13 November 2015

Shah Alam / Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Hari ini angah diberi lagi peluang untuk menulis sedikit sebanyak cerita yang angah ingin kongsikan. Untuk pengetahuan anda semua, angah baru sahaja selesai menghabiskan pengajian peringkat Diploma di UiTM Shah Alam. Pengajian selama lima semester itu bermula sejak Jun 2013 sehinggalah Oktober 2015.

Macam-macam yang angah belajar daripada pengalaman belajar jauh daripada keluarga. Bila mana angah bersama keluarga, susah untuk angah keluar jalan-jalan. Nak dikatakan angah dikongkong keluarga, bukan sama sekali. Tetapi mungkin kerna kekangan pengangkutan. Sebab apa? Di kawasan rumah angah tiada sebarang pengangkutan awam. Jadi, sekiranya mahu kemana-mana ataupun mahu ke bandar, anda semestinya memerlukan pengangkutan sendiri.

Bila angah berada di Shah Alam, angah agak bebas. Maksud bebas di sini ialah bebas untuk kemana-mana. Sebabnya di bandar Shah Alam ada banyak pengangkutan awam. Kalau nak pergi Kuala Lumpur, pengangkutan yang ada pun memuaskan. KTM , bas Rapid dan macam-macam lagi ada di Shah Alam. Sangat memudahkan.


Bila angah tinggal di rumah keluarga. Susah untuk angah keluar. Jadi, angah hanya berada di rumah , atau melepak di rumah kawan-kawan yang hanya di sekitar kawasan rumah sahaja. Kalau teringin nak berjalan-jalan dengan lebih jauh, hanya dengan bersama family sahaja.

Apa-apa pun , kedua-dua tempat mempunyai positif dan negatifnya jugak.
Read more ...

12 November 2015

Di mana "SEMANGAT" itu?




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama nampaknya angah tak berceloteh dan bercerita dalam blog ni. Bukannya apa, buat masa sekarang ini, susah untuk angah update entry blog. Masalahnya di sini bukannya kerana angah tak ada internet nak online, atau sambungan wifi rosak, tetapi angah tak ada mood untuk berblogging.
Masih angah ingat pada suatu masa dahulu, angah setiap hari akan mengupdate blog. Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada 3 entri yang akan dihasilkan. Tetapi sekarang ini angah semakin malas nak mengupdate blog. 
Seronok tengok rakan-rakan lain sering mengupdate blog, dengan cerita-cerita menarik. Tentang kehidupan mereka, tentang dunia hiburan, tentang macam-macam lagi. Tapi angah masih belum mempunyai mood untuk menghasilkan entri.

In shaa Allah , selepas ini secara perlahan-lahan angah akan kembalikan semangat untuk berblogging. In shaa Allah.
Read more ...

5 November 2015

Lagu Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Milikmu Selamanya



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini angah nak share dengan anda semua tentang lagu terbaru daripada penyanyi No 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Sebenarnya, bagi mereka yang sering melayan drama Memori Cinta Suraya pasti selalu dengar lagu yang dimainkan pada permulaan dan akhir drama tersebut.

Angah sertakan disini video serta lirik lagu tersebut :-



Apakah kau tahu
Di dalam hatiku
Cintamu telah larut
Menjadi darahku

Betapa rinduku
Tak henti menderu
Indahnya namamu
Berharap kau selalu ada

Menemani aku
Saat tawa dan tangisku

Cintaku ini cinta sejati
Kepadamu belahan jiwaku
Tak akan pernah luntur dan layu
Janjiku paut di dalam hatimu
Selamanya aku milikmu
Selamanya aku milikmu

Ku rebahkan hidupku padamu
Yakini ku milikmu selamanya

Cintaku ini cinta sejati
Kepadamu belahan jiwaku
Tak akan pernah luntur dan layu
Janjiku paut di dalam hatimu
Selamanya aku milikmu
Selamanya aku milikmu
Milikmu
Read more ...

