31 Julai 2014

Lagu Raya : Dulu & Sekarang?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali hari raya ,antara perkara yang paling menarik adalah sudah semestinya Lagu Raya. Suasana hari raya mestinya tidak akan dirasai sekiranya tiada lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio mahupun di dalam kaca tv.
Macam angah sendiri ,bila angah dalam mood raya walaupun masih ada kuliah yang banyak,angah akan dengar lagu raya menggunakan senarai MP3 di dalam phone angah sendiri. Bukannya apa,cuma barulah suasana hari raya dapat dirasai dengan lebih awal.
Lagu raya?

Apa yang angah dapat lihat,lagu raya sekarang sudah tidak mempunyai sifat malar segar. Maksudnya seperti lagu-lagu raya yang dihasilkan pada masa kini sudah tidak mampu untuk melawan atau mengatasi lagu-lagu raya di zaman dahulu.
 Selain itu,apa yang angah dapat perhatikan adalah kebanyakan lirik-lirik di dalam lagu raya hampir 80% adalah sama. Jadi,ia menjadikan lagu tersebut tidak mempunyai originality yang cukup bagus.
Lagu raya yang best?
Angah suka lagu raya yang penuh dengan warna warni dan juga cukup menggambarkan kemeriahan aidilfitri. Contohnya macam lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Selain itu lagu Sesuci Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza.
Sebab apa? Sebab lagu2 tersebut mempunyai sifat malar segar. Bermakna lagu2 tersebut sudah semestinya akan dimainkan setiap tahun. Dan yang paling penting lagu2 nya senang untuk dihafal dan dinyanyikan.

Kesimpulannya :-

Kesedapan atau kelunakan sesuatu lagu itu adalah suatu yang objektif. Sesiapa sahaja boleh memberikan pendapat,begitu juga dengan angah sendiri.Pendapat di atas adalah daripada angah sendiri. Mungkin ada yang akan berbalah pendapat dengan angah. Tapi percayalah bahawa setiap orang di dunia ini mempunyai pendapat yang berbeza.
Sekian. 
 
 
 
Read more ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan waktu yang ada ini,angah ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger. Angah ingin memohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Sebenarnya angah susah nak update blog sekarang ni disebabkan internet di rumah yang tiada akibat kabel telefon dicuri.Terus satu taman angah tak dapat nak berinternet.
Apa-apa pun nasib baik henset angah boleh dijadikan wifi,so angah update entry ni pun guna wifi henset je.
Akhir kata :-

SELAMAT HARI RAYA!!! 
 
 
Read more ...