20 November 2014

Sampai Sudah - Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya setelah menunggu selama berjam-jam,akhirnya datang juga posmen menghantar sesuatu ke rumah angah. Seperti yang sudah dijangkakan sememangnya barang yang dihantar ialah Gelang Pengahalau Nyamuk Bugslock.



Selepas ini,angah kena review penggunaan gelang ini, kerana itu merupakan syarat berikutnya untuk sesiapa yang telah menyertai Giveaway sebelum ini. 34 pemenang yang berikut diperlukan untuk mereview Gelang tersebut,dan kemudian,pemenang akan dipilih melalui review tersebut.
In shaa Allah,jika tiada aral,angah akan start mereview Gelang ini pada minggu hadapan.Iaitu selepas angah sudah menggunakan gelang ini. In shaa Allah. Apa-apa pun jangan lupa untuk membaca entry review tersebut. Dan akhir sekali,teruskan support Diari Jejaka Hangat.
Terima Kasih.
Sekian.


Read more ...

Wajah Baru Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Setelah beberapa jam mengedit beberapa bahagian di dalam blog,akhirnya angah berpuas hati dengan rupa sekarang. Blog DJH kini sudah berwajah baru. Dengan berbekalkan sedikit sahaj ilmu berkenaan kod html,angah berjaya mengubah beberapa bahagian di dalam blog menjadi lebih menarik.
Selain itu,penggunaan warna yang baru,memberikan imej yang lagi fresh ataupun segar di mata angah sendiri. Setakat ini angah berpuas hati dengannya. Sebab apa? Sebab angah berjaya membuat blog yang menepati citarasa angah.Bagaimana dengan anda? 




Sememangnya angah sebenarnya melakuan perubahan dalam blog secara perlahan-lahan. Kerana angah pernah menghadapi masalah pada satu ketika yang dahulu,dimana ketika sedang mengedit satu bahagian,akhirnya semuanya menjadi rosak. Jadi,sejak kejadian itu,angah berusaha untuk meminimumkan perubahan yang boleh dibuat.
Alhamdulillah,akhirnya angah berjaya juga. Mungkin ada beberapa orang diluar sana yang tidak suka dengan warna blog angah,tetapi ada angah kisah?? Yang penting angah suka dengan apa yang angah lakukan dan juga angah berpuas hati.

Sekian. 

Read more ...

Desserts : Makanan Manis Yang Sedap




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda merupakan peminat Pencuci Mulut?
Kalau begitu,anda merupakan salah seorang yang sama seperti angah. Memang sudah menjadi lumrah untuk sesiapa sahaja untuk menyukai makanan yang manis dan begitu sedap.
Boleh nampak seperti di dalam gambar pertama,bagaimana coklat cair di dalam itu,begitu menairk perhatian. Sedap bukan? Angah sendiri terliur ketika menulis entry ini. Bagaimanapun, angah bukanlah orang yang sentiasa dapat makan makanan seperti ini. 



Ini juga merupakan salah satu makanan yang sedap. Puding ke? Entahlah,angah sendiri pun tak tahu. Kadang-kadang angah sememangnya tak tahu nama makanan yang angah sendiri sedang makan. Sebab apa? Angah bukannya kisah dengan nama makanan,asalkan makanan itu sedap dan juga HALAL.


Begitu juga dengan kek yang sungguh lazat dan berkrim. Angah pernah merasa sekali,kek keju, ataupun cheese cake di sebuah kedai kek terkenal iaitu Secret Recipe. Walaupun harganya agak mahal,tetapi bagi angah agak berbaloi kalau sebulan sekali dapat juga makan kek yang sedap.


Justeru itu, pemakanan makanan manis seperti ini sememangnya dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan. Tetapi kalau dimakan selalu,mungkin risiko untuk mendapat penyakit yang teruk akan bertambah pula. Jadi,makanlah dengan berpada-pada. Mungkin sekali-sekala sahaja,dan selebihnya makanlah makanan yang berkhasiat.
Sekian.

Sumber Gambar : Google


Read more ...

Terima Kasih kerana STALK blog saya.. #3




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kembali lagi dengan entry penghargaan buat mereka yang stalk blog angah. Dari mana angah dapat senarai blog ini? Semestinya daripada Nuffnang. Senang je kita boleh lihat dekat ruangan bawah,dan ada terpapar Nuffnangers Who Recently Viewed Your Blog.

Selain itu,angah juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberikan Iklan CPUV terbaru. Terima kasih. Alhamdulillah,rezeki di bulan November. In shaa Allah,angah akan terus setia dengan Nuffnang. 
 Senarai Blog :-
  1. http://notamengajarbelajar.blogspot.com/
  2. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/
  3. http://bondaseri.blogspot.com/
  4. http://cputsungai.blogspot.com/
  5. http://edrina-dafinites94.blogspot.com/
  6. http://dianarashid.com/
  7. http://cikguazli.com/blog
  8. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/
  9. http://arepnakbebel.com/
  10. http://enyyusnizar.blogspot.com/
  11. http://cammylia.blogspot.com/
  12. http://jom-santai-aje.blogspot.com/
  13. http://dilaella.blogspot.com/
  14. http://cikannesweetyncool.blogspot.com/
  15. http://satujanjikita.blogspot.com/
  16. http://budaksukavanilla.blogspot.com/
  17. http://ieyzartdsyahieyr92.my/
  18. http://mselim3.blogspot.com/
  19. http://mellyareenza.blogspot.com/
  20. http://ezelovesse7en.blogspot.com/

Terima kasih diucapkan kerana sudi menjengah ke dalam blog angah yang tak seberapa ini. Alhamdulillah. Jadi,apa kata kita blogwalking ke blog mereka? Jom-jom. 

Read more ...

