31 Januari 2015

20 Blog untuk Blogwalking.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya angah tak blogwalking. Jadi, angah mengambil insiatif dengan mengupdate satu post di fanpage Blog Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Terima kasih kepada anda yang sudi memberikan link blog anda.
Apa- apa pun , jom kita blogwalking. Kepada yang tidak tersenarai , anda juga boleh memberikan link blog anda di ruangan komen entry ini. 
.........................................................
  1. http://sheilashahfiekry.blogspot.com
  2. http://flizzy86.blogspot.com/
  3. http://sakuraungu92.blogspot.com/
  4. http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com
  5. http://busyratakiyudin.blogspot.com/
  6. http://cikannesweetyncool.blogspot.com/
  7. http://www.papaglamz.com/
  8. http://cikmanissweet.blogspot.com/
  9. http://www.suesopian.com/
  10. http://nurfarahudahud.blogspot.com/
  11. http://strawberrysgurls.blogspot.com
  12. http://fadzirazak.blogspot.com/
  13. http://norshamimi.blogspot.com/
  14. http://bidadarikayangan90.blogspot.com/
  15. http://kanvasdakwat.blogspot.com
  16. http://ummisyafiqahfarhana.blogspot.com/
  17. http://serisori.blogspot.com/
  18. http://kameqdeanna.blogspot.com/
  19. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/
  20. http://www.diarijejakahangat.com 
Sekian  
Read more ...

Selangor rekod kes bankrap tertinggi tahun lalu - Bernama





Sumber : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata, Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).
Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nancy berkata, peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).
"Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang telah meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes."Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun itu," katanya.
Nancy berkata, pekerja sektor swasta adalah golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), profesional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes).
- BERNAMA
Read more ...

30 Januari 2015

Kerja Kumpulan : Masalah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Susah untuk bekerja di dalam satu kumpulan. Contohnya kalau dalam satu kumpulan itu, mempunyai 7 orang ahli , sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan untuk kumpulan itu, barangkali tidak akan berhasil sekiranya tiada kerjasam dalam kumpulan.
Dalam sesuatu kumpulan itu, sepatutnya mempunyai seorang individu yang mampu mengetuai kumpulan itu dengan baik. Ketua yang dilantik perlu memainkan peranan yang baik  iaitu mampu mengawal keseluruhan situasi dan juga individu yag terlibat dengan tugas tersebut.
Ada kalanya perangai setiap orang dalam kumpulan tersebut, sangat menyakitkan hati. Contohnya ialah apabila mesyuarat atau perjumpaan sedang dijalankan , semestinya ada seorang ahli yang tidak datang , sebab apa? Sebab individu tersebut tidak mengambil berat akan tugas ini.
Ada juga yang berperangai negatif iaitu berperangai sebaliknya , sering mahu melakukan sesuatu tugas itu mengikut kata hatinya sahaja. Orang seperti  ini tidak patut wujud dalam kumpulan , sebab ia akan mengganggu keberhasilan sesuatu projek itu.
.................................................................

 Kesimpulannya , sebagai seorang yang bijak dan mampu berfikir seperti manusia , kita perlulah pandai berfikir tentang perkara yang sepatutnya difikirkan dan jangan hanya memikirkan tentang hal sendiri sahaja.
 
 
Read more ...

Anugerah MeleTOP Era (AME) Senarai 5 Pencalonan Akhir!!