2 November 2015

I'm Back !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa khabar anda semua? Alhamdulillah. Sebulan lebih angah berehat daripada blogging. Berehat secara total daripada dunia blogging. Sekarang ni, bila nak menulis kembali pun rasa kekok. Walaubagaimanapun, rasanya sudah sampai masanya untuk angah kembali aktif dengan blogging.

In shaa Allah ,dalam jangka masa beberapa hari ini angah akan kembali berblogging dan aktif semula. Minta maaf sekiranya ketiadaan angah selama sebulan lebih ini membuatkan semua tertanya-tanya.

Sekian. 
 
Read more ...

30 September 2015

Wordless Wednesday 60 : FAILURES



FAILURES are part of life. I f you don;t fail, you don't learn. 
If you don;t learn you'll never change.

Read more ...

23 September 2015

Hanya Dalam Tempoh 4 Hari, Polis Evo Catat Kutipan RM2.5 Juta




Sumber : Astro Gempak


Barangkali kerana dahagakan filem aksi bercorak kepolisan dengan plot, sudut teknikal serta  visual yang bukan ‘tangkap muat’, filem terbaru terbitan Astro Shaw iaitu Polis Evo kini telah berjaya mencecah kutipan panggung sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh 4 hari sejak ia mula ditayangkan pada 17 September lalu.
Mendapat sentuhan pengarah Ghaz Abu Bakar, Polis Evo yang dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai peneraju utama bakal mengubah landskap perfileman negara yang sebelum ini dilihat seakan ‘lesu’ apabila kebanyakan filem yang mula ditayangkan di pawagam sejak awal tahun lalu, kurang mendapat sambutan penonton. 
Kehadiran filem Polis Evo setidak-tidaknya dapat mengembalikan keyakinan khalayak penonton khususnya peminat filem Melayu untuk terus menyokong naskah-naskah tempatan tidak kira dalam apa genre atau kategori sekalipun.
Setakat ini, kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan hebat serta luar biasa yang diberikan masyarakat terhadap filem ini.
Jika sambutan yang diterima sebegini berterusan, tidak mustahil Polis Evo akan mampu  meraih kutipan yang tinggi mengatasi filem-filem pecah panggung yang lain sebelum ini. 
Tentang Polis Evo
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.
Read more ...

Wordless Wednesday 59 : WAKE UP



IF YOU WANT TO MAKE 
YOUR DREAMS
 COME TRUE, THE FIRST THING 
YOU HAVE TO DO IS
 WAKE UP.

Read more ...

16 September 2015

Wordless Wednesday 58 : MIMPI



Hanya Ada 2 Pilihan Setiap Pagi Untukmu : 

Kamu segera bangun untuk mewujudkan mimpimu 

atau 

tidur lagi untuk melupakan mimpimu.

Read more ...

14 September 2015

Jerebu Makin Teruk Di Shah Alam !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sekarang ini topik yang paling diperkatakan tentang alam semula jadi sudah tentunya dalah jerebu. Boleh dikatakan semua tempat di Malaysia sedang mengalami jerebu. Sama ada sedikit atau banyak jumlahnya itulah yang membezakannya.
Angah sendiri di Shah Alam sudah merasai sakit dan perit apabila berada di luar. Kadangkala ada juga hujan tapi hujannya itu macam tak ada kesan langsung. Habis sahaja hujan , jerebu datang kembali menari-nari di awan-awangan. 



Gambar di atas adalah indeks yang perlu kita lihat. Setakat ini di Malaysia masih tiada tempat atau kawasan yang dikategorikan sebagai very unhealty. Yang paling teruk pun adalah Unhealthy. Anda boleh lihat indeks kawasan anda di laman web : http://apims.doe.gov.my/v2/

Sekian.
Read more ...

