1 November 2014

Tips Untuk Wanita Memahami Lelaki



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




 Siapakah Lelaki?? Adakah anda benar-benar memahami LELAKI wahai wanita-wanita sekalian? Kalau belum,maka angah dengan ini ingin memberi sedikit pengetahuan tentang LELAKI. In shaa Allah,selepas ini lebih ramai wanita yang akan memahami LELAKI.
1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. 
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan. 
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. 
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Sumber : Facebook 
Jadi bagaimana? Adakah anda iaitu golongan WANITA sudah memahami sifat LELAKI yang sebenar? Sebenarnya,angah sendiri pun macam tak boleh nak percaya dengan info-info di atas sebab kadang-kadang macam pelik sangat. Hahaha. :D

Read more ...

Ranking Pengomen Tegar DJH Oktober 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Bulan ini merupakan bulan yang agak aktif bagi angah sendiri. Lebih banyak entry telah angah hasilkan berbanding bulan sebelum ini. Jutaan terima kasih angah ucapkan kepada semua blogger yang sudi memberikan komen dan kritikan kepada blog ini.
  1. Muhammad Khairuddin Lim (22) 
  2. Akif Imtiyaz (21) 
  3. Mad Parihh (19)
  4. Sentiasa Panas ( 18)
  5. Invisible Me (17)
Nama-nama blogger di atas ini merupakan blogger yang paling aktif dan selalu tinggalkan komen di dalam entry-entry angah. Untuk ranking berikutnya,anda boleh lihat dalam gambar di atas. Terima kasih angah ucapkan kepada semua yang sudi mengomen di blog angah.
 Angah juga nak minta maaf kalau angah tak sempat nak singgah blog anda,memandangkan kekangan masa dan juga internet. Angah minta maaf.
Sekian. 
Read more ...