Pelawak Zizan Razak membuktikan kerja kerasnya membuahkan hasil selepas tersenarai untuk lapan buah kategori daripada 16 buah kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME).Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan bin Abdul Razak tercalon menerusi kategori Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Hos TV MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Infiniti Cinta dan Grup Duo MeleTOP bersama Kaka Azraff. 
Manakala Dato’ AC Mizal, Dato’ Siti Nurhaliza dan Akim Ahmad pula berada di tangga kedua apabila masing-masing tercalon untuk 3 buah kategori.Menurut Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, laporsan analisi menerusi kadar peratusan undian yang diterima meningkat naik berbanding tahun lalu.“Berdasarkan laporan analisis, kadar peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama telah meningkat sebanyak 141% berbanding tahun lepas. Oleh kerana AME ialah sebuah anugerah pilihan penonton, kami selaku pihak penganjur berasa amat gembira dan teruja dengan kadar peningkatan yang dicatatkan pada tahun ini.
“Jelas ia membuktikan format asal yang menyerahkan kuasa mutlak kepada para peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah relevan dan berkesan,” ujar Putri Yasmin.Empat buah kategori baru turut diperkenalkan untuk segmen televisyen yang telah dipecahkan mengikut genre hiburan, komedi dan drama. Perubahan yang diperkenalkan ini adalah untuk menambah baik pilihan kategori yang dipertandingkan supaya bersesuaian dengan citarasa penonton yang pelbagai.
Senarai lima calon akhir untuk 16 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian oleh orang ramai sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 12 Disember 2014 hingga 11 Januari lalu. Manakala pemenang untuk kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) pula akan dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon lima terbaik. 
Talian undian bagi Fasa Kedua bagi menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori akan dibuka bermula 28 Januari, jam 6.00 petang hingga 22 Februari 2015, jam 12.00 tengah hari. Dalam pusingan ini, orang ramai boleh memilih calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui tiga cara iaitu secara online menerusi laman sosial rasmi, melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun melalui Aplikasi Astro View Mobile. 
Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME akan berlangsung dengan penuh meriah pada 22 Februari 2015 dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

DRAMA TV MELETOP (BARU)
1. Bukan Kerana Aku Tak Cinta 
2. Kerana Terpaksa Aku Relakan 
3. Hantu Selfie 
4. Aku Ada Wali 
5. Suamiku Encik Sotong
ARTIS LAWAK MELETOP (BARU)
1. Zizan Razak 
2. Jep Sepahtu 
3. Johan 
4. Abam Bocey 
5. Jihan Muse

HOS TV  MELETOP (BARU)
1. Dato' AC Mizal 
2. Zizan Razak 
3. Nabil Ahmad 
4. Neelofa  
5. Datuk Aznil Haji Nawawi

PELAKON TV MELETOP (BARU)
1. Sharnaaz Ahmad 
2. Zul Ariffin 
3. Amar Baharin 
4. Nelydia Senrose 
5. Zizan Razak

PROGRAM TV MELETOP
1. Maharaja Lawak Mega 2013 
2. Konsert Akhir AF2014 
3. Anugerah MeleTOP Era 2014 
4. Anugerah Juara Lagu ke-28 
5. Ceria Popstar 2
LAGU MELETOP
1. Mewangi  
2. Jaga Dia Untukku  
3. Matahari  
4. Infiniti Cinta  
5. Malaikat 
PENYANYI MELETOP
1. Akim Ahmad 
2. Dato` Siti Nurhaliza 
3. Hafiz Suip
4. Shila Amzah  
5. Hazama 
GRUP DUO MELETOP
1. Akim & The The Magistrate 
2. Forteen  
3. Zizan Razak & Kaka Azraf 
4. Mawi & Dato' AC Mizal  
5. Sleeq ft Joe Flizzow
PENYAMPAI RADIO MELETOP
1. Johan 
2. Haniff 
3. Feeya Iskandar 
4. Ray 
5. Raja Azura
PROGRAM RADIO MELETOP
1. JoHaRa Pagi Era 
2. Pilih Hit Era 
3. Petang Era 
4. Morning Crew 
5. SINAR Pagi
FILEM MELETOP
1. Abang Long Fadil 
2. Mat Tudung  
3. Ustaz Mu Tunggu Aku Datang 
4. Sejoli  
5. Penanggal 
BINTANG FILEM MELETOP
1. Nelydia Senrose  
2. Zizan Razak 
3. Shaheizy Sam  
4. Nora Danish  
5. Bront Palarae
FESYEN MELETOP
1. Nur Fazura  
2. Zizan Razak 
3. Dato` AC Mizal 
4. Wak Doyok 
5. Nabil Ahmad 
ARTIS BAHARU MELETOP
1. Ayda Jebat 
2. Firman 
3. Aman 
4. Atikah Suhaimie 
5. Amyra Rosli
BINTANG ONLINE MELETOP
1. Emma Maembong 
2. Zizan Razak 
3. Dato` Siti Nurhaliza 
4. Aaron Aziz 
5. Hanis Zalikha 
COUPLE MELETOP
1. Scha Alyahya & Awal Ashaari
2. Rozita Che Wan & Zain Saidin  
3. Aril AF & Puteri Erma Adlinda 
4. Irma Hasmie & Redza Syah  
5. Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana
 
Read more ...