13 September 2015

Senarai Pemenang Cabutan Kedua !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cabutan kedua untuk pemenang Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menjadi pemenang. Terima kasih juga sebab sudi sertai giveaway ini. Terima kasih.
CASH RM50 by Shahira - 14
TOPUP RM5  by Salmila ( RM5 ) - 30
TOPUP RM5  by Salmila ( RM5 ) - 44
TOPUP RM10 by Fatina ( RM10 ) - 60
TOPUP RM10 X 1 by Kyle ( RM10 ) - 21
TOPUP RM10 X 1 by Nizam ( RM10 ) - 65
TOPUP RM10 X 1 by Hidayah ( RM10 ) - 11


CHECK NO ENTRY ANDA DI SINI

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah berjaya menjadi antara pemenang bertuah. 7 pemenang ini diminta untuk memberikan butiran berikut kepada inbox Fanpage Diari Jejaka Hangat 

Nama : 
Hadiah Yang Dimenangi :
No Entry :
No Akaun Bank : *Jika Perlu 
Bank :  *Jika Perlu 
No Telefon  :  *Jika Perlu
Maxis/ Digi/ Celcom/ :   *Jika Perlu
Butiran ini perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada 16 September 2015. Anda hanya perlu memberikan butiran mengikut hadiah yang anda menang. 
Sekian, terima kasih.

Read more ...

12 September 2015

Gigi dicabut, mata kucing dikorek




Sumber : Sinar Harian


TIDAK lama selepas kisah monyet yang viral akibat parah 'diberi makan' mercun, kini viral pula tentang seekor kucing yang dicungkil matanya.

Melalui sebuah laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, perkongsian mengenai kucing tersebut yang juga dicabut kesemua giginya mendapat perhatian pelayar.

"Allahuakbar... Doakan meow ni ... Dia dah buta orang cungkil mata dia... Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera..."

Perkongsian tersebut menyertakan sebuah gambar yang amat menyayat hati, dimana seekor kucing berbulu perang yang berdarah di bahagian kedua mata dan mulut akibat dizalimi.

Walaupun cerita sebenar disebalik foto berkenaan gagal diketahui, hampir 1,000 pelayar meluahkan rasa kecewa dan marah apabila haiwan comel diperlakukan sebegitu kejam.

"Bukan saja mata dicungkil tapi gigi pun habis dicabut..Ya Allah Kau tarik la nyawa kucing tu daripada dia terus terseksa kesakitan begitu dan kami yg melihat turut merasa sakitnya," luah seorang pelayar, Siti Nur Hidayah.

"Tunggu la seksa api neraka di kala mata kau dibakar atau cungkil berulang kali!" demikian luah Jessie Jye.

Seorang pelayar bagaimanapun memberitahu bahawa kejadian yang menimpa kucing malang tersebut berlaku di Taiwan.

"Kalau tak silap saya, hal ni berlaku di Taiwan kah, 2 foreign worker pukul kucing ni sehingga seorang tu ambil kayu pukul itu dua orang sampai mereka lari. Dia mahu hantar kucing ni pergi doktor tapi sebab kucing ni dah parah dan sensitif, bila pegang nanti mengamuk. Dia ambil photo hantar bagi kawan minta sesiapa boleh datang tolong dia bawa kucing ni. Yang ending hal ini masih tidak ada berita," kata pelayar tersebut.

Perkongsian tersebut sudah dikongsi oleh hampir 3,000 pelayar dan disaksikan oleh lebih 4,000 pelayar lain.
Read more ...

11 September 2015

Penghujung Semester 5



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Di minggu-minggu terakhir pengajian diploma angah di Fakulti Muzik UiTM merupakan satu masa yang sangat perit. Pelbagai cabaran dan dugaan telah mula datang. Sekarang ini, apa yang angah rasakan ialah mahu selesaikan segala-galanya. Nak fikirkan pasal enjoy? Mungkin bukan sekarang.
Angah tak dapat rehat yang mencukupi. Bangun pagi awal. Boleh dikatakan sekarang ini ,setiap pagi angah bangun awal dan terus ke fakulti. Dan angah berada di fakulti dari pagi sehinggalah fakulti tutup. Cuba anda bayangkan. Mungkin bagi sesetengah orang cakap, apa yang korang buat dekat fakulti? Dari pagi sampai lewat malam?
Belajar di fakulti seni atau persembahan muzik di mana-mana pun angah rasa sama. Pemuzik perlukan latihan dan latihan memerlukan studio untuk berlatih. Ini ditambah lagi dengan kerja-kerja subjek2 pengajian, assignment, kelas-kelas dan juga event-event luar yang disertai. 
 Perkara yang perlu dihabiskan.

