16 Oktober 2014

Review Blog #3



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Review blog kembali lagi. Kali ini 5 blog yang bertuah ialah blog-blog seperti yang tertera di bawah. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.

1. http://jmbelog.blogspot.com/


Sebuah blog yang menarik. Buat pertama kalinya angah masuk ke blog yang angah tak dapat jumpa header. Menarik bukan? Setelah angah selidiki lebih lanjut tentang blog ini,angah percaya bahawa kebanyakan entri di dalam blog ini adalah fakta menarik dan yang pelik-pelik. Contohnya, Jangan Mudah Terpedaya dan juga Adakah umur mempengaruhi kesuburan lelaki.
Jadi,bagi angah sendiri,blog ini merupakan blog yang dapat trafik dan jumlah pembaca yg tinggi kerana banyak entry menarik. Betul tak? Selain itu,terdapat lagu di dalam blog,yg menjadikan loading yg agak lambat. Jom terjah blog ini! 


2. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/

Blog seterusnya yang akan direview adalah blog Gnisnuy . Apakah? Mungkin pemilik blog ini mempunyai maksud tersirat berkenaan tajukblog ini. Melihat kepada header di atas,cantik headernya dengan gambar piano sebagai latar belakang.
Apa yang angah suka tentang blog ini adalah background yg berwarna putih. Sememangnya background putih lebih senang untuk kita baca entri. Apa yg angah dpt tengok dari entrynya,banyak entry menarik berkaitan diri pemilik blog dan juga blognya sendiri. Apa-apa pun good job. Jom terjah blog ini!! 


3. http://www.schanazri.com/


Blog yang comel ini di beri nama The Untold Story By Scha Nazri. Pertama sekali,angah begitu kagum dengan cara setiap entri diceritakan. Selain itu,warna yang tidak terlampau menonjol menjadikan blog ini cantik di mata.
Tak ada apa lagi nak cakap tentang blog ini sebab semuanya cantik sangat. Nak tengok lagi keunikan blog ini? Jom terjah blog ini... 


4. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/


Blog yang menarik. Kalau tengok pada url blog itu,jelas bahawa blog ini berkenaan novel. Apa yang angah dapat observe ialah ada banyak entri berkenaan novel yg dihasilkan oleh pemilik novel ini sendiri. Terbaik!! Bagi angah blog ini adalah blog yang unik.
Apa yang angah suka ialah blog ini mempunyai byk widget yg menarik. Selain itu,warna yang tidak berserabut. Mungkin di bahagian bawah header boleh diperbetulkan lagi,sebab ia agak mengganggu masa loading blog. Selain itu,ada beberapa widget yang rasanya tidak perlu. Apa-apa pun itu adalah pendapat angah sendiri.Jom terjah untuk ketahui lebih lanjut. 


5. http://diarisihazimah.blogspot.com/



Blog yg terakhir yang akan dipromote angah ialah blog Hazimah. Cantik kan headernya? Terbaik. Pertama sekali,angah nak cakap berkenaan dengan tulisan di dalam blog ini.Ada beberapa entri yg angah tak dapat membaca tulisannya,kerana apa? Kerana warnanya yag terlampau cerah. Selain itu,tulisan yang kecil menyusahkan angah juga,sebab angah seorang yang rabun.
Untuk yang lain-lain rasanya dah oke. Cuma mungkin boleh pelbagaikan lagi entri-entri menarik. Good job!! Jom terjah blog ini.. 

Sekian sahaja review untuk hari ini. Nantikan entri review selanjutnya..

Read more ...

Blogging : Slow and steady.



Assalamaulaikum dan salam sejahtera.


"Dalam berblogging,kita hendaklah slow dan steady. Tak perlu kelam kabut."
Benar atau tidak? Dalam industri berblogging ini,apa yang penting ialah slow dan steady. Iaitu tidak terlampau mengejar trafik dan juga follower. Ada beberapa kriteria yang membolehkan kita menjadi blogger yang berada di landasan yang tepat.
 Pertama :-
Jangan Sombong Dengan Blogger Lain.

Bagi angah sendiri,menjadi seorang blogger yang sombong adalah sesuatu kesalahan besar. Kerana apa? Dalam dunia blogging ini,kerjasama antara bloger adalah penting. Sebab kebanyakan pembaca blog adalah daripada kalangan blogger itu sendiri. Jadi,tak perlu nak sombong dan riak.
Kedua :-
Jangan terlampau kejar Follower.

