14 September 2014

Super Spontan 2014: Syuk Masyuknya Tersingkir Di Minggu Ketiga!



Kejutan di minggu ketiga Super Spontan 2014 apabila pelawak Syuk atau Masyuknya tersingkir selepas kumpulan yang diwakilinya, Mawas Berduri menerima undian paling rendah berbanding kumpulan Mawas Berduri. 
Berlangsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Biawak Laser yang diketuai oleh Reza dan diwakili Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Michael Ang (Angpaou Man), Achey (Acik Gelek) dan Abam (Johnny Bear) berjaya menewaskan Mawas Berduri yang diwakili oleh Yus (Sugar Kane), Rahim (Underteko), Jihan (Jihan Everdeen), Fad (Shawn Mail), Johan (Abe Macho) dan Syuk (Masyuknya).Kesemua ahli kumpulan Biawak Laser terpaksa membuat undian untuk memilih salah seorang dari mereka dan menyaksikan Syuk  adalah peserta ketiga yang disingkirkan di Super Spontan 2014.
Pusingan pertama ialah Duduk Bongkok Berdiri di mana peserta harus berlakon mengikut situasi yang diberikan secara spontan dan berbual dalam keadaan duduk, bongkok dan berdiri secara turutan.  Seterusnya pemain kedua ialah Kesan Bunyi yang menyaksikan kumpulan Biawak Laser iaitu John Senah dan Acik Gelek berjaya memukau penonton dengan kensa bunyi yang cukup hebat!
Para peserta diuji pula dengan permainan ketiga pula ialah Keluar Masuk di mana peserta diberi perkataan tertentu dan berlakon secara spontan mengikut perkataan yang diberikan kepada empat peserta setiap kumpulan. Permainan keempat dinamakan Jurujual Langsung , dengan barangan yang dipilih secara rawak dan para peserta harus menjadi penjual secara spontan dan pusingan terakhir dinamakan Pemandu Pelancong.
Nasib setiap kumpulan akan ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di mana kumpulan yang dapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka dan kumpulan menerima markah tertinggi akan memenangi RM5,000 dan disalurkan ke badan kebajikan yang memerlukan. 
 
 Sumber : AstroGempak

Pendapat angah : Angah tak dapat lagi nak tengok citer ni. Bizi dengan study. :'( 
Read more ...

Nuha Dipilih Sebagai Pelajar Terbaik




Diam tak diam sudah masuk minggu kedua Diari #AF2014 bersiaran dengan memaparkan pelbagai aktiviti pelajar AF di dalam kelas buat tatapan penonton setia Akademi Fantasia.Diari #AF2014 episod 9 dimulakan dengan kelas tarian bersama Cikgu Linda Jasmine. Semua pelajar dikehendaki menari secara spontan mengikut rentak lagu. Farez menjadi pilihan Cikgu Linda diatas kelincahannya menari.

Namun masih ada lagi pelajar yang malu-malu untuk menari seperti Aman dan Nuha yang dikehendaki menari bersama untuk mengelakkan rasa malu kedua-duanya.Selepas kelas tarian, pelajar mula berlatih lagu masing-masing dan kemudiannya diikuti dengan aktiviti bersenam bersama Jurulatih Kecergasan Felda Wellness bagi meningkatkan prestasi pelajar sewaktu melakukan persembahan.

Menurut pemerhatian jurulatih tersebut ada beberapa pelajar yang staminanya berada dalam keadaan baik seperti Ewald an Azwan manakala tidak kurang juga yang suka curi tulang daripada membuat senaman seperti Farez.Selain itu, terdapat juga berita gembira apabila pengetua mengumumkan Nuha adalah Pelajar Terbaik bagi konsert #AF2014 minggu pertama.


Disebabkan itu juga pihak #AF2014 menampilkan Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai kejutan buat Nuha.Pak Nil telah memberi kata-kata semangat supaya Nuha lebih berkeyakinan semasa membuat persembahan. Bukan itu saja, malah wang saguhati juga telah diberikan kepada Nuha sebagai ganjaran diatas persembahan terbaik semasa Konsert Minggu Pertama #AF2014.

Sumber : Astro Gempak 


Pendapat angah : Sebenarnya Nuha ni adalah kawan angah di fakulti Muzik.
Read more ...