31 Ogos 2014

Pencarian Bloglist September 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pencarian Bloglist bermula lagi!! Perhatian kepada semua blogger!! Tawaran menarik untuk anda semua. Senang je nak masuk dalam bloglist DJH. Hanya perlu tinggalkan link blog di ruangan status di dalam fanpage DJH sahaja!
Mudah kan?
KLIK SINI  

Klik link di atas untuk terus ke status tersebut. Angah hanya akan menerima penyertaan di dalam status tersebut sahaja. Di tempat lain tidak akan dilayan!!
Sekian. 
 



Read more ...

Ranking Alexa DJH 31.8.2014




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya angah tak update tentang Ranking Alexa DJH. Alhamdulillah ,hari ni angah berkesempatan untuk update ranking semasa Alexa untuk hari ini. Beberapa minggu lepas angah check ranking Alexa DJH untuk di dalam Malaysia adalah di dalam lingkungan 15 0000, manakala ranking di global adalah 600 0000.
Alhamdulillah,ranking pada masa sekarang semakin bagus. Alhamdulillah. Sebenarnya angah dah agak bahawa ranking akan jatuh disebabkan angah tak update blog dalam jangka masa yang lama. Tetapi in shaa Allah angah akan kembali lagi dalam masa terdekat. Buat masa sekarang angah akan maintainkan ranking di bawah 10 000 dahulu.

Global Rank

586,508

Rank In Malaysia 

9,834
 Sekian terima kasih.

 

Read more ...

Selamat Hari Merdeka Malaysia : 57 Tahun



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Hanya sesiapa yang tidak sayangkan negara sahaja yang akan menganggap bahawa tarikh ini adalah biasa-biasa sahaja.
Sebagai seorang rakyat Malaysia,angah rasa bersyukur kerana dilimpahkan rahmat dan rezeki yang banyak di bumi bertuah ini. Alhamdulillah. Dengan nikmat kemerdekaan ,maka dapatlah kita semua bersama-sama di muka bumi Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Keunikan Malaysia?

Bagi angah sendiri Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Walaupun berbilang kaum,tetapi masih boleh hidup bersama-sama dalam keadaan sejahtera. Meskipun ada masalah-masalah kecil,ianya umpama adik beradik yang bersengketa tetapi hanyalah sementara.
Malaysia merupakan negara yang unik kerana banyak ciri-ciri yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di muka bumi ini.
Apa yang kurangnya?

Kita boleh lihat pada masa kini,remaja khususnya lebih menunjukkan erti kemerdekaan dengan merempit,berzina dan juga perkara-perkara maksiat lain di waktu malam sebelum tanggal 31 Ogos. Selain itu,ada banyak lagi hal-hal merepek yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia yang pada angah adalah tidak wajar dijadikan sebutan ramai.
Kesimpulannya.

Angah rasa yang paling penting adalah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hidup di dalam negara bertuah ini. Itulah yang paling penting. Meskipun ada masalah yang berlaku yakinlah bahawa Allah. swt bersama anda. Saling hormat menghormati sesama kita, in shaa Allah kita semua dapat hidup dalam keadaan harmoni.
-Angah 
 
 
 
 
 

Read more ...