26 September 2014

Konsert Sinfonia Notturna : Orchestra UiTM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal 11 September 2014 yang lalu,telah berlangsung sebuah konsert yang gilang gemilang.Konsert Sinfonia Notturna yang dibarisi pemain Symphony Orchestra UiTM dan juga Wind Orchestra UiTM telah berlangsung dengan jayanya. Kebanyakan pemain muzik di dalam persembahan kali ini terdiri daripada pelajar UiTM jurusan muzik.
Acara dimulakan dengan persembahan daripada pasukan Symphony Orchestra UiTM.Konduktor yang terlibat kali ini ialah Juan Daniel Montoya Valencia. Sebanyak 3 lagu dimainkan oleh pasukan Symphony Orchestra.
Pada sebelah kedua waktu persembahan pula,Wind Orchestra UiTM beraksi. Sebanyak 5 lagu dimainkan.4 lagu terdiri daripada lagu yang berentak melayu manakala satu lagu berentak muzik Hollywood.
Beauty And The Beast
Jauh-Jauh
Ibu
Enigma
Malay Folks Dances 

Persembahan pada malam itu sangat berjaya apabila mendapat sorakan ramai daripada para penonton. Bertempat di Dewan Anexe,Dewa Seri Budiman,UiTM Shah Alam,persembahan itu mendapat tempat di hati para penonton apabila ramai yang bersorak ketika lagu IBU dimainkan.
 
 Pendapat angah :-


Gambar diatas adalah gambar angah ketika sedang membuat persembahan bersama Symphony Orchestra UiTM.Orang yang pakai cermin mata dan bermain clarinet itu adalah angah.


Manakala gambar ini pula angah sedang bermain Bass Clarinet. Angah boleh dilihat di bahagian tepi sebelah kanan gambar itu.
Secara keseluruhannya,angah dapat rasakan bahawa konsert kali ini membawa erti yang baru bagi angah.Ini merupakan konsert kedua agah bersama UiTM. Alhamdulillah,angah dapat rasakan semangat yang semakin membara untuk terus berada di dalam bidang Muzik dan memajukan industri Muzik pada masa akan datang.

 
Sekian Terima Kasih.


Read more ...

Tazkirah Jumaat #12 : Muhasabah Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hati manusia sering kali diuji. Hanya bertemankan iman untuk mengharungi perasaan yang Allah anugerahkan ini. 

Saat hati diuji dengan kecintaan pada manusia, airmata menjadi peneman setia. Hanya Allah tempat meluah segala, hanya Dia mengetahui isi hati hambaNya. Sungguh, perasaan ini fitrah. Allah hadiahkan buat semua hambaNya, sebagai satu nikmat tatkala ia digunakan ditempat yang betul,juga sebagai ujian tatkala ia bukan pada masa dan orang yang selayaknya. Kerisauan menerpa, andai perasaan ini menjadikan kecintaan pada Allah itu bukan yang utama.

Aku hamba Tuhanku, bukan hamba cinta manusia..!

Seringkali berdoa agar Allah hilangkan perasaan yang bukan pada tempat dan waktunya, supaya dapat terus mengharungi kehidupan seperti biasa. Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Andai diberikan lagi ujian menguji hati, lebih hebat dan perlunya ketahanan Iman yang lebih mantap untuk mengharungi ujian ini.

Sungguh, Dia menguji dengan hikmah. Setiap darinya diselitkan pengajaran, bukan sekadar ujian kosong. Berdiri hari ini, meneruskan langkah, berbekal keyakinan yang tinggi padaNya, berserah segala padaNya. Meniti hari dengan tanda tanya yang hanya Allah akan beri jawapan suatu hari nanti.

Antara bertemu cinta manusia, atau lebih pasti untuk bertemu janji denganNya di akhirat sana.!


Aku hanya manusia biasa, kita hanya manusia biasa, yang sedang sentiasa cuba perbaiki diri. Mengagumi srikandi Islam dahulu,mengagumi sahabat-sahabt Nabi terdahulu, namun jauh sekali dibandingkan dengan mereka.  Mendidik diri, mendidik jiwa, mentarbiyah hati agar terus kuat melangkah dengan pasti, penuh keyakinan pada janji Ilahi. Berpegang teguhlah dengan tali Allah, agar kita tahu bahawa Allah sedang melakar sesuatu yang indah sebagai jalan kehidupan kita walau ia ujian sukar buat kita.

“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”
Ya Allah, permudahkanlah jangan kau susahkan, semoga segalanya berakhir dengan baik

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik baik penjaga
Read more ...