. Panas..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca sekarang sangat panas. Apa yang memeritkan kehidupan angah di Shah Alam ini adalah cuaca yang panas. Bayangkan,sampaikan waktu malam,masih lagi dalam keadaan panas. Nak tidur pun susah. Sememangnya angah tak boleh tidur dalam keadaan panas dan berpeluh.
Macam dalam keadaan angah semalam,kami satu rumah tak dapat tidur pada masanya,sebab keadaan yang begitu panas,sedangkan kipas sudah dibuka dan dibuka pada paras paling laju. Akhirnya kami terpaksa pergi ke 7 Eleven di waktu tengah malam,dan membeli air mineral sejuk.
Alhamdulillah,keadaan selepas itu kembali normal dan akhirnya semua boleh tidur dengan lena.
Sekian. 
 
 


Read more ...