25 November 2014

Terima Kasih kerana STALK blog saya.. #4




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini merupakan entri ke 4 penghargaan untuk Nuffnanger yang sudi datang blogwalking ke blog angah.Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini ye. Kalau dah singgah,apa kata klik satu atau dua iklan? Bukankah ianya satu yang bagus?

Sungguh tak sangka,ada beberapa blog baru yang datang singgah ke blog angah. Ada juga blog yang masih sama yang sering datang ke blog angah. Apa apa pun,angah ucapkan terima kasih kerana sudi hadir dan mewarnai blog ini. 

  1. http://cputsungai.blogspot.com/
  2. http://edrina-dafinites94.blogspot.com/
  3. http://sihatkini.com/
  4. http://ayoikema.blogspot.com/
  5. http://ainimrashihah.blogspot.com/
  6. http://arepnakbebel.com/
  7. http://enyyusnizar.blogspot.com/
  8. http://ciksiti.com/
  9. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/
  10. http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/
  11. http://faqihahhusni.blogspot.com/
  12. http://erazfadli.com/
  13. http://blogparihh.com/
  14. http://ckecilberbicara.blogspot.com/
  15. http://nenektanjung.blogspot.com/
  16. http://sebabakusabrina.blogspot.com/
  17. http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/
  18. http://aswanazmy.blogspot.com/
  19. http://jnjikita.blogspot.com/
  20. http://budaksukavanilla.blogspot.com/
Terima kasih anda semua. 


Read more ...

Pertukaran Nama Jalan Di KL




Klik Gambar Lebih Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah nak kongsi dengan anda berkenaan pertukaran nama jalan di Kuala Lumpur. Boleh dilihat beberapa jalan sudah ditukar namanya bersempena dengan nama Raja-Raja yang pernah ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Tak Note.

Sekian. 



Read more ...

Pelari Berkasut Tumit Tinggi Terpantas Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pernahkah anda dengar bahawa kalau berlari dengan memakai kasut tumit tinggi boleh menjadi pelari terpantas?
Kali ini angah nak kongsikan dengan anda tentang satu rekod dunia yang menarik yang telah dipecahkan oleh seorang wanita. Rekod kali ini ialah berkenaan Pelari Terpantas 100 meter dengan memakai kasut tumit tinggi. 
Maklumat dari lama web tersebut :-

Running in high heels has the potential of leaving you with a broken shoe. However, a woman from Germany has avoided the 'unthinkable' and broken a world record instead. Julia Plecher, from Ruckersdorf, has run 100 metres in 14.531 seconds, wearing shiny golden heels. She has raced into the Guinness World Records and has been included in its 2014 book. 

Julia has a history of running in heels. She took part in a 'stiletto race' in Berlin back in 2009, and despite the rule being a seven centimetre heel, she chose an 8.5 cm one. She ended up winning the race.
 

Julia has previously said the key to not falling over is unsurprisingly now the show is made.
 

"You need shoes which ideally are closed in the front because you run on the front part of the foot. You have to be careful not to slip out. I think sandals would not be too appropriate," Plecher said. Report by Ashley Fudge.

Mari Kita lihat videonya :-



Apa yang angah selalu lihat,kalau wanita yang berkasut tumit tinggi hanya akan berlari untuk mengajar kekasih atau suami yang curang sahaja. Tu pon kalau-kalau di shooping kompleks atau tempat-tempat awam.

Sekian. 
Read more ...

7 Kebanggaan Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Anda kenal negara anda? Ya. Kalau begitu,apa kata kita lihat 7 binaan yang mengagumkan dan menjadi kebanggaan negara kita. Memang sangat hebat dan juga menakjubkan. Adakah anda sudah ke 7 tempat menarik ini? Kalau angah,rasanya semuanya angah sudah pergi.



1. Menara berkembar Petronas (KLCC)


 

Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan : Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta:  Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2. Putrajaya
 


 

Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar 


Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.

3. Menara Kuala Lumpur
 



Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara
 


Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4. KLIA
 


Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.


5. Menara Condong Teluk Intan
 


 

Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.
 
Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.


Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.


6. Jambatan Pulau Pinang
 


 

Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia. 
Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai. 
Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari

7. Bangunan Sultan Abdul Samad
 

 

Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.

Sumber : Google 
Read more ...

I'm just tired of being tired!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Kadang-kadang anda rasa penat untuk berasa penat?"

Angah sendiri kadang-kadang berasa penat untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh yang paling terdekat ialah nak update entri. Tapi bila fikir-fikir balik,kalau tak update blog,nanti jadi blog yang kosong pulak. Kadang-kadang angah rasa penat nak study,tapi bila fikir balik,kalau tak study nanti nak jadi apa? Dah la angah amik bidang yang sangat-sangat berbeza dengan orang lain.
Tapi,

Kadang-kadang angah rasa penat untuk berasa penat. Bukannya apa,sebab rasa macam tak berbaloi kalau asyik memberi sesuatu yang bersifat negatif. Sebab akhirnya semua orang di sekeliling juga akan menjadi negatif.
Jadi,berhati-hati. 

Read more ...