27 Januari 2015

Busy... busy... busy..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mungkin  anda semua perasan bahawa sejak kebelakangan ini angah kurang update blog? Betul tak? Sememangnya angah akui bahawa angah terlampau busy sehinggakan tidak dapat beronline di laptop. Angah selalu update blog menggunakan laptop.

.......................................................................................

Minggu exam semakin hampir. Tekanan semakin banyak disebabkan pelbagai subjek perlukan latihan yang banyak. Memanglah rasa sedih sebab tak dapat nak update blog setiap hari seperti selalu , pagview juga semakin menurun , tapi kalau diikutkan pelajaran lebih penting. 
Angah berusaha untuk dapat update blog setiap hari ,tetapi terdapat beberapa halangan contohnya  , masa tiada , kekurangan kemudahan iaitu tiada wifi.  In shaa Allah angah akan berusaha juga untuk update blog.
Sekian 
Read more ...

23 Januari 2015

Liga Hoki Dunia: Jepun akui jentera serangan Malaysia lebih berkualiti!!





Sumber : Berita Harian


SINGAPURA: 
Jurulatih hoki Jepun, Kang Keon Wook menyifatkan Malaysia sebagai "pasukan yang kuat" dan akan lebih berwaspada dengan serangan daripada anak buah Tai Beng Hai itu nanti.Jepun akan bertemu Malaysia pada perlawanan separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 esok, selepas menewaskan Ukraine, 5-0 pada pusingan suku akhir di Stadium Hoki Sengkang, semalam. 
Malaysia dalam pada itu menundukkan Mexico, 10-1 di gelanggang sama. Kang berkata beliau bimbang pasukannya tidak dapat membalas serangan daripada Malaysia kerana baginya, kekuatan skuad negara adalah menyerang, menjaringkan gol dan menukar sudut penalti."Persiapan kami untuk separuh akhir ... Malaysia adalah satu daripada pasukan terkuat pada kejohanan ini, kami perlu membuat persediaan yang lebih baik jika ingin ke peringkat akhir.
"Tetapi, menang atau kalah tidak penting kerana yang paling utama adalah bagaimana kami bermain dalam perlawanan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Kang berkata walaupun Jepun mempunyai pemain yang mempunyai kemahiran lebih baik dalam menjaringkan gol, tetapi mereka tidak boleh mengatasi kelajuan yang ditunjukkan kebanyakan pemain negara. 
Beliau berkata Malaysia pasukan yang tersusun, justeru beliau akan menggunakan lebih banyak strategi menyerang berbanding pertahanan.Sementara itu, ketua jurulatih negara, Beng Hai berkata walaupun ranking Jepun jatuh ke nombor 15 daripada nombor 14, mereka masih lawan yang sukar dikalahkan.Beng Hai juga mahu anak buahnya berjaga-jaga dengan Jepun kerana pasukan dari negara matahari terbit itu sangat tersusun dari segi persiapan mental dan fizikal. 
Ketua pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim berkata beliau percaya sekiranya Malaysia tidak membuat sebarang kesilapan, mereka akan dapat mengalahkan Jepun dengan mudah. - Bernama
Read more ...

15 Januari 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Read more ...

11 Januari 2015

Mood Study


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya angah sampai dengan selamat di bumi Shah Alam ini. Sememangnya cuti selama 3 minggu telah pun tamat.


Sebagai seorang pelajar , mood study merupakan sesuatu yg paling penting. Betul tak? Kerana tanpa mood , mungkin seseorang tu tidak dapat belajar.


Apa - apa pun angah harap agar angah dapat teruskan pengajian seperti biasa. Sebab apa? Mood malas tu rasanya dah datang. Hahaha. Angah dah start malas nak study.

Sekian.

Read more ...

