6 November 2014

Blogger Dimalukan Di Media Sosial ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Gempar seketika isu Buli di negara kita.Apa yang paling memeranjatkan ialah masih lagi berlarutan isu buli di dalam asrama di kebanyakan sekolah seluruh negara. Maka ,apabila ramai yang bercakap-cakap tentang hal buli ini,maka ramailah blogger-blogger yang berpusu-pusu menulis tentang hal buli ini.
Sebagai seorang blogger yang ingin menyebarkan dan memberi pendedahan kepada orang ramai,maka blogger itu pun teruslah menulis dan sebarkan di merata tempat. 


Yang menjadi hal ialah apabila sumber berita yang diterima itu hanyalah palsu belaka. Sebagai contoh gambar di atas ini yang disiarkan oleh satu fanpage kononnya mereka ini ialah mereka yang menjadi dalang di dalam video buli tersebut.
Maka ramailah orang menyebarkan gambar ini,kononnya mereka sudah diberkas. Kononnya inilah mereka yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan hal buli tersebut. 


Padahal hakikatnya,ianya hanyalah palsu. Habis tergelak satu Malaysia apabila ramai orang bercakap tentang isu penyebaran palsu ini. Kebanyakannya dilakukan oleh blogger dan orang yang suka menyebarkan sesuatu tanpa sebarang bukti dan kebenaran.
Jelas dan terang dapat dilihat di sini apabila orang Malaysia secara amnya dan juga para blogger secara khususnya suka menyebarkan berita tanpa sebarang usul periksa. Asalkan sesuatu itu isu yang panas dan juga boleh menjadikan blog kita sesuatu yang laris,maka sebarlah berita itu.


Muhasabah Diri.

Sesungguhnya apabila kita sebarkan sesuatu yang tidak benar,bukankah ia sudah jatuh hukum FITNAH? Itulah sebabnya sebelum menyebarkan sesuatu perkara,selidik dan ketahui dahulu adakah perkara yang akan disebarkan itu adalah benar mahupun tidak.
Sekian. 

Read more ...

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus hanya pada harga RM6 seunit??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Celcom Axiata Bhd memperkenalkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada tengah malam tadi di Blue Cube, Sunway Pyramid.
Menjelang detik pelancaran, beratus-ratus peminat setia iPhone sudah membentuk barisan panjang dengan harapan menjadi antara enam pembeli terawal untuk membeli peranti berkenaan pada harga hanya RM6 seunit.
Dengan pelancaran rasmi itu, iPhone 6 dan 6 Plus kini ditawarkan di Blue Cube dan gedung Celcom Xclusive di seluruh negara. Pelanggan boleh membeli peranti berkenaan pada harga bermula dari RM418 selepas rebat bagi model 16GB dan iPhone 6 Plus daripada RM768 seunit selepas penjimatan dan rebat bagi model 16GB dengan pakej kontrak 24 bulan.
Tahun ini, Celcom memperkenalkan program tukar beli buat kali pertama, membolehkan pengguna yang membawa iPhone lama potongan harga tambahan untuk pembelian iPhone terkini.Promosi itu bagaimanapun hanya ditawarkan di cawangan Blue Cube @ Sunway Iconic, Sunway Pyramid hingga 9 November ini.


SUMBER : BERITA HARIAN 


Pendapat angah :-

Bestnya dapat beli phone dengan harga RM6. Berbaloi kan? Tapi sebenarnya angah agak kurang berminat untuk menggunakan iphone. Angah lebih suka handphone berjenama lain. Entahlah. Mungkin disebabkan harga yang mahal menyebabkan angah malas nak menggunakan handphone yang mahal-mahal.
Buat masa ini angah tak menggunakan handphone disebabkan handphone angah rosak. In shaa Allah lagi beberapa hari siaplah handphone angah. Asalkan handphone itu boleh digunakan untuk telefon dan mesej sudah mencukupi bagi angah. Anda bagaimana?
Read more ...

Malaysia : Negeri Kedah Darul Aman




Negeri Kedah Darul Aman 



Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 . Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi. 

Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.Modal dan tempat duduk diraja di negeri ini ialah Alor Setar. Bandar-bandar maju yang lain adalah Sungai Petani dan Kulim di tanah besar, dan Langkawi di bahagian pulau.
Bandar-bandar membangun adalah seperti Jitra, Changlun, Pendang, Pokok Sena, Kuala Ketil serta Gurun

