18 Oktober 2014

Rezeki Bulan Oktober : CPUV Nuffnang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah.. sejarah tercipta bulan Oktober ini apabila lebih daripada sepuluh (10) campaign CPUV Nuffnang yang melekat di blog Diari Jejaka Hangat. Kalau tak,sebelum ini,hanya satu atau dua sahaja yang akan melekat. Alhamdulillah,mungkin ini adalah rezeki di bulan Oktober.
Angah dapat tahu juga,ramai blogger-blogger lain yang turut mendapat iklan campaign yg banyak daripada Nuffnang. Alhamdulillah,ini berita baik buat semua blogger.

Rezeki.

Di bulan Oktober ini juga angah ada membuat satu Giveaway yang besar,iaitu Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014. Bertujuan untuk mengembalikan prestasi blog DJH. Selain itu,angah juga nak berkenalan dengan blogger-blogger baru. Bukannya blogger lama tak best,tapi sekadar nak menambah kenalan.
Giveaway yang menawarkan banyak hadiah. Angah rasa sesiapa yang tengok senarai hadiah pasti nak join. Kepada yang dah join,terima kasih angah ucapkan,kepada yang masaih belum join,jom cepat-cepat join...
Sekian. 
Read more ...

Review Blog #5




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita bertemu lagi dalam review blog. Alhamdulillah. Setakat ini lebih daripada 20 blog telah direview. Masih berbaki 80 blog lagi untuk direview untuk mencukupkan jumlah 100 blog kesemuanya,

Secara jujurnya,angah teruja sebentar bila tengok blog ini. Kalau anda boleh lihat,betapa cantiknya blog ini disusun,dan bagaimana entrynya ditulis. Apa  yang pasti pemilik blog ini masih lagi bersekolah menengah.
Apa yang angah suka ialah entry dalam blog ini lebih seperti diari hidup seseorang. Cewahh.. Tak ada apa yang nak dicakapkan lagi, angah rasa lebih baik anda semua terjah sendiri blog ohsemm ini. 



Blog kedua yang akan direview ialah blog Cammy Lia. Seorang blogger yang aktif bagi angah. Entry yang angah sempat baca ialah entry yang pastinya berkenaan anaknya. Apa yang angah suka ialah blog ini tidak banyak widget yang pelik-pelik atau merapu-rapu.
Selain itu, angah juga suka dengan font tulisan yang besar. Teruskan usaha anda untuk majukan lagi blog ini. Jom terjah ramai-ramai ke blog cantik ini. 


Blog seterusnya ialah blog Official Firzanah Azhar. Blog yang cantik. Mungkin kalau saiz header dikecilkan,loading blog akan jadi lebih pantas. Selain itu,pemilik blog ini masih bersekolah. Jom berkenalan dengan blogger ini. 
Mungkin tulisan di bahagian widget blog boleh ditukar ke warna yang lebih menonjol.Apa -apa pun teruskan berblogging. Jom terjah blog best ini.. 



Pertama sekali,angah nak puji header yang simple tetapi sangat cantik. Blog ini merupakan blog yang keempat akan angah review. Bagi angah dari segi header kita boleh nampak dah betapa cantiknya kandungan entry.
SAYA ADALAH FATIHAH, TAPI BOLEH PANGGIL SAYA NIK. BERUMUR 21 Y/O 2014. BERASAL DARI KELANTAN DAN SEDANG BERMAHARAJALELA DI SABAH.
Blog ini angah suka kerana penyampaian dalam setiap entry yg jelas. Selain itu,ada pelbagai entry menarik dalam blog ini membuatka angah nak terus membaca setiap entry yang ada. Susunan widget yang menarik. Jom terjah dan follow blog ini. 




Blog seterusnya ialah blog ini. Menarik. Itulah yang tergambar dalam fikiran angah. Ini adalah salah satu blog yang menggunakan template blogskin. Tiada apa yang angah nak ceritakan,sebab blogskin bukan salah satu kepakaran angah. Apa yang boleh angah cerita ialah,boleh diperbaiki lagi.
Angah tak dapat nak scroll dan klik lebih banyak dalam blog ini kerana ada beberapa button yang angah tak dapat lihat. Apa apa pun,jom kita terjah blog ini. 