CPUV Nuffnang : Nestle Kitkat Launch




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , kali ini angah nak update tentang CPUV Nuffnang terbaru yang telah melekat di dalam blog diarijejakahangat buat kali ini. Masuk kali ini ,  ini merupakan CPUV yang kedua untuk tahun 2015 dan juga bulan Januari.
Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan juga Nestle kerana sudi memilih blog angah untuk menjadi platform pengiklanan anda. Alhamdulillah , angah harap agar anda semua dapat klik iklan Nestle yang mungkin akan muncul , seterusnya dapat mengetahui tentang produk Nestle  Kitkat.
Sekia 
Read more ...

10 Januari 2015

Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri.





Sumber : Google 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

Di hari yang begitu cerah ini , angah nak kongsikan sesuatu yang terbaik yang perlu dijadikan sebagai amalam harian. Iaitu cara Rasullullah SAW menjaga kesihatan diri. Apabila kita melakukan segala amalan ini sebagai rutin , sudah tentu kita akan mendapat ganjaran pahala , kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah.
................................................................................. 

Bangun sebelum subuh

Cara pertama ialah bangun sebelum subuh. Angah mengaku kadang - kadang angah sendiri lewat juga bangun subuh. Tetapi selagi kita berusaha untuk bangun awal , in syaa Allah boleh. Banyak kelebihan yang dapat apabila kita bangun sebelum subuh. Untuk pelajar contohnya , kita dapat belajar di waktu sebelum masuk subuh .  Kerana apa ? Kerana pada waktu itu ,  otak kita masih di dalam keadaan fresh tanpa sebarang fikiran berkenaan perkara lain.


Aktif menjaga kebersihan
Menjaga kebersihan merupakan satu perkara yang boleh dianggap sebagai suatu kemestian. Di tambah lagi ,  apabila pada masa sekarang ,  pelbagai penyakit amat mudah untuk menyerang kita. Maka ,  penjagaan kesihatan adalah suatu keutamaan. Penjagaan kebersihan perlulah dilakukan secara menyeluruh ,  kerana ianya dapat menjauhkan diri kita daripada sebarang penyakit.


Tidak pernah makan berlebihan
Sememangnya salah satu daripada nafsu yang perlu di kawal ialah nafsu makan. Kadang-kadang angah sendiri juga akan terlebih makan dan akhirnya kekenyangan seperti ular sawa. Tetapi buat masa sekarang ,  angah cuba untuk mengurangkan kuantiti makanan , sebab angah rasa ianya agak berlebihan. Ia juga dapat mengelakkan diri kita daripada membazir kerana membazir itu merupakan salah satu amalam syaitan.


Gemar berjalan kaki
Ini merupakan salah satu kelemahan angah. Angah sebenarnya lebih suka untuk menggunakan kenderaan berbanding berjalan kaki. Tapi , kalau tempat yang akan dituju itu dekat ,  maka angah hanya akan berjalan kaki. Nampaknya selepas ini ,  angah akan lebih menggunakan kaki untuk berjalan , berbanding menggunakan kenderaan. Selain dapat mengurangkan kos untuk tambang atau wang minyak , ia juga dapat menjadikan iri kita lebih sihat.


Tidak pemarah
Angah akui bahawa angah merupakan seorang yang panas baran. Kadang-kadang angah akan marah akan perkara yang kecil sahaja. Pernah suatu masa dahulu , angah pernah bergaduh dengan kawan di dalam kelas , hanya semata-mata di sebabkan perkara kecil, Tetapi bila dah meningkat dewasa , angah cuba untuk menahan diri daripada berasa marah. Mungkin perkataan yang sebenar ialah SABAR.


Optimis & Tidak putus asa
Seorang yang optimis sememangnya mempunyai masa depan yang cerah berbanding orang lain. Kerana apa? Kerana seseorag itu telah mempunyai tujuan dan telah merancang masa depannya dalam keadaan yang paling baik. Selain itu ,  apabila menghadapi masalah ataupun mengalami kegagalan ,  seseorang itu perlulah optimis untuk meneruskan perjuangan. Sikap tidak mudah putus asa merupakan suatu sikap yang perlu ada pada semua orang.