1. Presentation  Diploma Report
2. Presentation Pop Ensemble
3. Business Plan Marketing Manager
4. Ticket Activity Forum
5. Presentation Ethno Musicology
6. Practice Final Studio Exam
7. Practice Orchestra Piece
8. Practice Recital
9. Submit Final Proposal
10. Submit Diploma Report
11. Submit Ethno Musicology
12. Submit Business Plan
13. Submit Recital Report.

Senarai di atas adalah antara kerja yang perlu disiapkan dalam masa berbaki 3 minggu sahaja lagi. Tahniah. Terima kasih semua. Nah angah belanja anda semua ,lagu orchestra angah untuk sem 5  ni.



Entahlah, rasa macam nak membebel macam-macam tapi penat pulak nak membebel Huhu. In shaa Allah angah dapat hadapi semuanya dengan tenang. Amin.

Sekian. 
Read more ...

10 Fakta Menarik Tentang Mr Bean Yang Anda Tidak Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Sumber : AstroGempak
Nama watak Mr.Bean lakonan Rowan Atkinson tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dengan hanya gerak tubuh dan mimik muka sahaja watak itu berjaya mencetuskan fenomena luar  biasa di seluruh dunia.
Malah disebabkan watak itu juga, ramai peminat yang sanggup tunggu dihadapan televisyen semata-mata untuk melihat aksi lucu Mr. Bean.
Jadi sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta yang tentang Mr.Bean yang mungkin anda tidak tahu.

1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.
2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.
3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.
4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.
5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.
6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.
7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.
8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.
9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta.
10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.

Sekian.
Read more ...

9 September 2015

31 Sebab Ultras Malaya Mengamuk !!?





Sumber : UM'07

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.
2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.
3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.
6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.
7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.
8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.
9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.
10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.
11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.
12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.
13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.
14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.
15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.
16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.
17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.
18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.
19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.
20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.
21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.
22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.
23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.
24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.
25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.
26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.
27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.
28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk 'Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club'.
29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.
30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.
31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.
Read more ...

Mamat Jawab Sertai Sepah Semula ??!!





Sumber : Astro Gempak

Pelawak dan penyampai radio Ultra FM, Mamat Sepah menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal bergabung semula dengan Jep dan Shuib seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.
Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, tiada perbincangan lanjut antara mereka bertiga mengenai penubuhan kumpulan Sepah setelah sekian lama mereka berpecah.
“Tidak dinafikan saya masih rapat dengan mereka berdua. Kami masih lagi lepak bersama tetapi bukan dengan tujuan tertentu. Tiada perbincangan lanjut antara kami mengenai penubuhan semula kumpulan Sepah.
“Saya sendiri tidak boleh beri komen mengenai perkara ini. Mungkin kerana penampilan saya tempoh hari di Anugerah Lawak Warna  bersama kumpulan Sepahtu di atas pentas yang membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya,” jawab Mamat Sepahtu sewaktu dihubungi Astro Gempak baru-baru ini.
Jelas Mamat, dia turut menafikan dakwaan penubuhan semula kumpulan Sepah sebagai persediaan untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega yang akan datang.
“Kalau nak cerita mengenai program Maharaja Lawak Mega, ianya sesuatu yang besar. Macam saya cakap tadi, saya dan ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib tiada perbincangan lanjut mengenai perkara ini,” jelas Mamat ringkas.
Dalam pada itu, Mamat mengakui kini lebih selesa fokus dengan kerjayanya sebagai penyampai radio di Ultra FM bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi.
“Fokus saya kini hanya sebagai penyampai radio di Ultra FM gembira kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar secara langsung,” katanya mengakhiri bicara.
Read more ...

Wordless Wednesday 57 : Rejected



As I look back on my life, I realize
 that every time i thought
 i was being REJECTED from something good,
 i was actually
being RE-DIRECTED
to something better.

Read more ...