Read more ...

Review Blog #4



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak teruskan lagi review blog. Alhamdulillah,setiap kali status di update,akan mendapat sambutan ramai blogger. Terima kasih. Jadi,5 blog yang terpilih untuk review kali ini ialah :-
1. http://www.ciksiti.com/


Blog pertama dikenali dengan nama ciksiti.com. Merupakan seorang blogger Kedah yang berasal dari Sungai Petani,Kedah. Apa yang angah tak suka berkenaan blog ini? Rasanya tiada apa angah nak komen sebab semuanya best. Blog ni loading pun laju. Tak perlu angah nak tunggu lama-lama.
Selain itu,tulisan di dalam blog ini jelas dan senang angah nak baca entry-entrynya. Ada juga widget Linkwithin,yg membolehkan kita lihat entry-entry sebelum. Terbaik. Untuk korang yang nak blogwalking,jom terjah blog ini.. 


2. http://kisahketuharkecik.blogspot.com/


Blog seterusnya ini,bernama Kisah Ketuhar Kecik. Kenapa ketuhar kecik? Entahlah haha.. apa apa pun,dari tajuk blog itu,kita boleh tahu bahawa sudah semestinya blog ini tentang makanan. 
Apa yang angah boleh katakan adalah,teruskan berblogging. In shaa Allah, anda akan berjaya. Jom terjah dan follow blog ini. 


3. http://sitracey.blogspot.com/


Blog ketiga ialah blog Si Tracey . Dari segi header dah nampak yang blog ini menarik dan hangat. Apa yang angah suka adalah kombinasi warna-warna yang menarik dengan latar belakang bewarna putih. Cantik sangat.
Selain itu,tulisan yang besar dan jelas membuatkan angah senang nak baca. Widget-widget yang merapu pun tak banyak,jadi loading blog ini tersangatlah oke. Apa lagi nak cakap? Rasanya baik korang semua terjah blog ini sekarang... 


4. http://kylifa.blogspot.com/



Seterusnya ialah blog yang baru. Iaitu Beba Ifa. Rasanya ini adalah sebuah blog baru. Dari segi loading,rasanya oke. Apa yang angah suka adalah tulisan yang besar. Selain itu,tak banyak widget sangat. Apa lagi nak cakap? Teruskan berblogging. In shaa Allah. Jom rama-ramai follow blog ini.

5. http://sitizawiah95.blogspot.com/



Blog terakhir ialah blog Siti Zawiah'S Life. Dengan tagline "Never lets someone steal your happiness." Pertama sekali masuk ke blog ini,angah berasa teruja bila melihat header blog yang begitu menarik. Seterusnya,angah scroll lagi ke bawah, angah dapat lihat pelbagai entri yang dihasilkan,sama ada entry Giveaway,Tutorial dan lain-lain.
Apa yang angah suka dengan blog ini ialah dari segi susunan widget. Selain itu,angah juga suka pada penceritaan setiap entri. Nak tahu lebih lanjut? Jom terjah blog ini. 

Read more ...

Sarapan Apa Hari Ini??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pagi-pagi yang best macam ni,angah tergerak hati untuk makan sarapan yang best-best. Teringat pula angah ketika di tahun 2011,angah masih di sekolah. Ketika itu,satu keluarga angah bercuti ke Port Dickson dan menginap di sebuah hotel 3 bintang. Apa yang pasti,sarapan di situ memang terbaik. Angah tak boleh lupakan,kerana banyak makanan-makanan yang enak-enak belaka.
Bagaimana dengan anda?

Apa yang anda makan untuk sarapan hari ini?


Nasi Lemak?


Roti Canai?


Teh tarik??

 Apa yang anda makan? Harapannya semoga apa yang anda makan adalah makanan yang berkhasiat. Macam angah sendiri,kadang-kadang angah tak makan sarapan sebab nak cepat ke kelas.. Akhirnya terus jatuh sakit.
Sekian. 

Read more ...