Tidak iri hati
Sifat iri hati , kadang-kadang terbit juga sifat itu dalam diri angah. Tambah -  tambah lagi ketika angah melihat kejayaan mahupun kesenangan orang lain. Tetapi ianya bukanlah suatu yang bersifat kekal. Sifat iri hati ,sememangnya perlu dibuang daripada diri , kerana ianya akan menyebabkan pelbagai sifat-sifat buruk muncul. Apa apa pun sebagai seorang manusia , sifat iri hati adalah sifat yang tidak perlu.


Pemaaf
Antara sifat terpuji yang perlu ada pada semua orang ialah sifat pemaaf. Terutama sekali buat sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan terhadap kita. In shaa Allah , kehidupan kita akan lebih tenang , kerana kita sudah tidak mempunyai musuh , hanya sekadar syaitan sahaja yang menjadi musuh sebenar-benar.
............................................................................

Kesimpulannya ialah , sebagai seorang muslim , semua perkara yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW sememangnya perlu dijadikan sebagai ikutan. Sama ada ianya dilakukan secara konsisten mahupun tidak , merupakan usaha diri kita sendiri.
In shaa Allah. 

Sekian




Read more ...

Entry Auto Publish ??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sebagai seorang blogger yang sudah berada di bidang ini dalam jangka masa yang lama , sememangnya angah merupakan salah seorang daripada blogger yang sering menggunakan entry yang dipublishkan secara automatik .
Bagi angah sendiri , sebagai seorang student , kadang-kadang angah tidak mempunyai masa untuk update blog setiap hari secara konsisten. Ada kalanya angah menyiapkan beberapa entry sekaligus dan seterusnya akan di setkan pada auto publish.
Cara ini angah rasa merupakan cara terbaik untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kekangan masa. Kadang-kadang bila angah ada waktu terluang , barulah angah akan update dan publish ketika itu juga. Tetapi bila tiba waktu peperiksaan contohnya , sudah semestinya waktu untuk angah mengupdate blog sudah tiada. Jadi penyelesaiannya ialah hanya dengan menggunakan auto publish.

 .................................................................................
Kalau pada waktu angah cuti pula , angah lebih suka menyiapkan entry setiap malam , selepas sahaja blogwalking ke beberapa blog. Selepas menyiapkan entry-entry , angah akan setkan entry- ii tersebut untuk diterbitkan pada jam dan waktu. Jadi dapat dilihat beberapa corak yang konsisten dalam usaha angah untuk update entry di blog secara konsisten.
Sekian. 
Read more ...

9 Januari 2015

Ephyra Skin Bar Terbukti Sememangnya Berkesan !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten."


Sememangnya pernyataan di atas sangatlah benar. Ianya diakui sendiri oleh emak angah sendiri bahawa produk Ephyra Skin Bar ini sangat berkesan. Emak sangat menyukai produk ini kerana ianya telah memberi pelbagai kesan yang positif terhadap wajah setelah menggunakan produk ini. 

...............................................................................................

Sebelum itu , angah telah memenangi Ephyra Skin Bar daripada Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com melalui entry yang telah dihasilkan pada entry Giveaway ini. Sememangnya setelah mendapat produk Ephyra Skin Bar , angah telah memberi kepercayaan kepada emak angah sendiri untuk menggunakan produk ini memandangkan ketika produk ini sampai ke rumah ,  angah tiada di rumah kerana sedang belajar di UiTM Shah Alam.
Disebabkan hal itu juga , angah telah memutuskan untuk tidak menggunakan produk ini untuk kegunaan sendiri tetapi digunakan oleh emak angah. Jika angah yang menggunakan produk Ephyra Skin Bar ,  nampaknya review ini tidak dapat dihasilkan kerana angah berada jauh dan mungkin review ini akan lewat disiapkan.
...........................................................................................





Pada beberapa minggu yang lalu , satu produk daripada Ephyra telah pun sampai ke rumah angah yang terletak di Kulim, Kedah Darul Aman. Selain daripada produk Ephyra Skin Bar , terdapat juga sebuah kalendar tahun 2015 di dalam sampul tersebut.



Ini ialah bahagian hadapan produk Ephyra Skin Bar. (Gambar Atas)


Ini pula ialah bahagian belakang produk Ephyra Skin Bar. (Gambar Atas)


.............................................................................................

