16 November 2014

Kenali Semenanjung Tanah Melayu YANG ASAL





Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini angah nak share tentang Semenanjung Tanah Melayu. Seperti yang anda tahu,tanah melayu ialah nama asal sebelum Malaysia. Tapi tahukah anda bahawa keluasan sebenar Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti di dalam gambar? Jadi,mari kita kenali Semenanjung Tanah Melayu.

Semenanjung Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.

Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.


Nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). 

Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)


Tenasserim (Tanah Seri). 
Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini. 

Sememangnya banyak perkara yang kita tak ketahui lagi berkenaan negara kita dan asal sebelum merdeka. Orang kata kalau tak kenal,maka tak cinta,jadi kenalilah asal usul negara kita dahulu sebelum mahu memberontak tak tentu pasal. Alhamdulillah,hari ini bertambah ilmu lagi. 

Sekian.

Sumber: Wikipedia | Twitter 
Read more ...

Ramai Pemenang Belum Menuntut Hadiah !!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pemenang Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 baru sahaja selesai di umumkan pada hari jumaat yang lalu. Seramai 21 pemenang diumumkan pada hari tersebut. Setakat ini sudah 8 pemenang yang menuntut hadiah mereka,manakala selebihnya masih belum berbuat sedemikian.
Masa yang diberikan untuk menuntut hadiah anda ialah 3 hari sahaja iaitu dari hari jumaat sehingga hari ahad iaitu hari ini. Jika masih ada yang belum menuntut hadiah sehingga hari ini,angah akan membuat cabutan semula,bagi nombor2 baru.
Cabutan semula akan diadakan untuk memilih pemenang baru,bagi menggantikan pemenang yang tidak menuntut hadiah. Selain itu,di dalam cabutan bertuah kali kedua ini , mereka yang sudah dipilih pada cabutan sebelum ini tidak akan dicabut lagi.
Terima kasih. 
 

Read more ...

Marahkan Kawan Baik : Pendamkan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Kadang bila kawan baik kita sakit hati, kita pendam je kan 
sebab nak jaga hati dia,kita sanggup pendam."

Anda ada kawan baik? Tipulah siapa yang tiada kawan baik. Pernah kawan anda sakitkan hati anda? Angah sendiri,rasanya dah banyak kali sakit hati dengan kawan-kawan baik angah. Tapi end up,angah pendamkan sahaja. Tak mahu luahkan. Sebab apa? Sebab angah takut nanti putus pula persahabatan.

Itupun sebenarnya kena ikut situasi jugak,kalau kawan baik kita tu sakitkan hati kita pada tahap paling-paling sakit hati,angah rasa for sure angah pun akan luahkan dan marah balik. Sebab kalau pendamkan nanti lagi parah pula. Makin menjadi dia sakitkan hati kita. Betul tak? 
 
Apa- apa pun bersyukurlah sebab ada juga kawan yang sanggup menemani kita dikala saat susah mahupun senang. Bersahabat biar seribu,bercinta biar satu. Tapi bagi angah,berkawan baik,biar ikhlas...
Sekian. 
 

Read more ...