24 November 2014

"The Most Stupid Malaysian Song!!"





Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Industri Muzik Malaysia akan menjadi bosan dan hancur sekiranya lagu-lagu seperti ini diterus guna pakai."
Industri muzik tanah air dikatakan semakin berkembang apabila kebanyakan lagu masa kini,sudah berentak seperti di dalam video yang disediakan di bawah. Lirik-lirik lagu yang bersahaja dan juga seperti "sembang-sembang kosong" sahaja. 
Secara jujurnya,angah sendiri tak suka lagu-lagu sekarang yang hanya menggunakan lirik-lirik yang membawa maksud yang mengarut. Apa yang angah dapat lihat muzik dalam tu berunsur moden tapi lirik yang macam merepek.



Gambar kecil diatas adalah beberapa komen daripada pencinta muzik Malaysia berkenaan lagu ini. Mungkin orang masa kini menyukai lagu-lagu yang berentak seperti ini. Tapi ada jugak yang tak suka lagu-lagu yang jenis sebegini.

 Jom kita lihat video tersebut.



Di mana lagu-lagu Malaysia yang mempunyai lirik-lirik yang bagus dan hebat? Kalau dilihat kepada sesetengah artis sekarang,lagu-lagu dihasilkan hanya menggunakan beberapa chord sahaja. Nyanyian pula,tidak menunjukkan kelantangan dan kekuatan vokal yang bagus.
Macam mana nak lihat bakat baru berkembang kalau muzik Malaysia dilihat semakin ke belakang. Mungkin ramai yang merungut, mengapa artis baru tidak diberi peluang,tetapi kalau diberi peluang,mereka hanya mahukan lagu-lagu biasa dan bukan lagu-lagu yang unik dan juga mampu menjadi bualan ramai.
Sisi Lain Dalam Muzik
Mungkin ada yang melihat jenis-jenis lagu seperti di dalam video di atas sebagai sesuatu yang baru dalam industri seni suara di Malaysia. Dengan lirik-lirik yang kelihatan seperti merepek dan juga mengarut. Angah sendiri kurang gemar dengan lagu yang berentak sebegitu. 
 Kembalikan Kegemilangan Industri Muzik

Mungkin dalam jangka masa beberapa tahun lagi,industri Muzik Malaysia akan kembali maju dan semakin bagus. Mungkin artis-artis baru yang bertaraf seperti Dato Siti Nurhaliza dan juga Hafiz AF akan bertambah ramai dan menghiasi dunia muzik Malaysia.
Read more ...

Terima Kasih Blog Parihh..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah lama nak update entri ini,tapi terlupa pulak. Sekarang baru teringat. Hehe. Apa-apa pun angah nak ucapkan terima kasih kepada blogger Parihh kerana sudi review blog angah yang tak seberapa ini. Alhamdulillah,angah terhari dengan review yang dibuat.
Apa-apa pun angah harap agar blog Parihh semakin maju dan berkembang di masa hadapan In shaa Allah. Apa yang angah dapat lihat blog Parihh merupakan salah satu blog yang semakin meningkat naik. Tambah-tambah selepas dah tukar domain ke .com. Tahniah. Teruskan berblogging .

Sekian. Terima kasih. 
Read more ...

6 Hari Lagi...




"Lebih kurang 6 hari sahaja lagi masa yag tinggal untuk angah berada di rumah."
Angah nak kemana? Angah akan meneruskan pengajian untuk semester yang ke-4. Tak sabar nak belajar subjek-subjek baru. In shaa Allah,mungkin subjek-subjek kali ini taklah sesusah mana. Angah juga berharap agar semester kali ini taklah seterus semester sebelum ini.
Banyak perkara teruk berlaku semester lepas.
Sememangnya banyak perkara sedih dan teruk berlaku ketika semester lepas. Bayangkan,angah terpaksa berlatih pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan persembahan muzik tradisional. Semuanya gara-gara susah nak dapatkan Flute. Semmangnya angah bukanlah pemain Flute,tetapi untuk exam,angah terpaksa menjadi pemain Flute. Terpaksa korbankan masa dan tebalkan muka,meminta pinjam di sana dan di sini. 
 Assignment Yang Melampau
Assignment yang sangat banyak! Sebab apa? Sebab kena banyak buat research,kena banyak mencari sumber dan juga menaip assignment. Nasib baik angah ada personal laptop,jadi senang nak buat kerja. Tapi part yang paling tak best bila mana ada rakan sekumpulan buat endah tak endah. Maka terpaksa kita mebuat kerja seorang diri.
Tapi angah bersyukur sebab sekarang angah sudah berada di tahun akhir. In shaa Allah selepas semester 5 angah akan berkonvo. Tak sabar rasanya nak berkonvo. Seronok tengok senior-senior berkonvo. In shaa Allah suatu masa nanti. 
 
