21 November 2014

Malaysia : Negeri Sembilan Darul Khusus



Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Pernahkah anda ke Negeri Sembilan? Apa? Belum? Sebenarnya angah dapat agak bahawa ramai rakyat Malaysia sendiri masih belum mengenali tempat asalnya sendiri. Jadi,apa kata kita membaca tentang asal usul negeri masing-masing? Kali ini angah nak memberitahu anda semua tentang Negeri Sembilan Darul Khusus.
Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan :
  • Selangor di utara;
  • Pahang di timur;
  • Johor di tenggara;
  • Melaka di selatan; dan
  • Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal MinangkabauSumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada 9 negeri seperti Johol JelebuKlangSungai UjongNaningRembauJelaiSegamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.



Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.

Asal Nama Negeri Sembilan

Nama Negeri Sembilan mula digunakan sejak abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian dari Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian dari Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagian dari Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian dari Pahang, dan Klang yang kini menjadi sebahagian dari Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding saiz Negeri Sembilan yang asal.

Negeri Sembilan terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, iaitu di bahagian selatan negeri Selangor. Negeri ini bersempadan dengan Pahang di bahagian timur dan Melaka serta Johor di bahagian selatan. Bandar Seremban, iaitu ibu negeri Negeri Sembilan, terletak kira-kira 60 km dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang baru di Sepang.

Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Jempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan. Sambil Banjaran Titiwangsa semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang getah dan kelapa sawit di sebelah barat.

Daerah


Negeri Sembilan pada asalnya diambil dari sembilan daerah iaitu dan dibakukan menjadi Negeri Sembilan. Pada masa kini tinggal tujuh.
  • Jelebu (جلبو)
  • Jempol (جمڨول)
  • Seremban (سرمبن)
  • Kuala Pilah (كوالا ڨيله)
  • Rembau (رمباو)
  • Port Dickson (ڨورت ديكسون)
  • Tampin (تمڨين)
Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-
  • Jelebu (جلبو)
  • Inas (اينس)
  • Johol (جوهول)
  • Rembau (رمباو)
  • Sungai Ujong (سوڠاي اوجوڠ)
  • Tampin (تمڨين)
  • Jempol (جمڨول)
  • Ulu Muar (اولو موار)
  • Gunung Pasir (ݢونوڠ ڤاسير)

Sumber : Wikipedia 
Read more ...

Tak Sabar Nak Balik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Benarkah bahawa angah sebenarnya tak sabar nak balik? Balik ke mana?"

Sebenarnya buat masa sekarang ini angah merasakan bahawa angah sememangnya tak sabar nak kembali teruskan pengajian. Ye,sekarang angah masih lagi bercuti semester yang masih berbaki satu minggu sahaja lagi.Untuk pengetahuan mereka yang masih belum tahu,angah merupakan seorang student UiTM course DIPLOMA SENI MUZIK. Jadi,sememangnya sekarang ini merupakan waktu cuti bagi mereka yang mengambil DIPLOMA ataupun ASASI.
Betul kata orang-orang lain bahawa bila kita berada di Universiti,kita akan rindukan rumah,tetapi bila kita berada di rumah,kita kan rindukan Universiti. Betul kan? Sebenarnya bukanlah rindu sangat pun,cuma angah sekadar nak belajar balik. Angah duduk kat rumah bukannya buat perkara yang bermanfaat pun. Sekadar menghabiskan cuti sahaja.
In Shaa Allah,lagi seminggu angah akan kembali ke Kampus UiTM Shah Alam untuk kembali menyambung pelajaran di semester ke 4. Hari tu baru sahaja angah mendapat keputusan bagi semester ketiga. Alhamdulillah,angah gembira dengan result tersebut. Hanya tinggal lagi satu semester sahaja lagi untuk angah menghabiskan pelajaran dan kemudian angah akan bergraduasi!! 

Sekian. 
Read more ...

Segment Blog Review by Syukurnya Sihat. Com



Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini angah terpanggil untuk menyertai satu lagi segmen menarik. Segmen apakah? Segmen Blog Review By SyukurnyaSihat.com.
Segmen ini akan berlangsung dari 20 November- 27 November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)
Jom support sesama blogger. 
Read more ...

Lirik Lagu : Jaga Dia Untukku Siti Nurhaliza




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entry kali ini angah nak memberitahu anda tentang sebuah lagu yang sering menjadi siulan adik-beradik angah di rumah. Sebuah lagu yang sangat best kata adik beradik angah yang lain. Tentu anda juga tahu lagu apa, bukan?
Sebuah lagu nyanyian penyanyi No 1 Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza. Liriknya dikatakan seperti dibuat khas untuk mangsa MH370 dan juga MH17. Ada juga sumber yang mengatakan lirik ini iala untuk suami beliau yang terlibat dalam sebuah kemalangan tempoh hari.
Apa-apa pun mari kita lihat lirik dan juga lagu tersebut. 
Lirik : - Jaga Dia Untukku


Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku



Tenanglah duhai jiwa 
Tebarlah tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada



(Korus)
Oh Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian



Oh Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia



Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar



Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada



(Korus)
Oh Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh 
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian



Oh Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi



Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia
(Ulang Korus)




Video Jaga Dia Untukku



Bagaimana? Bagi angah sendiri lagu ini agak menarik. Selain itu,angah juga turut menyukai muzik latar dalam lagu ini. Apa-apa pun jom kita layan...
Sekian, 
Read more ...

Tazkirah Jumaat #22 : Solat Subuh & Isya'





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud :-

"Tiada solat yang paling berat dirasakan oleh orang munafik,kecuali solat Subuh dan Isya'. Sekiranya mereka tahu besarnya pahala yang ada pada keduanya,nescaya mereka akan mendatanginya meskipun sambil merangkak."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sekian.

Read more ...

Tazkirah Jumaat #21 : Orang Baik




Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat kita,sebab kita tak cukup baik.
Dan kadang-kadang Allah tarik balik mereka semua,sebab Allah nak tengok, kita jadi baik sebab Allah, atau sebab manusia."
Sekian.
Read more ...