8 September 2015

Laman Seni ( Street Art ) Seksyen 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru baru ini , angah dan kawan telah pergi ke Seksyen 2, Shah Alam. Seksyen 2 sememangnya dikenali dengan lorong seni yang terdapat di situ. Walaupun angah pernah ke sana pada tahun 2014, tetapi kali ini angah datang lagi dan melihat sedikit pembaharuan. Terdapat lukisan terbaru yang dilukis di bahagian dinding lain.

Antara lukisan yang terdapat di Lorong Seni ini adalah :-


Gambar bas mini yang merupakan salah satu trademark Shah Alam. Malangnya sehingga sekarang, hanya tinggal satu sahaja bas mini yang masih beroperasi.



Gambar pelajar sekolah sedang menaiki bas dan juga guru disiplin juga menarik perhatian orang ramai.


Ini adalah lukisan baru yang terletak di Lorong Seni ini, ianya terletak di sebelah tepi kedai.

Ini juga merupakan lukisan yang baru angah lihat. Sebelum ini, tiada lukisan ini di kawasan tersebut.

Apa yang angah boleh katakan ialah ianya merupakan tarikan baru, tetapi ada lukisan dan juga gimik meja di dinding yang sudah buruk. Ada juga lukisan mural yang ditampal dengan iklan-iklan kerja kilang. Bila hasil seni tidak dijaga , lama kelamaan itulah yang akan terjadi.
Kepada mereka yang ingin ke Laman Seni ini , anda boleh datang ke Seksyen 2, Shah Alam. Lorong ini terletak di belakang kawasan kedai dan bersebelahan Kolej Kediaman Meranti, UiTM Shah Alam.

Sekian. 
Read more ...

7 September 2015

Senarai Pemenang Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah ,setelah berhari-hari anda menunggu senarai pemenang untuk giveaway angah yang terbaru sebelum ini, akhirnya penantian anda berakhir. Entri kali ini angah akan umumkan siapakah pemenang untuk giveaway tersebut. Alhamdulillah.
Sambutan yang diterima pada giveaway mini kali ini sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyertai giveaway ini. Terima kasih kerana menyokong Diari Jejaka Hangat! 


 Pemenang-pemenangnya adalah :-


CASH RM50 by Shahira



CASH RM20 by Azirah



TOPUP RM10 X 2 by Maisarah  ( RM20 )



TOPUP RM5 X 3 by Salmila ( RM15 )




TOPUP RM10 X 2 by Fatina ( RM20 )



TOPUP RM10 X 1 by Kyle ( RM10 )



TOPUP RM10 X 1 by Nizam ( RM10 )



TOPUP RM10 X 1 by Hidayah ( RM10 )

CHECK NO ENTRY ANDA DI SINI

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah berjaya menjadi antara pemenang bertuah. 12 pemenang ini diminta untuk memberikan butiran berikut kepada inbox Fanpage Diari Jejaka Hangat 

Nama : .......................................................
Hadiah Yang Dimenangi : .......................
No Entry :..................................................
No Akaun Bank : *Jika Perlu ................
Bank :  *Jika Perlu ..................................
No Telefon  :  *Jika Perlu .......................
Maxis/ Digi/ Celcom/ :   *Jika Perlu ......
 
Butiran ini perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada 11 September 2015. Anda hanya perlu memberikan butiran mengikut hadiah yang anda menang. 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
 

Read more ...

6 September 2015

Wajah 5 Doktor Kacak Membuatkan Gadis Terpaku !!



Sumber : Astrogempak
Viral di facebook dengan gambar-gambar doktor kacak dan membuatkan ramai gadis dan wanita berasa mahu pergi ke hospital , melihatkan tahap kekacakan doktor-doktor ini.
Kali ini angah akan senaraikan gambar akan membawa anda beralih bidang ke bahagia perubatan dengan memaparkan 5 doktor tampan yang boleh membuatkan anda ingin kerap ke hospital untuk menjalani ujian kesihatan. 
Walaupun ada di antara mereka ini menjadi viral di media sosial,  hanya dapat sedikit sahaja info mengenai diri mereka berdasarkan Instagram masing-masing, jom kita lihat…


1) Mike 
Doktor kacak ini berusia sekitar 20an-30an. Dia merupakan seorang pembantu perubatan di salah sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat. Difahamkan dia sudah berkhidmat di hospital berkenaan kira-kira 2 tahun dan mempunyai seekor anjing Husky bernama Roxy.



