20 September 2014

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014



Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool

Pengarah komedi terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin

Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Karoot Komedia Raya

Pengarah komedi terbaik (FILEM): Sejoli – Osman Ali

Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)

Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara

Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Bila Joyah Dah Goyah

Filem komedi terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)

Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario

Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare

Pelakon komedi wanita terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi

Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama): Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah utama): Jep SepahTu
Berdasarkan keputusan di atas, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.


Sementara itu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang.Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah pula berjaya mengungguli ALW 2014 apabila menraih kemenangan terbesar.

Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam  kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).

Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).

Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.

Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan. 

Anugerah Lawak Warna 2014 mempertandingkan 21 di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.


Pandangan angah : Tahniah kepada semua!! :D
Read more ...

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Read more ...

Kadar tol CIQ: Malaysia akan adakan pertemuan dengan Singapura



JOHOR BAHRU: Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan Singapura bagi membincangkan isu kadar tol yang dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands dalam tempoh terdekat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi memperbetulkan salah faham republik berkenaan mengenai kenaikan kadar tol yang dikenakan di CIQ.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Cina, di sini, hari ini.
Sumber : Berita Harian

Pandangan Angah :

Kadar tol? Buat masa ini angah tak menggunakan lagi mana2 tol, sebab sekarang ni hanya parents sahaja yang menggunakan tol. 
Read more ...