18 November 2014

Background baru dalam blog




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembaharuan terbaru di dalam blog ini ialah background yang berwarna kelabu. Kali ini angah membuat satu percubaan berani untuk menukar warna background. Kalau sebelum ini angah menggunakan image yang menjadi tiles di belakang post body,kali ini angah meletakkan keseluruhannya berwarna kelabu.
Sememangnya kalau sebelum ini,angah akan membuat edit seluruh blog,tapi untuk kali ini,angah biarkan ianya kekal untuk seberapa lama yang boleh. Angah hanya akan edit sebahagian sahaja dari masa ke masa.
Klik gambar untuk lebih besar.

Manakala saiz blog ini dapat dikurangkan. Alhamdulillah. Saiz blog pada masa ini ialah di saiz yang tidak berapa besar. Hanya 115.66KB sahaja. Mengapa saiz blog penting? Sebab kalau saiz blog terlampau berat,maka lambatlah loading blog anda. Bila lambat loading,siapa yang nak buka blog kita? Jadi,berpada-padalah dalam meletakkan widget dalam blog anda.

 Sekian.

Read more ...

You Are Stupid if...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"When you are dead you don't know that you're dead,but it's hard for the people around you.

It's the same if you are stupid."


Kata-kata yang begitu mendalam ini angah dapat daripada laman web 9gag. Sememangnya begitulah yang terjadi apabila kita berhadapan dengan orang sebegitu. Jadi,kalau kita tahu yang kita ni bodoh,jadi tak perlu nak berperangai lebih bodoh sebab ia akan menjengkelkan orang di sekeliling kita.

Anda bagaimana? 

Read more ...

Jemput Join Segmen Terbaru!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama angah tak blogwalking secara besar-besaran. Saling komen-mengomen dan beramah mesra sesama blogger. Angah juga nak berkenalan dengan blogger-blogger baru.
Maka dengan itu, telah dilancarkan satu Segmen Blogwalking yang mudah dan simple.

Kelebihannya :-

1. Dapat berkenalan dengan blogger baru.

2. Dapat tambah trafik blog anda dan juga pembaca.

3. Dapat tambah follower blog.

 Segmen ringkas,khas untuk blogwalking sahaja.Tidak perlu buat entry panjang lebar.

Terima kasih.


Read more ...

Gegar Vaganza Terbaik!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Episod pengenalan Gegar Vaganza yang disiarkan pada malam Ahad, telah menjadi bualan dikalangan peminat-peminat industri hiburan tanah air. Program realiti  terbaru terbitan Astro itu nampaknya telah mendapat sambutan menggalakkan dari penonton kerana menerusi tinjauan Astro Gempak, pengguna laman sosial terutama di Twitter dan Facebook sudah mula ‘memperkatakan’ tentang program tersebut sejak ia mula bersiaran.Minggu pertama yang bertemakan ‘Lagu Hit Peserta’ telah membuka tirainya dengan persembahan pertama dari Shima dengan lagu hitnya berjudul ‘Teringin’.
Pentas menjadi semakin hangat apabila giliran Hasnol menyampaikan lagu popularnya ‘Laguku Untukmu’, Sharifah Zarina dengan ‘Langit Ketujuh’, Adila membawakan ‘Bukan Aku Tak Cinta’, persembahan solo Sam  Innuedo dengan lagu ‘Belaian Jiwa’, Nadia ‘Salam Untuk Kekasih’, Ifa Raziah satu-satunya ratu dangdut menyampaikan lagu ‘Ser Ser Ser’, Haleeda ‘Setia Kasih’, Fazli Zainal menyusul dengan lagu ‘Harapan’, diikuti Ayai Illusi ‘Segalanya Ku Terima’, Rahmat Mega ‘Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara’ dan persembahan penutup dari Mamat Exist yang membawakan lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’.
Rata-rata pengguna twitter memuji kemantapan vokal para peserta yang masih bertenaga dan hebat seperti zaman kegemilangan mereka.Beberapa orang selebriti seperti Zoey Rahman, Fizo Omar, Tomok, Michael Ang, Damian VE, Zarul Umbrella, Datuk Aznil dan Datuk Siti Nurhaliza juga memberi sokongan kepada program tersebut dengan menghantar tweet dan retweet mereka ke #GegarVaganza.
Penonton Gegar Vaganza turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana program itu tidak disiarkan secara langsung kerana mereka merasakan lebih menarik sekiranya ia bukan rakaman.Gegar Vaganza juga menerusi #GegarVaganza telah menjadi trending di seluruh Malaysia!

Sumber : AstroGempak 

Bagaimana?

Pendapat angah sendiri,rancangan ini sememangnya merupakan sebuah rancangan yang bagus . Sebab apa? Sebab rancangan ini membawa kembali penyanyi dan artis lama untuk kembali beraksi di atas pentas nyanyian. Mungkin ini adalah tempatnya untuk mereka kembali menyengat? 
Apa-apa pun angah suka dengan pengacara rancangan ini iaitu Jihan Muse dan juga Nabil Ahmad. Terbaik!! Sekian. 


Read more ...