9 Disember 2014

Senarai Penuh Keputusan AIM 21

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sumber : Astrogempak


Mungkin angah terlambat sedikit untuk update tentang pemenang bagi Anugerah Industri Muzik ke 21. Sememangnya anugerah berprestij tersebut telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada penyanyi No 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza kerana berjaya menggondol tiga anugerah. Beliau mengekalkan kecemerlangan beliau di dalam industri hiburan dengan sungguh hebat. Bagaimana seseorang artis mampu menjadi sebegitu konsisten? 

Apa-apa pun jom kita lihat senarai pemenangnya. 

Anugerah Sri Wirama AIM21

Datuk Ramli Sarip

Lagu Terbaik AIM21
No More - SonaOne

Album Terbaik
Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito, Mujahid Abdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Dato' Siti Nurhaliza)

Artis Baru Terbaik
Poova

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki)
Akim Ahmad - Mewangi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)
Dato' Siti Nurhaliza - Lebih Indah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)
Azhael - Hujung Waktu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia

Kulit Album Terbaik
#1 - Stacy (Wan Izhar)

Rakaman Album Terbaik
Konsert Lantera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza (Greg Henderson)

Video Muzik Terbaik
Falling - Yuna (Yuna & Zul Luey)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Akar Kita Zapin - Ihab Ismail (ciptaan sepenuhnya Ihab Ismail)

Lagu Nasyid Terbaik
Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) - Iwan Syahman & Iwan Junior (ciptaan sepenuhnya Iwan Syahman & Iwan Junior)

Lagu Rock Terbaik
Rentak Laguku - Bunkface ft Amy Search (komposer: Sam Bunkface / Penulis Lirik: Bunkface)

Lagu Pop Terbaik
Sesal Separuh Nyawa - Alyah (komposer: Rizal Tiga & Adil AF / Penulis Lirik: Alyah & Shah Shamsiri)

Lagu Hip Hop Terbaik
Apa Khabar - Joe Flizzow ft SonaOne (komposer: Joe Flizzow & SonaOne / Penulis Lirik: Joe Flizzow)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
No More - SonaOne (ciptaan sepenuhnya oleh SonaOne)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Salahkah - Hafiz Suip & Dato' Rossa

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan (Aubrey Suwito)

Tahniah diucapkan..
Read more ...

Segmen Follow Dan Blogwalking By Muhammad Shahril





Segmen ini dibuat bagi memudahkan Muhammad Shahril untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 09.00 pagi 9 Disember 2014 sehingga 11.59 malam 13 Disember 2014. Shahril berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Blog Shahril, dan Like Fanpage Blog  Shahril Dekat Header :)
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow Dan Blogwalking By Muhammad Shahril Dan Backlink kan ke Entry ini .
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
  4. Link peserta akan diupdate dari semasa ke semasa .
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Blog Shahril
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila join dengan cepat ...
Read more ...

Sibuk Memanjang



Assalamaualaikum dan salam sejahtera.



Hai semua!! Dah masuk 3 hari angah tak update apa-apa dalam blog. Sudah semestinya tersangatlah sunyi kan? Angah sememangnya busy dalam beberapa hari sebelum entry ini dihasilkan. Sebab apa?

Banyak perkara perlu diuruskan memandangkan sekarang adalah sudah masuk semester baru. Selain itu,angah juga perlu membuat pelbagai kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin. Sampaikan laptop angah sendiri pun tak sempat nak sentuh.

Angah nak minta maaf kepada anda semua kerana tidak dapat nak update blog yang aktif seperti dahulu dalam beberapa hari terdahulu. In shaa Allah selepas ini angah akan kembali seperti biasa. Angah akan update blog setiap hari,dan juga akan blgowalking ke blog anda!! 
 
 Sekian.
Read more ...