19 Oktober 2014

Review Blog #6




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi dalam rancangan Review Blog bersama DJH. Alhamdulillah,dah lima entri yang sudah dihasilkan dengan 25 blog telah direview. Alhamdulillah. Terima kasih kepada anda semua yang sudi tinggalkan link blog untuk direview. Baiklah kita teruskan dengan review :- 


Blog pertama ialah blog Norhana Marsom. Kalau nak mengenali dgn lebih lanjut tntg pemilik blog ini boleh KLIK SINI. Apa yang angah dapat ceritakan adalah blog ini banyak bercerita tentang tips-tips kesihatan. Contohnya seperti Tips Bekerja Ketika Hamil. Selain itu,terdapat juga entri-entri lain seperti entry Giveaway,entry pengalaman dan lain-lain.
Apa yang angah suka adalah kesederhanaan blog ini. Tak terlampau menonjol warnanya bagi angah sendiri. Selain itu,loading blog yang agak pantas menjadi perhatian angah. Jom terjah blog ini.. 


2. http://nora-norasyimahsaifullahoifficialblog.blogspot.com/


Blog kedua ini merupakan blog yang unik. Kerana tidak mempunyai gambar header. Hanya tulisan sahaja sebagai tajuk besar blog. Alhamdulillah,mungkin kerana tiada header yang besar,menjadikan loading blog ini laju.
Apa yang menarik adalah pemilik blog ini sudah berblogging sejak tahun 2009. Beliau juga minat anime. Apa yang angah nampak dari blog ini ialah scroll bar di sebelah kanan yang membuatkan angah keliru. Susah angah nak scroll sebab kesemuanya bewarna hitam.Untuk hal-hal lain,rasanya oke. Jom terjah blog ini. :D


3. http://www.akupenghibur.com/


Blog seterusnya ialah blog Aku Penghibur. Alhamdulillah,angah diberi kesempatan untuk review blog hebat ini. Blog ini pernah memenangi anugerah Bestlifestyle Blog MSMW 2014. Tahniah!!
Apa yang angah suka ialah pelbagai jenis entri yang terdapat dalam blog ini.Kebanyakan entri-entrinya semua menarik. Contohnya seperti Berblog Hanya Untuk Mendapat Publisiti? dan juga Batal Masuk Neraka Kerana Sahabat Soleh. Tiada apa lagi yang angah nak cakap. Blog ni bagi angah adalah terbaik. Jom terjah blog ini.


4. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/


Blog keempat yang direview ialah blog Kaki Travel Khairuddin. Untuk mereka yang sukakan travel,angah rasa inilah blog yang terbaik untuk anda kunjungi. Apa yang angah dapat lihat adalah,pelbagai info tentang tempat menarik boleh dilihat di dalam blog ini.
Angah suka dengan setiap entry yang dihasilkan. Lengkap dengan maklumat. Kalaulah angah boleh travel juga. Apa-apa pun good job. Blog ini terbaik. Jom ramai-ramai terjah blog ini. 


5. http://akifimtiyaz3.blogspot.com/



Blog terakhir ialah blog favourite angah iaitu blog Akif Imtiyaz. Dahulu,angah ingatkan bahawa pemilik blog ini adalah budak kecil. Rupanya ianya ialah milik ibu kepada budak kecil tersebut.Apa yang angah pasti adalah blog ini kebanyakannya bercerita tentang anak-anaknya.
Apa yang angah suka ialah blog ini loadingnya sangat bagus. Selain itu,susunan widget yang menarik. Apa yang lagi bagus ialah pemilik blogger ini sangat peramah. Nak berkenalan lebih lanjut? Jom terjah blog ini. 

Sekian. 
Read more ...

Pageview Hampiri 400 000





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , pageview untuk blog Diari Jejaka Hangat semakin menghampiri nilai 400 000. Kurang daripada 500 pageview sahaja lagi untuk mencukupkan kepada nilai itu. Terima kasih keapda semua blogger yang sudi menyokong DJH selama ini.
Angah ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua pembaca blog ini. Sama ada yang membaca secara silent mahupun yang memberikan komen. Terima kasih daripada angah.
Sekian. 
Read more ...

Alkohol : Halal atau Haram ??


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. 
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh. 
3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum. 
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. 
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%. 
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Rujuk - http://www.e-fatwa.gov.mySumber : JAKIM

Pendapat angah :-

Sememangnya angah sejak dari dahulu lagi,konfius dengan isu alkohol ini. Ada beberapa sumber yang berbalah pendapat. Akhirnya dapat juga angah versi yang tepat daripada JAKIM. Alhamdulillah... 

Read more ...