2) Mrsir84 
Doktor stailo ini berusia sekitar 20an dan masih junior dalam bidang kedoktoran. Selain membantu pesakit untuk menjalani rawatan, dia juga gemar melancong ke seluruh dunia terutama benua Eropah.




3) Justin Parks 
Walaupun belum ditauliahkan menjadi seorang doktor, namun Justin antara bakal doktor yang memiliki wajah yang kacak dan menggoda. Dia masih belajar di salah sebuah University di Tulsa Oklahoma Amerika Syarikat.

 

4) Petey Lao 
Selain kerjayanya sebagai seorang doktor, Petey Lao adalah seorang bapa kepada 2 orang anak perempuan. Seorang yang gemar melancong, memasak dan bermain tennis perkara lain yang anda perlu tahu mengenai Petey ialah… Maaf dia bukan lelaki ‘lurus’.



5) Jp Lacroix 
Jp Lacroix merupakan seorang doktor Dermatology MD di salah sebuah hospital di Montreal Kanada. Tersenarai lelaki paling kacak di Kanada dan gemar aktviti sukan iaitu gim dan berbasikal.





Sekian.
Read more ...

5 September 2015

Filem 'Alice in Wonderland' kesan sakit mental



Sumber : Berita Harian


HELSINKI: Filem "Alice in Wonderland" karya Tim Burton sebenarnya boleh menukar kehidupan individu yang menghidap psikosis atau sakit mental yang teruk. Saintis menggunakan reaksi individu menonton filem itu yang dihasilkan pada tahun 2010 untuk mengesan tanda sakit mental dalam kalangan mereka yang kelihatan sihat. Pasukan dari Finland mendapati individu psikotik melihat dan memproses maklumat daripada filem fantasi itu secara berbeza dan corak otak berkenaan mungkin membantu doktor mengenal pasti mereka yang berisiko.
Psikosis adalah masalah kesihatan mental yang menyebabkan seseorang melihat atau mentafsir sesuatu secara berbeza daripada orang sekeliling dan mungkin membabitkan halusinasi atau delusi (khayalan). Dianggarkan empat bagi setiap 1,000 rakyat Britain mempunyai gangguan aktif psikotik sejak setahun lalu. Proses otak dalam kalangan individu penghidap gangguan psikotik masih tidak difahami secukupnya dan diagnosis awal adalah sukar oleh kerana corak dalam otak tidak kompleks seperti mana penghidap kronik. Saintis mengatakan kajian itu mungkin direvolusikan dengan cara individu psikosis dirawat.
Eva Rikandi dari Universiti Aalto di sini berkata, tugas mereka adalah cuba mengenal pasti jika seseorang individu itu adalah pesakit psikosis episod pertama atau subjek kawalan yang sihat hanya dengan melihat aktiviti otak yang direkod ketika menonton filem. "Kami dapati, dengan memantau aktiviti dalam rantau dikenali sebagai 'precuneus', kami berupaya membezakan pesakit daripada subjek kawalan dengan baik," katanya. Menggunakan pengimbas, penyelidik menunjukkan individu yang menderita episod psikotik memproses maklumat berbeza daripada kumpulan kawalan apabila ditunjukkan filem pecah panggung Hollywood itu.
Mereka memilih menunjukkan 46 pesakit psikotik episod pertama dan 32 individu kawalan yang sihat, menonton filem terbabit supaya setiap kumpulan menerima rangsangan maklumat sama. Ia mendapati perbezaan ketara dapat dilihat dalam rantau 'precuneus' otak, iaitu kawasan dikaitkan dengan daya ingatan, ruang dan kesedaran ruang dan visual, kesedaran diri dan aspek nyata. Rikandi menambah, pihaknya berupaya mencapai hampir 80 peratus ketepatan pengkelasan menggunakan kaedah itu.
"Ia bermaksud, precuneus, hub pusat untuk integrasi maklumat diri dan daya ingatan, memainkan peranan penting dalam pemprosesan maklumat jenis ini oleh pesakit psikotik. "Ini adalah kajian pertama yang secara langsung mengaitkan permulaan psikosis dengan 'precuneus', justeru adalah penting lebih banyak penyelidikan dilakukan di bahagian ini," katanya. Penemuan itu yang dibentangkan dalam Kongres Kolej Neuropsikofarmakologi Eropah di Amsterdam, akan membantu membangunkan imbasan awal dan diagnosis lebih baik individu yang berisiko. - Agensi
Read more ...

