16 Disember 2014

Konsert Maestro Johari Salleh






Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada tanggal 13 Disember 2014 yang lalu,angah dan rakan-rakan telah ke sebuah konsert yang sangat menarik dan hebat. Konsert tersebut telah berlangsung di Angkasapuri , RTM. Konsert ini dikenali dengan nama KONSERT MAESTRO JOHARI SALLEH. 
 Sejujurnya, ini merupakan kali pertama angah melihat orkestra RTM bermain muzik di hadapan angah dengan nyata. Selain itu,sebelum ini angah tidak pernah kenal dengan Dato Johari Salleh,mungkin ilmu muzik angah masih belum mantap lagi untuk mengenal nama-nama hebat dalam bidang seni di Malaysia ini.



Walau bagaimanapun,bilamana angah melihat konsert yang sebegitu gah dan hebat,angah cukup terpesona melihat bagaimana orkestra ini bermain. Dan mulai saat itu,angah bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripada pemuzik di dalam orkestra tersebut. In shaa Allah.





In shaa Allah,angah akan berusaha untuk menjadi seorang pemuzik yang betul-betul mampu memberi kesan kepada dunia. Jangan ingat bahawa muzik hanya untuk hiburan semata-mata. Muzik juga mampu menjadi dakwah!

Read more ...

Dapat Barangan Daripada R2Rick




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana rezeki angah semakin bertambah. Beberapa hari yang lalu,angah mendapat berita daripada kakak angah bahawa barang-barang pos daripada artis baru iaitu R2Rick sudah sampai di rumah.
Anda belum kenal dengan R2Rick? Sila lihat entry ini.  Sememangnya angah tak mengjangka begitu banyak barang yang diberinya. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi memberi barang-barang berikut kepada angah.





Banyak kan? Terima kasih kepada R2Rick kerana sudi memberi barang-barang ini. 

Read more ...