15 November 2014

Keputusan Final Exam Semester Ketiga





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Pada tanggal 12 November yang lalu,keputusan peperiksaan akhir bagi semester ke 3 telah pun dikeluarkan. Pertama sekali angah check result tersebut di dalam emel sebab kebiasaannya angah akan check emel dulu. Bila angah check,ada satu emel dripada UiTM. Angah pun buka...dan...
KEPUTUSAN ANDA DITAHAN KERANA TIDAK MELENGKAPKAN SuFO.

Adusss.. Angah terlupa untuk siapkan SuFO. Mmemang dah jadi kewajipan bagi semua pelajar UiTM untuk lengkapkan SuFO, kalau tak result akan ditahan. Alhamdulillah, selesai siapkan SuFO,dalam masa 10 minit result sebenar telah terpapar. 
 Jadi,itulah result bagi semester ketiga ini.Sebenarnya angah saja nak tutup pointer,sebab apa? Sebab takut nanti ada orang yang akan anggap angah ni riak. Angah hanya tunjuk kan result subjek dengan kredit hour. Kalau korang pandai kira pointer,cuba kira untuk angah. Haha.
GEMBIRA TAK TERKATA.

Angah sungguh gembira dan tak percaya dengan result kali ini. Apa yang angah sangkakan ialah akan ada beberapa subjek yang teruk. Tetapi alhamdulillah,semuanya berjaya. Sememangnya semester ketiga ini sangat-sangat susah untuk angah. Semua subjek perlukan komitmennya tersendiri.
Hanya ada dua subjek yang spoil iaitu BEL 311 dan juga CTU 282. Entah dimana salahnya,angah pun tak tahu. Setahu angah,angah dah berusaha bersungguh-sungguh untuk kedua-dua subjek tersebut. Selain itu,angah juga tak sangka subjek Malaysian Music 3 akan dapat keputusan sebegitu. Alhamdulillah.
DEAN LIST LAGI.

Alhamdulillah. Masuk kali ini,sudah tiga kali angah mendapat DEAN LIST secara berturut-turut. Alhamdulillah. Terima kasih angah ucapkan kepada para lecturer yang sudi berikan markah yg hebat kepada angah.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu angah mendapat result sebegini. In shaa Allah,angah akan cuba kekalkan untuk dapat Dean List bagi baki dua lagi semester.
MASIH TAK PERCAYA.

Sejujurnya angah masih lagi tak percaya dengan result kali ini. Sebab apa? Sebab senior2 selalu cakap bahawa semester 3 ialah semester paling susah. Semester yang paling tough untuk Diploma Seni Muzik di UiTM. Alhamdulillah,angah dah berjaya lepasinya. 

Sebanyak 12 subjek untuk semester ketiga yang lalu iaitu :-

BEL 311 :- English For Academic Purposes
CTU 282 :- Arts and Creativity In Islam
HPD 222 :- Public Speaking (Bahasa Melayu) II
MUD 201 :- Keyboard Skills I 
MUD 203 :- Music Technology
MUF 200:- Principal Study III
MUF 201 :- Music Theory III
MUF 202 :- Aural Skills III
MUF 203 :- Diploma Forum III
MUF 204 :- Performing Groups III
MUF 205 :- Malaysian Music III
MUG 307 :- Introduction to Performance Studies

Alhamdulillah,selesai juga untuk 12 subjek ini. Selepas ini sudah tiada subjek BEL dan juga CTU. Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Terima kasih semua yang membantu.
Lihat sini :-


Sekian.

Read more ...

Review Drama : Mr Brain (Japanese)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sinopsis.
"Ryusuke Tsukumo is a quirky, yet brilliant neuroscientist working for the National Research Institute of Police Science. Wielding a unique perspective and psychology, Tsukumo tackles the nation's most baffling crimes and scandals, going head-to-head with the most brilliant and twisted criminal minds. But his eccentricities and poor social timing can also aggravate people and circumstances, further complicating matters."

Drama Mr Brain ialah sebuah drama Jepun yang menarik. Ianya bukannya bertemakan cinta malah elemen cinta hanyalah serpihan sahaja daripada drama ini. Drama ini bagi angah sendiri persis drama CSI di Hollywood sana. Walaubagaimanapun dapat dilihat beberapa perbezaan antara drama ini dan juga drama CSI.

Apa yang menarik?

Antara yang menarik ialah drama ini hanya mempunyai 8 episod. Setiap episod mempunyai jalan ceritanya tersendiri. Kita dapat lihat bagaimana setiap kes ataupun kejadian diselesaikan dengan cara yang paling bijak. Selain itu,dapat juga kita belajar tentang otak ataupun dikenali dengan neuron .