4 September 2015

Tahniah!! Bloglist September 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Angah ingin memberitahu anda bahawa angah telah memilih 27 blog terbaik untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist angah. Alhamdulillah. 27 blog ini dipilih berdasarkan respon mereka di facebook yang pantas.  Anda juga ingin join? In shaa Allah mungkin di masa akan datang, jika angah mencari lagi bloglist baru untuk bulan berikutnya.

Selain itu, angah juga ingin memberitahu anda semua bahawa senarai pemenang bakal diumumkan tak lama lagi bagi giveaway Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. In shaa Allah dalam jangka masa terdekat.

  1. http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.com/
  2. http://anagurlz87.blogspot.com/
  3. http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com/
  4. http://myzramz.blogspot.com/
  5. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
  6. http://sallyadan.blogspot.com/
  7. http://www.kataubaid.blogspot.com/
  8. http://www.rianalittlecuties.blogspot.com/
  9. http://akubudakkayu.blogspot.com/
  10. http://cikash.blogspot.com/
  11. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  12. http://kanvasdakwat.blogspot.com/
  13. http://purplestarz89.blogspot.com/
  14. http://juraidahrahman.blogspot.com/
  15. http://farhana-mohamad.blogspot.com/
  16. http://www.mreena.com/
  17. http://cxopportunities.blogspot.com/
  18. http://cikgufaizcute.blogspot.com/
  19. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
  20. http://vithebat.blogspot.com/
  21. http://www.munirahizzan.com/
  22. http://www.mommylizz.com/
  23. http://www.nurfuzie.com/
  24. http://www.mariafirdz.com/
  25. http://beloved888.blogspot.com/
  26. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  27. http://www.shuhaidakabdy.com/

Terima Kasih. 
Read more ...

Malaysia Di BELASAH UAE !!


Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelasah Malaysia 10-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, sebentar tadi. 
Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu. 
Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama. Jaringan pertama tuan rumah hadir pada minit ke-16, sebelum gol seterusnya pada minit 22, 24, 25, 29, 33 dan 39. 
Gol kelapan, kesembilan dan ke-10 diledak UAE pada minit ke-70, 76 dan 78. Sebelum ini, skuad negara tewas 6-0 kepada Palestin di laman sendiri. 
Sementara itu, keputusan dalam aksi kelayakan lain menyaksikan Korea Selatan membelasah Laos 8-0; Iran menjinakkan Guam 6-0; Australia membenam Bangladesh 5-0 dan Jepun menang ke atas Kemboja 3-0. 
Dalam satu lagi aksi kelayakan yang masih berlangsung, Qatar sedang mendahului Bhutan 8-0 di separuh masa pertama. 

Read more ...

Facebook catat 1 bilion pengguna sehari !!