 Sekian.

Read more ...

Mengapa saya harus berhenti merokok?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mengapa?


Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
  • Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'


Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.


  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok



Tip Berhenti Merokok 12 M : 

Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok

Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

Membasuh tangan selalu

Mandi dengan kerap

Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

Meditasi

Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
Sumber : Info Sihat 

Di atas ini adalah tips-tips yang angah dapat daripada sumber yang dipercayai. Saja untuk angah kongsikan dengan anda semua. Angah sendiri bukanlah seorang perokok,tetapi dalam keluarga angah,ayah angah merupakan seorang perokok.Walaupun ayah angah merokok,tapi dia tak bagi angah hisap rokok. Pelik bukan? Apa- apa pun sama-sama kita hentikan gejala tidak sihat ini.


Read more ...

CPUV Nuffnang : CLINIQUE & ALTEL




Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini angah check Nuffnang,alhamdulillah,dapat lagi iklan CPUV terbaru. Salah satunya ialah CLINIQUE SONIC SYSTEM dan juga ALTEL DIGITAL CAMPAIGN. Terima kasih pihak Nuffnang kerana sudi berikan angah ruang dan peluang untuk dapat iklan CPUV.

Bersyukur

Walaupun ramai blogger yang asyik membincangkan tentang isu Nuffnang "Mandul",angah pun pernah berasa bahawa Nuffnang ada masalah,tetapi angah biarkan aje masalah itu ,asalkan still dpt sedikit bayaran. Angah bersyukur walaupun setiap iklan itu hanya mendapat RM0.10  sekalipun. Sebab apa? Sebab angah bukannya seorang yang pernah dapat earning yang beringgit-ringgit. Jadi,kalau dapat sedikit pun dah mencukupi.

Terima kasih semua. 

Read more ...

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? (SAYA)

Umur pengguna? 19 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering)

Pengguna Ephyra? (Tidak)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar. 

Kulit saya sering berminyak. Selain itu, muka saya ada banyak jerawat dan bintik-bintik hitam.Mungkin dengan Ephyra ini kulit saya akan lebih baik.


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read more ...

Lirik Lagu : Terbaik Bagimu Dato Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini nak tunjuk kepada anda semua,lagu terbaru Dato Siti Nurhaliza. Siapakah beliau? Boleh dikatakan bohong kalau sesiapa tidak mengenali beliau. Merupakan seorang penyanyi wanita No 1 Malaysia dan masih lagi belum pernah dikalahkan sesiapa.
Lagu Terbaik Bagimu

Lagu ini bagi angah sendiri liriknya begitu mendalam. Selain itu,lagu yang turut termuat dalam album terbaru ini masih lagi belum popular di Malaysia,tetapi sudah popular di negara Indonesia. Lagu ini dikatakan mengembalikan semula nostalgia peminat-peminat beliau terhadap lagu-lagu hitnya sebelum ini. Apa-apa pun thumbs up untuk beliau.
Lirik Lagu Terbaik Bagimu

Rasaku Kamu Ada
Disetiap Sedih Juga Senangku
Rasanya Kamu Sudah
Menjadi Bintang Terang Hidupku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu
Dengan Tenang

Rasakan Kamu Ada
Disaat Senyum Juga Tangisku
Rasanya Kamu Sudah
Jadi Yang Terbaik Bagi Aku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Masih Kurangkah Aku
Menyayangi Hatimu
Mahu Aku Mengganti Setiap Sukarmu

Masih Kurang Rasaku
Mencintai Hatimu
Ingin Aku Jadi Terbaik Bagimu

Dengan Tenang

Jom dengar lagu ini.





Sekian.
Read more ...