17 Disember 2014

Sesuatu Yang Mengecewakan Hati




"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita,maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sememangnya sebagai seorang manusia,kita tidak akan lari daripada merasa kecewa akan sesuatu perkara. Macam angah sendiri,angah pernah kecewa dengan beberapa perkara yang membuatkan angah rasa sedih. Tetapi bila mana angah melihat nasihat ini,ia sesuatu yang sungguh bermakna.
Ia bermaksud apabila ada sesuatu perkara yang kita kecewa terhadapnya,kita perlu redha,dan in shaa Allah ,Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang luar biasa. Wallahualam. 

Read more ...

Kenapa saya suka KFC (Kentucky Fried Chicken)




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak daripada angah kecil lagi,family angah telah memberi angah makanan segera yang paling popular di Malaysia iaitu Kentucky Friend Chicken. Dahulu,angah tinggal di Kuala Kangsar,dan KFC Kuala Kangsar yang terletak di tengah-tengah bandar merupakan tempat yang selalu dikunjungi.
Kemudian berpindah pula ke Beruas,Perak. Di Beruas tiada sebarang kedai makanan ini,jadi terpaksalah ke bandar-bandar besar seperti Sitiawan,Manjung dan juga Lumut kalau mahu merasai kesedapan makanan ini.

Selepas itu,kami berpindah pula ke Kulim,Kedah. Alhamdulillah,di Kulim terdapat lebih daripada satu kedai KFC. Ada yang terletak di tengah bandar,ada juga yang terletak di pasaraya Giant. Jadi,agak mudah untuk membeli KFC. Walaubagaimanapun, waktu untuk makan KFC juga sudah berubah,ianya hanya mengikut waktu dan ketika sahaja,dan bukanlah setiap hari. 



Kini,apabila angah belajar di Shah Alam,angah sering membeli KFC di kedai KFC yang terletak di seksyen 2. Selain itu,angah juga akan pergi ke mana-mana sahaja kedai KFC yang terdekat.



Makanan Yang Paling Angah Suka?



Sudah semestinya ialah Cheesy Wedges. Adik beradik angah juga suka makanan ini. Mungkin kerana kesedapan cheese dan juga bahan brwarna keemasan tersebut. Kalau ke kedai KFC bersama keluarga,sudah semestinya lebih daripada 2 bekas makanan tersebut akan dipesan.
Kalau diikutkan,keluarga angah lebih suka ke KFC berbanding kedai maknan segera yang lain. Semuanya disebabkan harga yang berpatutan dan juga kelazatan makanannya.

Anda Bagaimana? 

Read more ...

Hadiah daripada EPHYRA dah sampai!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah,kali ini angah nak update tentang hadiah untuk giveaway Ephyra yang dilancarkan oleh blog Mialiana telah sampai di rumah angah. Memandangkan angah berada di Shah Alam,maka angah hanya dapat lihat gambar sahaja bahawa barang-barang tersebut sudah sampai.

Seronok betul mak angah di rumah bila mana hadiah tersebut sampai. Jadi,angah rasa lebih baik mak angah sendiri sahaja yang guna produk tersebut,memandangkan angah berada di Shah Alam dan mungkin akan balik ke Kedah dalam jangka masa yang lama lagi. 





Apa-apa pun in shaa Allah,nanti angah akan update hasilnya di kemudian hari. In shaa Allah.

Read more ...