Sumber : Berita Harian



LOS ANGELES: Buat kali pertama lebih satu bilion orang menggunakan Facebook dalam satu hari , kata pengasas syarikat berkenaan Mark Zuckerberg. Zuckerberg dalam satu tulisan berkata, kejayaan membanggakan itu dicapai Isnin lalu apabila "seorang bagi setiap tujuh orang di bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan dan keluarga." 
Facebook memiliki hampir 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali sebulan, namun jumlah yang dicatat itu adalah untuk satu hari tunggal. Syarikat itu mendapat pengguna ke satu bilion pada Oktober 2012. Laman media sosial itu diasaskan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg ketika beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Harvard. Dalam tulisannya kelmarin, beliau meramalkan capaian Facebook akan terus berkembang. 
"Ini adalah kali pertama kami memperoleh pencapaian membanggakan dan ini hanyalah permulaan untuk menghubungkan seluruh dunia," tulisnya. Julai lalu Facebook mendakwa lebih separuh pengguna dalam talian di dunia melawat laman sosial itu sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia hanya pada Oktober 2012 ketika Facebook kali pertama mengumumkan ia memiliki satu bilion pengguna menggunakan laman itu sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kini, kurang tiga tahun kemudian, tapak media sosial itu berupaya menarik angka itu dalam satu hari tunggal. Persoalannya ialah bagaimana ia boleh terus berkembang? 
Pastinya akan ada satu ketika angka itu mendatar. Namun perjalanan itu dianggap masih jauh. Penulis baru saja kembali dari ibu pejabat Facebook di California untuk berbincang mengenai projek dalam perancangan. Pada dinding pejabat itu, ada peta negara dunia yang memaparkan negara dengan ramai pengguna Facebook. Tidak dinafikan, Amerika Syarikat, Eropah dan India hampir berada pada kemuncak penggunaan laman sosial terbabit. Namun ada jurang amat besar, di Afrika, kebanyakan negara di Asia dan sesetengah negara Amerika Latin, di situ Facebook kini bertumpu. -AGENSI

Read more ...

3 September 2015

Gempar!! Tiga bulan tinggal bersama mayat bayi


Sumber : Harian Metro



Batavia (New York): Seorang wanita yang tinggal bersama mayat bayinya selama tiga bulan di barat New York semalam didakwa membunuh anaknya itu.Menurut Pendakwa Daerah Genesee County Lawrence Friedman, Christina Colantonio, 28, didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua.
Polis memulakan siasatan Khamis lalu selepas seorang kenalan yang melawat Christina di apartmentnya di Batavia, kira-kira 72 kilometer dari Buffalo, menemui bayi tidak bernyawa itu dan menghubungi 911, kata Sarjan Todd Crossett dari Jabatan Polis Batavia dalam sidang media kelmarin.
Katanya, penyiasat percaya bayi itu dibunuh sebaik sahaja dilahirkan tiga bulan lalu.Pihak berkuasa tidak menyatakan dengan lebih lanjut bagaimana bayi itu dibunuh, tetapi menurut Friedman, penyiasat mempunyai bukti kukuh untuk menyimpulkan bahawa kematian bayi itu disengajakan.
Sementara itu, bedah siasat akan menentukan punca sebenar bayi itu maut.
Menurut polis, Christina juga mempunyai dua anak lagi yang tinggal bersama-samanya di apartment itu.Bagaimanapun, dua anaknya itu tidak ada di rumah ketika siasatan djalankan.Dia menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan tahap kedua di Mahkamah Batavia.
Sekian
Read more ...

2 September 2015

Wordless Wednesday 56 : Gagal



Jika Kamu Gagal Mendapatkan Sesuatu

STOP

Hanya satu hal yang harus kamu lakukan,

TRY AGAIN.


Read more ...

1 September 2015

Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Klik Banner untuk join

Alhamdulillah , angah berkesempatan nak join Pencarian Bloglist September 2015 Di Blog Lyssasecret.Com. Angah nak jemput anda juga untuk sama-sama sertai segmen mudah ini.


Sekian.
Read more ...

Mini Giveaway Tamat!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah. Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 telah berlancar lancar dan tamat dengan jayanya. Angah berpuas hati dengan Giveaway kali ini. Syukur alhamdulillah.
Di kesempatan yang ada, angah ingin menyeru kepada semua untuk blogwalking sesama peserta sementara menantikan senarai pemenang dikeluarkan. In shaa Allah , senarai pemenang akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. 
Read more ...

31 Ogos 2015

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Tamat

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 

Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Shalminadya | Missakuradiary | Aderakukeysah  
Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana | Nizam |

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Follow  Instagram Sponsor

5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

COPY CODING :




Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :




7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.

Read more ...