9 November 2014

Senarai Blog untuk Bloglist



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Beberapa hari yang lalu,angah telah mengadakan pencarian bloglist. Kali ini angah mencari blog-blog baru untuk diletakkan dalam bloglist bagi memeriahkan bloglist angah. Bila bloglist meriah,maka blog kita pun akan menjadi meriah.
Jadi,sebelum angah memilih 5 blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist DJH,angah perlukan mereka yang tersenarai di bawah untuk letakkan juga blog DJH di dalam bloglist mereka.
Blog akan dipilih setelah angah berpuas hati. 
 Calon-calon bloglist...

  1. http://fionaina.blogspot.com/
  2. http://www.zazazehra.com/
  3. http://sayasukaimaginasi.blogspot.com/
  4. http://natasya-pink.blogspot.com/
  5. http://www.cahayapermata.my/
  6. http://www.dieylapunyerblog.blogspot.com/
  7. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  8. http://zianaeunos.blogspot.com/
  9. http://aliatulaiman.blogspot.com/
  10. http://syahirahtajidin.blogspot.com
  11. http://mamanautokou.blogspot.com/
  12. http://angellovesoldier.blogspot.com/
  13. http://doodowl.blogspot.com/
  14. http://worldeddyobby.blogspot.com/
  15. http://sitizawiah95.blogspot.com/
  16. http://www.ninibizshop.com/
  17. http://www.ciklyeen.com/
  18. http://listen2myblog.blogspot.com/
Terima kasih semua.
Read more ...

Giveaway Akan Berakhir...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan semua,Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bakal berakhir tak lama lagi. Setakat ini dah lebih daripada 100 peserta telah pun menyertai giveaway ini. Seramai 21 pemenang dicari oleh angah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang terdapat dalam giveaway kali ini.
Buat masa ini angah berpuas hati dengan kelancaran giveaway ini walaupun ada beberapa masalah yang terjadi,tetapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Angah sekarang ini rasa excited untuk mengumumkan pemenang.
Walau bagaimanapun angah terpaksa tunggu sehingga tamat giveaway. Jadi,anda yang masih belum menyertai Giveaway ini bolehlah turut sama memeriahkan giveaway ini. Mungkin ini adalah rezeki anda? Mana tahu.
Sekian. 
 
 

Read more ...

Renovate Header Blog..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama lagi. Berhubung dengan tajuk di atas,sememangnya untuk sesiapa yang perasan sejak malam semalam lagi angah telah menukar header blog DJH.
Gambar di atas ini adalah header yang menjadi pilihan angah buat masa ini. Angah rasa header ini adalah ringkas dan padat. Buat ke sekian kalinya angah meletakkan gambar angah sendiri di dalam header.
Rasanya suatu ketika dahulu angah pernah meletakkan gambar angah sendiri di dalam header. Walau bagaimanapun angah tak boleh nak edit keseluruhan blog. Angah hanya mampu mengedit header sahaja. Header yang angah rasa ringkas dan simple ini angah buat menggunakan aplikasi Photoscape. 
 Antara header yang pernah angah guna di dalam blog :-

Header yang angah gunakan sebelum ini. Ada gambar kartun lelaki dan bertemakan warna biru.

Header yang berwarna ungu dan juga terdapat 4 jenis muka.



Header yang menggunakan motif MUZIK sebagai latar belakang.




Header pada zaman-zaman awal angah berblogging. Sebenarnya tiada header pun,angah hanya meletakkan ayat dan juga kata-kata madah untuk dijadikan sebagai tajuk.

Begitulah apabila kita dah lama berblogging,kita dapat lihat perjalanan blogging kita hanya melalui header. Alhamdulillah,dengan pengalaman yang semakin banyak,telah banyak mengajar angah untuk menjadi seorang yang lebih matang. 
 Sekian.

Read more ...

Prove Them Wrong.




"Believe in yourself even when no one else does. If someone tells you that you can't do it,prove them wrong."
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini angah nak kongsi tentang suatu kata-kata indah yang angah dapat daripada Google. Kata-kata yang sememangnya dapat menaikkan semangat angah setiap kali angah nak melakukan sesuatu.
Seperti yang semua orang tahu,angah merupakan seorang pelajar yang mngambil jurusan Muzik. Kebanyakan orang memandang rendah dan serong terhadap sesiapa yang mengambil jurusan seperti angah.
Selain itu,ada juga orang yang suka memandang tempat angah menuntut sekarang iaitu UiTM sebagai tempat untuk golongan yang kurang terpelajar.Sedangkan semua tempat belajar adalah sama sahaja.
Akan Ku Buktikan...

Angah akan buktikan mereka-mereka yang berfikiran tidak senonoh tersebut bahawa angah mampu untuk capai kejayaan. Siapa kata kalau ambil jurusan Muzik tidak mampu berjaya?
Siapa kata graduan UiTM tak dapat kerja dan tidak mampu untuk hidup selepas habis belajar kelak?
Yang penting disini ialah usaha dan juga percaya pada diri. Selagi anda percaya pada diri selagi itu in shaa Allah anda akan mampu untuk melakukan segalanya. Orang lain hanya mampu bercakap-cakap tetapi kitalah yang perlu melakukan sesuatu. 
 
 Sekian.
 
 

Read more ...