15 Oktober 2014

Saya suka Review Blog...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sebagai seorang blogger,angah suka melihat blog-blog lain.Bukan sekadar blogwalking,tetapi angah juga akan melihat adakah widget-widget atau apa-apa sahaja di dalamblog itu yang menarik minat angah. Selain itu,angah juga akan melihat adakah sesuatu blog itu lebih bagus daripada DJH atau tidak.
Jadi, untuk menjadikan ianya lebih menarik,angah membuat target sebanyak 100 blog untuk direview. Ianya dimulakan pada entri sebelum ini. Sebanyak 5 blog akan direview setiap entri yang dihasilkan.
In shaa Allah,dengan sesi review blog sebegini,mungkin kita akan lebih mengenali blogger,sama ada blogger lama mahupun blogger baru.
Senarai Entri.

Review Blog #1
Nantikan entri-entri berikutnya nanti. In shaa Allah. Bagaimana angah dapat link blog untuk direview? Semuanya hanya di fanpage Diari Jejaka Hangat. Kepada mereka yang inginkan blog mereka direview,bolehlah segera ke fanpage Diari Jejaka Hangat dan nantikan update status daripada DJH. 
Senang dan mudah.
Sekian. 
Read more ...

Review Blog #1




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Review blog kali ini adalah sangat menarik kerana ada 5 blog terbaik yang akan direview oleh angah. Macam mana nak kena review? Nantikan sahaja update di fanpage DJH.


Blog yang dikenali dengan nama Faceblogisra dimiliki oleh seorang blogger lelaki iaitu Isra Ismail. Pada mulanya,angah rasakan blog ini mempunyai suatu daya tarikan. Ternyata angah tertarik dengan kandungan di dalam blog ini. Pelbagai entry menarik yang terdapat dalam blog ini seperti Puteri | Animasi Terbaru , Dato Siti | Frozen dan lain-lain.
Rasa-rasanya pemilik blog ini menyukai penyanyi wanita popular negara iaitu Dato Siti Nurhaliza,betul tak? Sebab apa,kebanyakan entri yang angah baca adalah berkenaan Dato Siti. :) Apa-apa pun kalau nak tahu lebih lanjut,jom terjah blog ini. 


2. http://natasya-pink.blogspot.com/


Blog kedua merupakan blog yang comel berwarna kelabu. Pemiliknya adalah seorang perempuan.
Aku memang bukan anak yg baik diseluruh dunia.  
Tetapi aku bersyukur Tuhan berikan aku orang-orang terbaik didalam hidupku. 
Aku mohon teguran yang baik jika salah, 
bukan hinaan dan sindiran. Aku juga manusia. 

Bagi angah sendiri,blog ini adalah salah satu blog yang simple. Kerana apa? Kerana blog ini tidak mempunyai widget yang banyak. Selain itu,warnanya yang kelabu membuatkan kita tidak terasa mahu berganjak dari blog ini. Walau bagaimana pun , angah rasa kalau ada beberapa penambahbaikkan,mungkin lagi menarik blog ini. Jom terjah blog cantik ini. 

3. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/

Blog ketiga yang akan direview adalah sebuah blog yang dimilik oleh seorang yang berumur 12 tahun. Muda kan? Tak sangka sungguh. Apa apa pun,bagi angah blog ini menarik kerana mempunyai pelbagai warna yg menjadikan blog ini menarik.

  • Blog yang mempunyai entri yang banyak dengan giveaway. 
  • Blog yang mempunyai background lagu. 
  • Mempunyai pelbagai widget. 
Pertama sekali,apabila angah nak buka blog ini,loadingnya agak lambat. Angah rasa mungkin disebabkan oleh widget yang banyak seperti kelopak bunga berguguran,dan juga widget yang lain. Selain itu,dengan adanya lagu membuatkan angah rasa sedikit ralat untuk teruskan membaca. Mungkin sebab angah tak suka lagu itu. Yang lain-lain rasanay dah cukup bagus.Jom terjah blog ini!! 



4. http://dia-honey.blogspot.com/

Seterusnya,angah akan mereview sebuah bog yang berwarna pink. Blog yang penuh dengan corak kartun Hello Kitty ini dimiliki oleh seorang wanita. Pertama kali masuk ke blog ini,angah sudah membuat tanggapan bahawa pemilik blog ini minat akan Hello Kitty. Dan ternyata ialah benar. Untukpeminat-peminat watak kartun Hello Kitty bolehlah kunjungi blog ini.
Secara jujur boleh angah katakan bahawa blog ini menarik dan terbaik. Kerana apa? Pelbagai entry yang menarik di hasilkan. Selain itu,terdapat juga pelbagai tab di bawah header yang membolehkan pengunjung untuk memilih bacaan mereka.
Jom terjah blog ini untuk ketahui selanjutnya.. 
5. http://dingraphic.blogspot.com/


Teruja sebentar kerana angah dapat review blog yang menarik ini. Tengok header sahaja sudah tahu,semestinya blog ini menarik. Pertama sekali,blog ini bagi angah adalah blog yang simple. Selain itu,kebanyakan entrynya berkisarkan tentang graphic atau seni lukisan grafik.
Sememangnya blog yang cepat loading ini akan dikunjungi ramai pembaca kerana banyak entry menarik mesikpun entri yang telah dihasilkan pada tahun 2014 ini adalah sebanyak 6 entri sahaja. Jom terjah dan follow blog ini. 

Sekian.


Read more ...

Alhamdulillah... Berjalan lancar



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Entry hari ini dimulakan dengan entri penuh rasa syukur. Syukur kerana Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Tak sampai 5 hari dilancarkan sudah lebih daripada 50 peserta sudah join. Alhamdulillah.
Apa yang menggembirakan angah adalah penerimaan semua. Hadiah untuk giveaway kali ini tersangat menarik. Sebab apa? Anda boleh tengok di SINI pelbagai hadiah menarik ditawarkan.
Selain itu,bagi angah sendiri,syarat yang dikemukakan tidaklah sesukar mana. Hanya perlu like dan follow sahaja. Jadi,angah rasa anda memang patut join Giveaway ini. Selagi mana anda bergelar blogger,selagi itu anda patut join giveaway ini. Chewahhh.. huhu

Cara Nak Join??


Sekian. 
 
 
Read more ...