29 November 2014

Menang Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com





Alhamdulillah.

Kali ini angah terpanggil untuk melihat sesuatu yang menggembirakan angah. Alhamdulillah,angah terpilih menjadi salah seorang daripada 5 pemenang Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com. Angah begitu tak sangka akan menjadi salah seorang pemenang.
Apa- apa pun terima kasih kerana sudi membuat satu segmen menarik. Alhamdulilllah. Selepas ini blog angah akan direview. Terima kasih ye. Tak sabar pulak nak kena review. 
Sekian.
Read more ...

12 Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber Gambar : Berita Harian


SHAH ALAM: Sejumlah 12 finalis berjaya terpilih ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari, tahun depan. 

Mereka ialah :-

Masih Aku Cinta (Shila Amzah) 

Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 

Romancinta (Mojo) 

Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris) 

Lelaki (Yuna) 

Percayalah (Indah Ruhaila) 

Gila (Stacy) 

Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 

Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search) 

Matahari (Hafiz Suip) 

Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone) 

Malaikat (Hazama The Penglipurlara). 

Pengumuman ini dibuat sebentar tadi pada penghujung separuh akhir ketiga Muzik-Muzik 29 yang berlangsung di Studio Sri Pentas, Plaza Alam Sentral 2. 

Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 14, 21 dan 28 November menerusi siaran langsung dipancarkan di TV3.
Sumber : Berita Harian
Read more ...

Akaun Twitter Saya




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anda ada akaun Twitter?

Sememangnya untuk remaja zaman sekarang,media social yang paling popular buat masa kini bukanlah Facebook. Trend sekarang ialah remaja menggunakan Twitter sebagai satu medium untuk berinteraksi sesama rakan dan juga kawan.
Angah juga turut sama mengikuti trend tersebut dengan mempunyai satu akaun Twitter. Untuk pengetahuan semua,angah mempunyai akaun Twitter sejak tahun 2010 lagi. Lama bukan? Walaupun dah lama angah mempunyai akaun ini,tetapi angah mula aktif hanya pada beberapa tahun selepas itu. 


Kadang-kadang angah lagi suka tweet sesuatu perkara dalam Twitter berbanding nak post dalam Facebook,sebab apa? Kadang-kadang orang tak perasan Tweet kita. Kalau update di Facebook berkemungkinan ramai orang akan tengok. Manakala di Twitter,ianya mungkin sekadar sekali pandang sahaja.
Walau bagaimanapun angah bukanlah pengguna tegar Twitter, mungkin dalam sehari,hanya satu atau dua Tweet sahaja yang angah buat. Sebab apa? Sebab angah rasa tak perlu nak tweet banyak-banyak. Kan?
Sekian. 

Read more ...