Pemenang Cabutan Ketiga Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Berikutan terdapat 3 orang pemenang yang belum menuntut hadiahnya lagi,maka cabutan kali ketiga telah pun dibuat. Alhamdulillah,cabutan kali ketiga ini agak senang kerana hanya 3 pemenang sahaja dicari. Diharap agar pemenang kali ini alert dan cepat dalam berurusan menuntut hadiah.
Jom lihat siapa pemenangnya :- 
KLIK SINI UNTUK LIHAT NOMBOR ANDA.

(Nombor entry anda sudah ditukar!!) 


Pilihan

 1.  Hello Kitty FaceMask bernilai RM 15 x 1 Pemenang daripada Hunny Kitty



2. Topup RM 5 x 1 Pemenang daripada Syaza Raihanah



Saguhati
Handmade bookmark & Mini coin purse x 1Pemenang bernilai RM20 daripada Kathy Rbain
Discount Voucher 20% x 1 Pemenang  daripada  Rexylla

Diucapkan tahniah kepada pemenang di atas. Kepada yang tidak berjaya,diharap dapat berusaha lagi dalam Giveaway akan datang.

Semua pemenang dikehendaki hantarkan butiran ke  message inbox Fanpage Diari Jejaka Hangat dengan segera dalam masa 3 hari.

Nombor Peserta :
URL Entri Penyertaan :
Hadiah Yang Diterima :
Selepas mendapat maklumat daripada pemenang, angah akan maklumkan kepada sponsor berkenaan. Sekiranya anda tidak laporkan diri di fanpage Diari Jejaka Hangat selepas 3 hari,hadiah anda akan diberikan kepada peserta lain dan pemilihan pemenang baru akan diadakan.

Sekian.
Read more ...

Review Blog #11




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak teruskan lagi misi review blog. Alhamdulillah,kini telah masuk siri yang ke 11 untuk review blog,bermaksud,55 blog sudah direview. Alhamdulillah. Jadi,apa kata kita tengok 5 blog terbaik yang akan direview.



1. http://ain-nadia.blogspot.com/



Blog pertama ialah blog Ain Nadia Syahmina. Blog yang cantik ini kepunyaan seorang gadis comel. Mukanya terpampang di header blog. Walaupun loading blog agak lambat,tapi setelah melihat blog yang cantik ini,ianya bukan satu masalah. Dalam blog ini terdapat juga lagu yang dimainkan apabila kita membuka blog,mungkin itu penyebab loading blog lambat.
Apa yang angah dapat lihat,pemilik blog ini kurang mengupdate entry kerana hanya setakat ini 2 entry sahaja dihasilkan untuk bulan November. Mungkin beliau sibuk dengan sekolah atau pembelajaran? In shaa Allah,kalau hasilkan lebih banyak entry menarik,lebih ramai pembaca dapat datang ke blog anda. Jom terjah blog comel ini. Klik gambar.

2. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/


Blog kedua ialah blog Kalam Mr Izs. Sebuah blog yang menarik. Bila angah masuk,kalau tanpa melihat pada header sudah pasti akan menyangkan bahawa ini ialah blog seorang wanita,tetapi ternyata jangkaan meleset bila melihat wajah pemilik blog tersebut di header yang memakai songkok hitam.
Pertama sekali angah nak puji tentang blog ialah angah suka dengan corak2 sekeliling blog. Sangat menarik,ia nampak rumit tetapi menarik.Selain itu,ada beberapa widget yang ringkas dan tidak mengganggu pandangan membuatkan blog ini benar-benar dinamik. Jom ketahui lebih lanjut tentang blog ini. Klik gambar. 


3. http://koyoe-chrome.blogspot.com/


Blog ketiga ialah blog Koyoe Chrome. Pada mulanya angah tidak pasti adakah ini blog yang sebenar atau salah,tapi sememangnya inilah blognya. Setelah diteliti,sememangnya ia merupakan sebuah blog yang hebat. Walaupun headernya membuat kita tertanya-tanya tetapi kebanyakan entrynya ialah seperti entry tutorial. Tetapi bukannya tutorial tentang blog.
Selain itu,warna-warna menarik dalam blog juga digunakan. Apa yang angah pasti ianya bukanlah blog personal sebab angah tak jumpa entry personal pun. Apa-apa pun tahniah kepada tuan blog. Jom terjah blog ini. Klik gambar. 


4. http://invisiblenote.blogspot.com/



Blog keempat ialah blog Invisible Note. Semestinya kebanyakan blogger sudah pun mengenali blogger ini,kerana pemilik blog ini sangat peramah dan suka berkomen2 di blog lain. Terbaik!! Apa yang angah suka ialah blog ini sangat cantik dan loading blog yang laju. Good job!!
Selain itu,susunan widget yang ringkas menjadikan blog ini begitu menarik untuk dilihat. Apabila kita ke laman utama blog tersebut,kita dapat lihat pelbagai entry menarik. Kita boleh memilih sama ada untuk membaca mana-mana satu entry. Terbaik!! Jom kita terjah blog ini. Klik gambar. 


5. http://miss-blue-diary6.blogspot.com/



Blog terakhir ialah blog Cik Facebook. Secara jujurnya ini adalah kali pertama angah datang ke blog ini. Headernya begitu simple dan menarik. Apa yang angah dapat perhatikan ialah blog ini berwarna warni. Selain itu,ia juga mempunyai entry-entry tutorial seperti mengedit gambar.

Dan angah baru perasan yang blog ini dimiliki oleh seorang yang berumur 10  tahun!!Terbaik,kalau masa angah 10 tahun dulu,angah langsung tak tahu pasal internet dan juga komputer. Hehe. Apa-apa pun teruskan berblogging. Jangan putus asa. Jom terjah blog ini. Klik header.

Sekian review hari ini.

Read more ...