29 Disember 2014

Karnival Jom Heboh di Shah Alam ditunda



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sememangnya ianya sudah diputuskan. Konsert yang angah rasa sememangnya tidak patut dilakukan buat masa ini. Kerana apa? Kerana banjir teruk yang telah melanda beberapa negeri di negara kita. Bagus TV3.


Jom lihat entry daripada Berita Harian 



KUALA LUMPUR: Berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur, TV3 mengambil keputusan untuk menunda tarikh Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di ICT Shah Alam esok dan Ahad ini.
Tarikh baru akan dianjak pada tahun 2015.
Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang membatalkan semua sambutan dan program hiburan sempena Tahun Baharu bagi menghormati mangsa banjir,
Walaupun Karnival Jom Heboh di Shah Alam ditunda, pihak pengurusan TV3 terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk manfaat bersama.TV3 bersama warga Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, sudah mengadakan solat hajat dan bacaan doa petang tadi bagi memohon keselamatan untuk penduduk yang terjejas dengan bencana banjir ini.
Ia adalah aktiviti yang sering dijalankan setiap kali Karnival Jom Heboh diadakan.
Read more ...

Tarikh Baru Sesi Bermula Persekolahan Tahun 2015



Tarikh Baru Sesi Bermula Persekolahan Tahun 2015

11 Januari 2015 ( Ahad )

Negeri Kedah,Kelantan,Terengganu & Johor

12 Januari 2015 ( Isnin )
Negeri Sembilan,Pahang,Perlis,Perak,Pulau Pinang,Selangor,Wilayah Persekutuan, Melaka,Sabah dan Sarawak.

Read more ...

When I am Jealous..





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak anda cemburu dengan sesuatu? Dan apabila anda cemburu,anda akan bertindak seperti biasa,sedangkan dalam hati anda,perasaannya seperti marah,sakit hati dan juga kecewa?

Angah sendiri pernah berasa begitu. Bila rakan-rakan angah dapat markah yang tinggi dalam exam contohnya,angah akan bertindak seperti biasa di luaran. Tetapi di dalam hati,angah rasa macam nak pukul2 jje kawan angah tu. Kenapalah dia pandai sangat.
Kadang-kadang angah juga jeles dengan orang yang mampu membeli barangan mewah,tetapi angah tidak mampu. Apa yang angah lakukan hanyalah berdiam diri dan hanya melihat kemewahan yang seseorang itu dapat. Dalam hati,angah rasa macam sakit hati dan juga marah ,mengapa hidup angah sebegitu.
Ada sesuatu..

Tapi,sifat marah dan sakit hati di dalam hati hanyalah bersifat sementara. Selepas itu,barulah angah akan berfikir bahawa mungkin sekarang bukanlah masanya lagi untuk angah berjaya atau menjadi mewah seperti orang lain. In shaa Allah dengan usaha yang lebih gigih ,angah dapat majukan diri.
Apa yang penting angah kena bersyukur dengan apa yang angah ada dan seterusnya redha dengan ketentuan Ilahi.

Sekian. 

Read more ...

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz




Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di akifimtiyaz3.blogspot.com akan bermula pada 22 Disember 2014 dan akan berakhir pada 30 Disember 2014.Semua sahabat Lya di jemput memeriahkan Segmen ini.

Jom join segmen ini!! 
Read more ...