Mengenai Kedah

Sawah Padi
Kedah dianggap Negeri "Jelapang Padi" Malaysia, mencakupi satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran beras Malaysia. Lain-lain produk pertanian, termasuk getah, kelapa sawit dan tembakau juga penting. Pelancongan, khususnya di pulau Langkawi semakin penting kerana kebanyakkan sumber pendapatan negeri lebih melalui pelancogan di Langkawi. 
Lebih baru-baru ini, Kedah telah dimajukan ekonomi ke arah industri automotif dan aeroangkasa dengan Modenas dan Rencam Asia menubuhkan pangkalan di sini. Salah satu kelebihan utama ialah kos buruh yang rendah dan infrastruktur di tempat dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pulau Langkawi
Pada tahun 1996, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) telah dibuka secara rasmi sebagai taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia. Taman ini terdiri daripada jumlah keluasan tanah kira-kira 14,5 kilometer persegi (5.6 km ²). Banyak syarikat-syarikat tempatan dan asing, seperti Intel, Fuji Electric, Silterra, Infineon, First Solar, AIC Semiconductor, dan Showa Denko operasi kilang pengeluaran mereka di dalam laman web ini sejak itu. 
Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, kawasan ekonomi ini adalah sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Wilayah Ekonomi Koridor Utara adalah salah satu daripada tiga kawasan pembangunan yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia; kawasan pembangunan yang lain sebagai Iskandar Malaysia (atau Wilayah Ekonomi Johor Selatan) dan Wilayah Pembangunan Pantai Timur.
Berikut merupakan lima buah bandar utama di Kedah. Antaranya :
  1. Sungai Petani, populasi. 456,605 : merupakan bandar perindustrian dan perumahan terbesar di Kedah
  2. Alor Setar, populasi. 366,787 : merupakan ibu negeri, bandar diraja dan pusat pentadbiran negeri Kedah
  3. Kulim, populasi. 287,694 : merupakan bandar perindustrian.
  4. Jitra - Changlun, populasi. 220,740 : merupakan bandar pendidikan dan juga bandar antara sempadan negara
  5. Langkawi, populasi. 94,777 : merupakan sebuah bandar pelancongan antarabangsa yang satu-satunya di Kedah
Daerah 
Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah iaitu :-
  1. Kota Setar / Alor Setar (الور ستار / كوتا ستار)
  2. Kuala Muda / Sungai Petani (سوڠاي ڨتاني / كوالا مودا)
  3. Kubang Pasu / Jitra (جيترا / کوبڠ ڨاسو)
  4. Kulim (كوليم)
  5. Langkawi (لڠكاوي)
  6. Pokok Sena (ڨوكوق سنا)
  7. Pendang (ڨندڠ)
  8. Bandar Baharu (بندر بهارو)
  9. Yan (يان)
  10. Padang Terap (ڨادڠ تيرڨ)
  11. Baling (باليڠ)
  12. Sik (سيق)

Menara Alor Setar

Bandar

Bandar-bandar besar di Kedah adalah
  1. Alor Setar الور ستار (Ibu Negeri, Bandar Diraja dan Bandaraya Utama)
  2. Sungai Petani سوڠاي ڨتاني (Bandar Utama dan Bandar Perindustrian)
  3. Kulim كوليم (Bandar Perindustrian)
  4. Langkawi لڠكاوي (Bandaraya Pelancongan)
  5. Jitra جيترا (Bandar Pendidikan)

Bandar-bandar membangun seperti berikut
  1. Pokok Sena ڨوكوق سنا (Bandar Satelit)
  2. Kuala Ketil كوالا كتيل (Bandar Pendidikan)
  3. Gurun ڬورون (Bandar Peridustrian)
  4. Kuala Nerang كوالا نرڠ (Taman Buah-buahan)
  5. Serdang سردڠ
  6. Changlun ݘڠلون
  7. Pendang ڨندڠ
  8. Yan يان
  9. Baling باليڠ
  10. Sik سيق

Sumber : Google | Wikipedia
Read more ...

Keburukan Orang Yang Kita Benci




Cuba ambil dua kertas kosong dan kemudian senaraikan keburukan orang yang kita benci pada salah satu kertas..
Mesti penuh satu kertas tu kan? Mungkin tak cukup sehelai kertas tu untuk kita senaraikan.
Kemudian,ambil lagi satu kertas senaraikan pula keburukan kita yang buat orang benci.
Penuh tak kertas tu? Mesti kertas tu banyak ruang kosong sebab kita tak dapat fikirkan keburukan kita.
Jadi,walau apa pun keburukan seseorang,pasti kita ada keburukannya juga.
Cuma kita cepat nampak keburukan orang lain dari diri sendiri.. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah mula faham tentang apa yang angah nak maksudkan? Ya. Kadang-kadang kita suka menilai keburukan orang lain,tanpa melihat keburukan diri sendiri. Percayalah bahawa setiap orang mempunyai nilai yang tersendiri. Ada manusia yang suka mencari kesalahan orang lain,sedangkan kesalahan diri sendiri lebih teruk daripada orang yang dicari kesalahan itu tadi.
Sekian. 



Read more ...