17 Oktober 2014

Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh





Support sesama blogger.

Syarat2 :
  1. Follow Google+ Circle
  2. Follow Blog Parihh
  3. Like facebook page 
  4. Tulis entri tajuk " Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh "
  5. Copy paste banner
  6. Send link dalam ruangan komen kat bawah entri ni
  7. Selesai
Jom join!!

Read more ...

Jangan Deactivate Facebook?






Assalamualaikum dan salam sejahtera

Angah pernah merasakan bahawa deactivekan akaun facebook sendiri. Sebab apa? Sebab kerap kali angah lihat pelbagai perkara tak senonoh dalam facebook. Sama ada berkenaan masalah remaja masa kini,masalah politik,masalah saling kutuk-mengutuk,masalah manusia yang sering mencari publisiti,dan lain-lain.
Tapi bila difikirkan balik,tak perlu nak deactivate, hanya sekadar biarkan apa yang terjadi. Kalau sesuatu itu terpampang di dalam wall facebook, angah just perlu buat tak tahu je. Sebab,dengan facebook juga kita berkenalan.
Tetapi sememangnya buat masa kini,angah tidak menggunakan facebook dengan lebih aktif. Sekadar ping entry ke dalam group blogger,dan juga blogwaking di dalam group blogger. Hal-hal yang lain,angah dah tak sentuh di facebook.
Bagaimana dengan anda? 
Read more ...

Tazkirah Jumaat #15 : Kebaikan Berpuasa



Fakta : Kebaikan Berpuasa Dari Sudut Sains.

"Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.."
Menurut Dr. Mac Fadon,seorang doktor dari Amerika,"Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."
Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjutkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi,ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan,otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.
Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang,otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa,tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak.
Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Sekian.
Read more ...