12 Jun 2014

Nak cemerlang?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang-kadang angah selalu tengok kawan-kawan angah sendiri,apabila berbicara,mereka inginkan kecemerlangan,kononnya mahu dapatkan result yang terbaik untuk semester kali ini. Bagi angah itu merupakan sesuatu yang bagus dan wajar diberikan pujian.
Tetapi yang tidak bagusnya adalah apabila mereka tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelum. Mungkin mereka ingat bahawa KECEMERLANGAN akan jatuh bersama dengan hujan di waktu musim yang panas ini.
Sangat menyedihkan,kemungkinan di awal semester,semuanya merasakan bahawa masih banyak masa lagi,dan kononnya inilah masanya untuk kita enjoy kan diri.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Kena Samun!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam,angah dikejutkan dengan berita bahawasanya kawan angah telah di samun oleh sekumpulan orang,di tengah hari yang panas terik.Kejadian berlaku di Seksyen 2,Shah Alam.
Apa yang menakutkan bagi angah ialah,semakin berleluasa jenayah samun ini. Bayangkan,di siang hari,masih ada yang sanggup untuk menyamun orang lain. Mengapakah? Adakah kerana terlampau miskin sehingga sanggup menyamun orang lain?
Kesian kawan angah. Alat muziknya di samun,begitu juga dengan duit di dalam dompetnya. Apa yang angah takut adalah apabila angah keseorangan pulang ke rumah sewa di waktu malam. Bukannya apa,angah selalunya prektis di fakulti sehingga lewat malam.
Lepas habis prektis,angah akan pulang dengan menaiki bas RapidKL.Jadi,apabila keseorangan diri,tanpa sesiapa yang dikenali,angah sendiri agak khuatir.
Sekian. 
 
 

Read more ...