30 Disember 2014

Harga petrol RON95 dijangka turun mulai Khamis ini.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai Khamis ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Dalam tweet terbaharu beliau petang tadi, Ahmad berkata pengumuman akan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan.
"Harap peniaga akan turunkan harga barang!" katanya.


Pendapat angah :-

Alhamdulillah,dalam keadaan negara dilanda musibah,akhirnya ada sesuatu yang mampu memberikan senyuman. Harga petrol akan turun,bermakna lebih murahlah barangan-barangan. Tetapi adakah benar bahawa barangan juga akan turun harganya?
Apa yang angah lihat,ramai peniaga yang degil dan tidak mahu menurunkan harga,walhal harga petrol tidaklah semahal seperti dulu. Bila harga tidak diturunkan oleh peniaga,rakyat pula menyalahkan kerajaan,sedangkan peniaga yang tidak mahu menurunkan harga? 
 
Read more ...

Berdoa Di Media Sosial : Lebih bagus?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masa kini,dapat dilihat beberapa trend terbaru. Salah satunya ialah orang zaman sekarang lebih suka berdoa di media sosial dengan membuat status berdoa di media sosial. Ianya dilihat sebagai suatu yang baharu disebabkan kemajuan teknologi dan pemodenan.

Di bawah ini adalah beberapa komen daripada para pengguna Twitter berkenaan isu berdoa di media sosial.



Teori angah ialah, mungkin orang yang sering berdoa di media sosial ini mahu menunjukkan bahawa dia prihatin terhadap kejadian yang terjadi,sebagai contoh kehilangan pesawat dan juga musibah banjir. Kalau untuk menunjukkan prihatin,angah rasa ianya bukan satu masalah besar.
Tetapi,kalau yang berdoa di media sosial sekadar nak menunjuk bahawa dia telah berdoa dan mengutuk orang lain yang tidak berdoa di media sosial sebagai seorang yang tidak prihatin,itu adalah salah. Angah rasa ramai lagi orang yang berdoa di dalam dunia sebenar.

Apa yang terbaik?

Sesungguhnya angah rasa yang paling baik ialah menadah tangan dan berdoa di dunia sebenar iaitu dalam erti kata lain,berdoa kepada tuhan dalam suasana yang lebih bagus. Rasanya kalau berdoa sebegini,lebih bagus. Sebab apa? Sebab kalau kita update status berdoa di media sosial,barangkali doa kita tak didengari disebabkan mungkin adanya unsur riak. 

Wallahualam.. 
 
 



Read more ...