3 Disember 2014

Review : Gelang Penghalau Nyamuk - Bugslock




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa itu Gelang Penghalau Nyamuk??

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. 
 Bagaimana angah dapat gelang ni?

Untuk pengetahuan semua,angah merupakan salah seorang pemenang dalam Giveaway Bugslock ini. Alhamdulillah,apabila dah menang,maka sudah tibalah masanya untuk angah menceritakan keberkesanan produk ini. Sememangnya bagi angah sendiri,gelang ini merupakan sesuatu yang kreatif kerana sebelum ini angah belum lihat lagi gelang yang seumpama itu di negara kita.

Keberkesanan




Pendapat angah ialah,produk ini merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan. Beberapa hari yang lalu angah telah menggunakan produk ini ketika waktu malam,di mana angah sekeluarga bermalam di sebuah rumah yang baru sahaja didiami saudara angah di Kuala Lumpur.
Sudah menjadi lumrah,apabila rumah baru,sudah semestinya banyak nyamuk yang berkeliaran,maka pada waktu malam, angah memakai gelang tersebut, dan ternyata bahawa gelang ini dapat elak kena gigitan nyamuk. Kalau sebelum ini,saudara angah merungut bahawa banyak nyamuk dirumahnya,tetapi pada malam tersebut,boleh dikatakan hampir tiada nyamuk yang menghampiri. Sememangnya dengan memakai produk ini , ia merupakan cara mengusir nyamuk yang paling berkesan

 Cara Penggunaan

Bagi angah sendiri kekreatifan produk ini patut dipuji. Sememangnya idea produk ini sangat menarik kerana sesiapa sahaja boleh memakai gelang ini. Selain itu,gelang ini mempunyai jangka hayat yang cukup panjang iaitu selama 240 jam,jadi sudah semestinya keberkesanan produk ini adalah di tahap maksimum.
Kita boleh memakai gelang ini pada bila-bila masa termasuklah semasa beriadah,memancing,dan juga melancong. Sememangnya ia merupakan cara yang berkesan untuk menghalau nyamuk daripada menghampiri kita.

Pure Natural Bugslock

Angah mengesyorkan anda semua untuk segera membeli dan mempunyai gelang ini sebagai langkah pencegahan nyamuk,kerana ianya sememangnya berkesan untuk segala masalah berkaitan nyamuk. 

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Read more ...

Fakta Tentang Kucing




Assalamualaikum dan salam  sejahtera.


Khas untuk pencinta kucing. Sememamngnya angah sendiri merupakasan salah seorang yang sangat suka kucing. Fakta fakta di atas sememangnya belum pernah angah dengar.

Sekian. 

Read more ...

It's complicated.




Do you ever feel bored and want to do something but you're not sure of what you want to do? Like you want to go somewhere but you just want to stay home. It's complicated.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kdang-kadang sering terjadi hal ini kepada angah sendiri. Bila mana angah rasa bosan dan nak buat sesuatu tetapi tak tahu nak ke mana. At last,duduk kat rumah je. Haha. Memang comlicated.
Sekian. 

Read more ...

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha



Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.


Read more ...

Semester 4 : Diploma Seni Muzik




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Sudah masuk semester yang baru!! Perasaan angah bagaimana? Tetntulah rasa seronok sebab akan belajar perkara baru dan subjek-subjek baru. Walaubagaimanapun,minggu pertama ini angah sepertinya sudah hilang mood. Bukan hilang mood tapi macam something wrong.
Minggu pertama,angah dapat lihat bagaimana jadual kuliah semakin bagus. Bagus di sini bermaksud,banyak masa-masa kosong,memandangkan angah sudah tidak perlu mengambil subjek yang bukan subjek muzik. Bayangkan,untuk hari isnin ,angah hanya mempunyai satu kelas sahaja!! Terbaik!! 
Tapi dalam keseronokan,angah juga dapat berita kurang gembira,bila mana banyak subjek-subjek yang susah. Sebagai contohnya subjek Song writing,di mana setiap pelajar perlu membuat lagu sendiri. Di tambah lagi dengan subjek Conducting,di mana setiap orang perlu belajar menjadi seorang conductor orchestra.

Bagaimanapun,angah harap untuk semester yang baru ini,angah dapat hadapi cabarannya seperti semester-semester sudah. In shaa Allah.

Sekian. 


Read more ...