22 Jun 2014

Keputusan Finale Wind Orchestra SBP 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal 20 dan 21 Jun 2014,telah berlangsungnya sebuah pertandingan Wind Orchestra terulung dan paling berprestij di negara ini. Pertandingan ini ialah Finale Wind Orchestra SBP 2014 di Dewan Agong Tuanku Canselor,UiTM Shah Alam.
Pada bulan Mac yang lalu,pertandingan awal telah diadakan di Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek,Negeri Sembilan.5 sekolah yang terpilih dan layak ke Finale ialah sekolah-sekolah berikut :-

Sekolah Menengah Sains Machang,Kelantan

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek,Negeri Sembilan

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak

Sekolah Dato' Abdul Razak,Negeri Sembilan.

Di peringkat awal,25 sekolah telah menyertai pertandingan itu. Sekolah yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada sekolah berasrama penuh dan juga sekolah cluster.
Keputusan Finale Wind Orchestra SBP 2014

Juara

Sekolah Menengah Sains Machang,Kelantan.

Naib Juara

Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh,Perak.

Ketiga

Kolej Tunku Kurshiah,Bandar Enstek,Negeri Sembilan.

Saguhati

Sekolah Dato' Abdul Razak,Negeri Sembilan

Saguhati

Sekolah Sultan Alam Shah,Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang memenangi pertandingan ini. Kepada sekolah yang tidak bernasib baik,cuba lagi dalam Festival Wind Orchestra 2015!!

 
 

Read more ...

Lama Tak Update!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya sudah beberapa hari angah tak update blog,bukannya apa,sebab angah tak sempat nak update blog,sama ada untuk buat auto publish atau entry segera.
Di hujung-hujung minggu lepas,angah agak sibuk dengan pelbagai event. Memandangkan pelajar degree exam,bermakna pelajar diploma terpaksa menguruskan event di fakulti ini.
Selain itu,angah juga perlu menghadiri satu aktiviti wajib di Shah Alam,yang dijalankan oleh pihak fakulti. Kemudian aktiviti yang memenatkan dicampur lagi dengan cuaca panas Shah Alam,memang membuatkan segala-galanya tergendala.
Sekian. 

Read more ...