4 Oktober 2014

Salam Aidiladha 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan yang ada ini,angah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali angah selama ini. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut hari kebesaran Islam pada tahun ini.
Kemeriahan Aidiladha pada tahun ini terasa apabila semua adik-beradik dapat berkumpul bersama. Walaupun Aidiladha setiap tahun tidak semeriah Aidilfitri,tetapi yang penting erti Aidiladha yang perlu diterapkan dalam diri masing2.
Untuk Aidiladha kali ini,keluarga angah ada membuat KORBAN. Lembu dan juga kambing. Apa yang menariknya,ini adalah kali pertama angah dapat lihat dan alami dengan sendirinya ibadah Korban ini.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Tutorial : Letak Iklan Terapung Di Tepi Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Kita kembali lagi dalam rancangan Tutorial Bersama DJH. Alhamdulillah,kali ini angah akan terangkan cara-cara nak letak iklan daripada Nuffnang,adverlets, Komli,atau lain-lain dalam blog. Ada bertanya,macam mana angah letak iklan Nuffnang di tepi sebelah kanan dan terapung gitu. 
Ada yang berkata iklan sebegini angak menyusahkan,tetapi bagi angah taklah menyusahkan,angah lebih suka sebegini sebab peluang untuk iklan ini di klik orang adalah tinggi.Senang dan mudah je nak buat. Jom ikut arahan-arahan di bawah.
1. Log in > Dashboard > Design > Add a gadget > Html/javascript 
2. Copy kod di bawah ini

<div style="position: fixed; top: 50px; right:0px;">

KOD IKLAN TERSEBUT

</div>
3. Paste kan di di dalam ruangan Html/javascript tersebut.

Anda boleh tukar  tulisan yang bewarna biru tersebut.

* Untuk jarak anda boleh ubah, kemudian kiri atau di kanan. Kod iklan tersebut anda boleh ambil terus daripada kod yg disediakan pihak iklan.

Untuk sesiapa yang inginkan iklan sebegitu rupa,bolehlah letakkan,tapi masing-masing ada citarasa sendiri. Macam angah,angah suka iklan yang terapung macam ni sebab bila kita scroll ke bawah,iklan tu tetapi ikut. Haha.
Nak tutorial lagi? Requestkan lah.. :D 

Read more ...

Kereta Banyak Gila!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya angah sampai juga di rumah tercinta. Perjalanan semalam dari Bandar Baru Selayang ke Kulim mengambil masa yang agak lama. Kenapa dari Selayang? Sebab semalam angah dari Shah Alam naik Komuter ke Batu Caves,ke rumah ibu saudara angah, untuk kali ini angah tak naik bas.
Apa yang boleh angah ceritakan,kebanyakan warga kota balik ke kampung pada waktu malam yang menyebabkan kereta yang banyak di lebuhraya utama terutamanya Lebuhraya Utara Selatan. Boleh dikatakan kereta yang banyak menyebabkan trafik tidak bergerak langsung. Dari sekitar kawasan Rawang sehinggalah ke kawasan Simpang Pulai.
Selain itu,disebabkan banyak sangat kereta,angah dan ibu saudara angah berhenti di RTC Simpang Pulai. Apa yang angah perhatikan,banyak sangat orang di situ,walaupun ketika itu sudah pukul 4 pagi. Keadaan keretanya seperti ada festival atau karnival di situ.
Alhamdullillah,akhinya angah sampai juga di rumah tepat pada jam 10.00 pagi. Perjalanan yang panjang dan bosan. Sebab apa? Angah hanya tidur sahaja dalam kereta. Apa-apa pun angah rasa tak sabar nak sambut raya HAJI @ QURBAN pada esok hari. 
 Sekian.
Read more ...