Banyak elemen-elemen menarik dan thriller dalam cerita ini. Kita dapat lihat betapa canggihnya alatan dan makmal di negara Jepun. Selain itu,dapat juga kita lihat keadaan di negara sana,bagaimana rakyat mereka begitu berdisiplin. Semuanya ditonjolkan dengan cukup sempurna. 
 Apa yang tak menarik?
Yang tak menarik adalah sepatutnya drama ini dipanjangkan lagi. Mungkin kalau lebih daripada 10 episod sudah memadai. Sebab apa? Sebab bila kita tengok siri drama ini,kita akan merasa tidak puas apabila melihat sehingga ke episod akhir. Kita akan merasakan bahawa kita perlukan lagi sambungan cerita ini. 






Kesimpulannya :-

Ini adalah satu satunya drama daripada negara matahari terbit yang menarik minat angah. Jadi,angah beri 5 bintang untuk drama hebat ini.
Sekian. 
Read more ...

Keyword Minggu Ini.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah beberapa keyword yang angah dapat daripada laman web Nuffnang. Sebanyak 7 keyword menarik dapat dilihat. Entah macam mana pun angah pelik bila melihat ada keyword yang pelik2. Contohnya macam persembahan wala agak kurang ajar.
Apa apapun terima kasih kepada semua yang sudi datang dan singgah ke blog angah. 
Sekian.
Read more ...

Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam telah berlangsungnya  Maharaja Lawak Mega 2014 untuk minggu pertama. 15 kumpulan telah beraksi pada malam semalam. Dua kumpulan telah tersingkir iaitu kumpulan Kepoh dan juga kumpulan Sayot. Masih ladi dipengacarakan oleh pengacara sensasi iaitu AC Mizal.
Apa yang nak diberitahukan ialah senarai Juri Tetap untuk musim kali ini.


Dato Jalaludin Hassan


Fazura


Taufik Batisah


Farah Quinn

Menarik bukan? Juri kali ini adalah daripada mereka yang berbeza bidang dan mereka bukanlah seorang pelawak. Dari Malaysia,pelakon terkenal Dato Jalaludin Hassan dan juga pelakon cantik terkenal Nur Fazura. Manakala daripada Singapura pula ialah penyanyi popular di sana iaitu Taufik Batisah. Dari negara seberang a.k.a Indonesia pula ialah Farah Quinn yang dipercayai ialah seorang cheff.
Pendapat angah sendiri ialah kebanyakan kumpulan pada minggu pertama memberi persembahan yang bagus. Cuma ada beberapa kumpulan yang hambar.Apa-apa pun kita dapat melihat kelainan yang baru bila melihat ramai pelawak-pelawak baru dalam arena ini. 
Sekian.

Sumber Gambar : Facebook Maharaja Lawak

 
Read more ...

Terima Kasih kerana STALK blog saya.. #2




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi untuk melihat siapakah blogger yang selalu stalk blog saya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada 20 blog yang sudi menerjah blog DJH. Untuk pengetahuan semua,ini merupakan kali kedua angah check dan siarkan tentang Nuffnanger ini di dalam blog ini.

Klik sini untuk lihat entry sebelum.

Angah dapat lihat perbezaan daripada sebelum ini,dimana ada blogger-blogger yang baru yang terjah. Selain itu,dengan jumlah blog yang sama,menjadikan sesi blogwalking cukup senang. Terima kasih semua. Jom stalk blog mereka kembali.
  1. http://herba-tihara.blogspot.com/
  2. http://cputsungai.blogspot.com/
  3. http://edrina-dafinites94.blogspot.com/
  4. http://norshamimi.blogspot.com/
  5. http://dianarashid.com/
  6. http://zarryn.blogspot.com/
  7. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/
  8. http://arepnakbebel.com/
  9. http://ciksiti.com/
  10. http://ilmusegalanya.blogspot.com/
  11. http://najlaafir.blogspot.com/
  12. http://hafizhafizol.my/
  13. http://sallyyatiey.blogspot.com/
  14. http://umikasum.blogspot.com/
  15. http://budaksukavanilla.blogspot.com/
  16. http://jnjikita.blogspot.com/
  17. http://hajarashikin.blogspot.com/
  18. http://dilaella.blogspot.com/
  19. http://angellovesoldier.blogspot.com/
  20. http://mamajuepapamimi.blogspot.com/


Terima kasih semua. 
Read more ...