10 November 2014

Lupakan Kisah Silam





"Sometimes The People With The Worst Past , Create The Best Future"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perkongsian angah kali ini tentang kisah silam. Anda mempunyai kisah silam? Angah sendiri mempunyai kisah silam yang buruk,tetapi bagi angah sendiri janganlah kita jadikan kisah silam yang teruk itu sebagai penanda bahawa kia sememangnya teruk.
Angah ada terbaca resipi kejayaan beberapa orang ternama yang mengatakan bahawa mereka pernah jatuh dahulu,barulah mereka bangkit daripada kejatuhan tersebut. Dengan kejatuhan atau kegagalan tersebut menjadikan mereka lebih berani untuk hadapi cabaran dan dugaan di masa akan datang.
Ada juga orang yang menjadikan kejatuhan sebagai satu batu loncatan untuk lebih berjaya. Kegagalan bukanlah suatu pengakhiran. Begitu juga dengan kejayaan. Kadang-kadang ada kejayaan yang hanya bersifat sementara,jadi sebagai seorang yang inginkan sesuatu yang positif dalam hidup,anda perlulah berusaha tanpa menoleh ke belakang.
Sekian. 
 
 


Read more ...

Tahniah Akademi Fantasia 2014!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pendapat angah :-

Sekalung tahniah diucapkan kepada Akademi Fantasia 2014 kerana telah berjaya menghidupkan kembali suasana seperti Akademi Fantasia musim terdahulu. Walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki,pujian patut diberikan kepada pihak pengelola AF kali ini kerana ia dilihat berjaya mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik. Tahniah juga kepada mereka yang berjaya pada konsert Final semalam.

Berita dari AstroGempak :- 

Akhirnya selepas 10 minggu, tirai Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) dilabuhkan dengan Konsert Akhir AF 2014 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula jam 9 malam tadi (Ahad).
Sebaik sahaja keputusan diumumkan pengacara pada malam ini, iaitu Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Muse ramai yang terkejut kerana ramalan mereka meleset malah, tersasar jauh!
Malam ini menjadi milik Mhd Firman Bansir atau Firman, apabila dia dinobatkan sebagai juara AF 2014 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah Toyota Vios TRD Sportivo, pakej percutian ke Osaka, Jepun berserta trofi sumbangan Astro.
Firman telah menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu, Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir.
Kemenangan Firman sememangnya sudah dijangka, namun ramai yang tidak percaya apabila Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abdul Aziz bergelar Naib Juara. 
Peserta berusia 21 tahun yang berasal dari Melaka itu telah memenangi RM30,000, sebuah Perodua Myvi, pakej percutian ke Osaka, Jepun dan trofi.
Sebelum ini ramai yang menjangkakan peserta yang diserap masuk menerusi AF Serap, Adel bakal juara AF 2014 atau berada di tempat kedua, tetapi nampaknya rezeki tidak menyebelahi gadis dari Sabah itu apabila dia diumumkan berada di tempat kelima.
Adel membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000. Sementara itu  Ikhwal Hafiz Ismail atau Ewal yang menduduki tempat ketiga telah menerima RM20,000. Seorang lagi perserta ‘favourite’ iaitu Nuha terpaksa akur apabila dia diumumkan sebagai pemenang di tempat keempat dan diberikan RM15,000.
Selain wang tunai, peserta ditempat ketiga, keempat dan kelima turut memenangi pakej percutiaan ke Osaka, Jepun dan trofi. Hadiah telah disampaikan Pengetua AF2014, Datuk Hattan. 

 Sumber : AstroGempak
 Sekian Terima Kasih..
Read more ...

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Saya perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk kerana masa kini jumlah kes-kes penyakit demam denggi semakin meningkat. Ini bermaksud,semakin banyaknya nyamuk-nyamuk yang membawa penyakit. Dengan adanya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini,dapatlah saya untukmenghalau nyamuk daripada mengganggu diri saya,malah keluarga saya juga. Selain itu,saya berpendapat bahaw gelang ini sangat berkesan untuk menghalau nyamuk. Jadi,ia sangat memudahkan sesiapa sahaja untuk keluar rumah tanpa risau akan gangguan nyamuk termasuklah nyamuk aedes.



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read more ...

Fakta Lelaki vs Wanita




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini angah nak kongsikan dengan anda tentang fakta menarik antara lelaki dan juga wanita. Sememangnya banyak perbezaan antara lelaki dan wanita. Kepada para wanita yang ingin mengetahui fakta lelaki,inilah tempatnya.
 Rasanya sebagai seorang manusia,kita hendalah memahami antara satu sama lain. Kalau tidak faham,maka terjadilah pelbagai perkara teruk. Betul tak? Contohnya penceraian... dan lain-lain..
Sekian. 
 



Read more ...