Sememangnya masa awal-awal berblogging dahulu,angah adalahs alah seorang blogger yang mengejar Follower. Pada masa itu,angah fikir bahawa blogger yang ramai Follower adalah blogger terhebat. Tetapi sebenarnya ianya adalah sebaliknya. Kualiti entry blog yang penting. Bila kualiti dah terjaga,akan ada blogger lain yang akan follow blog kita sendiri tanpa kita minta.
Ketiga : -
Jaga Kualiti Blog

Memang daripada dulu,angah menjaga kualiti blog. Angah sentiasa fikir bagaimana blogger lain lihat blog angah. Adakah blgo angah bagus? Adakah blog agah loadingnya lambat atau cepat. Adakah entry-entry dalam blog angah cukup kualiti untuk blogger lain terus terjah. Yang penting,janganlah ada entri-entri merepek. In shaa Allah,pembaca-pembaca akan datang.


Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dibincangkan di sini,tapi yang penting sekali adalah kerja yang berterusan. Janganlah berblogging sekadar untuk hari ini sahaja,fikir akan masa akan datang. Setiap yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil. In shaa Allah.
Sekian. 


Read more ...

Syukur : Nikmat




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Rasa syukur akan menambakan nikmat yang sedikit dan akan melipat gandakan sesuatu yang banyak."


Bersyukurlah walau nikmat yang kita dapat sedikit. In shaa Allah,masa akan datang lebih banyak nikmat yang menanti. In shaa Allah.
Read more ...

Review Blog #2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti biasa,angah akan meneruskan Review blog untuk mencapai target 100 blog review. Sepanjang angah bercuti ini,angah akan mereview blog seperti mana yang angah telah beritahu dalam entry INI. Jom kita tengok blog-blog yang bertuah.



Blog pertama yang akan direview untuk kali ini diberi nama Yang Baik. Blog yang cantik. Rasanya angah dah lama tahu akan kewujudan blog ini. Apa yang paling menarik dalam blog ini adalah dari segi kepelbagaian entri. Ada entri tentang Giveaway,ada entri tentang isu semasa dan juga entri-entri lain.

Secara jujurnya,angah suka dengan blog yang sebegini iaitu tidak terlampau serabut. Selain itu,angah juga senang untuk mencari sesuatu di dalam blog ini,kerana mempunyai widget search. Terbaik!! Jom terjah blog ini!


2. http://lissadblog.blogspot.com/


Blog kedua yang angah akan review ialah blog yang berwarna pink. Sebuah blog yang cantik dan comel. Cantik headernya. Tetapi loading blog yang agak lambat,mungkin disebabkan oleh kelopak bunga berguguran dan juga lagu sehingga menyebabkan angah tunggu lama untuk loading keseluruhan blog ini.
Untuk part seterusnya,angah suka dengan gaya entri disampaikan,bila mana terdapat pelbagai entri menarik dikongsikan seperti Cara Memikat Hati Suami dan juga Tips Untuk Menegur Suami. Jom terjah blog pink ini!


3. http://sakuraungu92.blogspot.com/


Blog seterusnya bewarna purple. Alhamdulillah,akhirnya angah dapat review blog berwarna purple. eh? Hahaha. Blog yang diberi nama sebagai Sakura Ungu.Pemilik blog ini berasal dari Pulau Pinang.Berblogging sejak 4 Januari 2014.
Apa yang angah suka tentang blog ini ialah dari segi susunan widget. Susunan yang tersusun. Selain itu,saiz tulisan yang sederhana membolehkan kita membaca entri dengan lebih jelas. Tiada apa lagi yang angah nak kata,cuma iklan Nuffnang anda nampaknya ada sedikit masalah. Jom sama-sama terjah blog purple ini. 


4. http://blogparihh.blogspot.com/


Secara jujurnya,ini adalah kali pertama angah menerjah blog ini. Blog yang dikenali dengan nama Blog Parihh. Dimiliki oleh seorang blogger Pahang iaitu Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil. Pertama sekali,angah dapat lihat blog yang begitu simple. Bukan setakat simple tetapi cantik dan menarik.
Perkara pertama yang menarik minat angah adalah dari segi tulisan dan susunan widget. Tak berserabut langsung macam  blog angah ni. Selain itu,senang untuk kita lihat entry-entry yang mungkin akan menjadi pilihan kita,disebabkan di dalam blog itu disiarkan juga widget entry popular. Terbaik!! Jom terjah blog ini!! 


Pertama kali menjejakkan kaki di blog ini,angah rasa speechless. Terus angah baca dan tengok blog ini dari atas sampailah ke bawah. Menariknya blog ini!! Ada banyak perkara menarik yang angah nak bagitahu dekat anda semua.
Pertama, blog ini sangat ringkas dan padat. Kalau tengok pada header blog,dah boleh nampak betapa menarik dan simple blog ini. Seterusnya,widget yang teratur. Boleh dikatakan,ini adalah blog yang paling teratur yang pernah angah nampak. Pemiliknya berumur sama dengan angah. Eh? Hehe.Apa pun,thumbs up untuk blogger ini. Jom terjah blog ini!! 
Sekian.


Read more ...