Wajah Emak Angah Sebelum


[ Klik Gambar Untuk Lihat Lebih Besar ] 


Sebelum menggunakan produk Ephyra Skin Bar , emak angah telah menggunakan produk pencuci muka berasaskan susu kambing. Hasilnya sangatlah tidak memberangsangkan. Hal ini kerana telah muncul beberapa bintik-bintik dan biji-biji jeragat akibat daripada penggunaan produk itu. Akhirnya emak telah berhenti menggunakan produk berasaskan susu kambing itu kerana alah terhadapnya.
Emak angah mempunyai masalah berikut yang menyebabkan muka kelihatan kusam dan tidak bermaya.
1 ) Jeragat
2 ) Jerawat
3) Bekas Jerawat Tidak Hilang
4 ) Lebam di sekeliling kawasan mata
5 ) Kulit Tidak Sekata


Pelbagai produk telah dicuba. Tetapi ternyata semuanya kurang memberangsangkan dan akhirnya emak hanya berserah kepada pencuci muka biasa sahaja,yang tidak membawa sebarang kesan. 
......................................................................................... 


Wajah Emak Angah Selepas

[ Klik Gambar Untuk Lihat Lebih Besar ] 



Perubahan yang ketara dapat dilihat ialah keadaan kulit yang lebih sekata. Sememangnya masalah kulit tidak sekata telah menghantui emak sejak dari dulu lagi. Alhamdulillah , dengan menggunakan produk ini , sesuatu yang positif dapat dilihat.
Seterusnya , kesan selepas jerawat muncul juga didapati telah beransur-ansur hilang. Alhamdulillah. Setelah beberapa minggu menggunakan produk Ephyra Skin Bar , pelbagai kesan positif telah mula menampakkan hasil.
Jeragat-jeragat di kawasan bawah mata telah mula menghilang  dan lebam di mata semakin tidak kelihatan. Ternyata produk Ephyra Skin Bar mempunyai berita gembira yang sepatutnya diketahui oleh semua rakyat Malaysia yang mempunyai masalah ini. 

.........................................................................


Ephyra Skin Bar Terbukti Berkesan

Jadi , melalui penggunaan produk Ephyra Skin Bar selama berminggu-minggu ini telah membuahkan hasil yang positif dan memberangsangkan. Ianya terbukti setelah penggunaan selama hampir sebulan terhadap emak. Alhamdulillah , akhirnya angah telah menjumpai produk yang sesuai untuk penggunaan bukan sahaja untuk emak malah untuk seisi keluarga.
In shaa Allah , selepas ini emak angah akan terus menggunakan produk Ephyra Skin Bar ini sebagai rutin harian. In shaa Allah.


Sekian.


Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u

Official Instagram : @ephyra2u

Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.
Read more ...

Segmen Mama Mencari Bloglist




Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!

Read more ...

Doa dan Restu Ibu




Walau siapapun kita, 
Walau sehebat manapun kita,
Walau berjaya setinggi langit pun...
tetapi tanpa doa dan restu si ibu
yang melahirkan kita...
maka tiadalah keberkatan hidup...

.......................................................................................


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebagai seorag anak yang baik,sememangnya restu daripada ibu bapa merupakan satu kemestian. Setiap apa yang mahu dilakukan oleh diri kita semestinya memerlukan kerestuan ibu bapa dahulu.
Begitu juga dengan doa , doa yang telah dipanjatkan oleh ibu bapa dipercayai lebih afdhal kerana mereka merupakan ibu bapa kita yang telah melahirkan dan membesarkan kita. 

Sekian. 

Read more ...

8 Januari 2015

Orang Inggeris , Orang Cina , Orang Melayu




Orang Inggeris bila berseorangan , dia akan mengembara dalam negaranya.
Bila berdua , mereka akan mengembara ke negara orang lain.
Bila bertiga atau ramai , mereka akan menjajah negara orang.

Orang Cina ,  bila berseorangan, dia akan berfikir.
Bia berdua , mereka akan berniaga di negerinya sendiri.
Bila bertiga ,  mereka akan berniaga di negara orang.

Orang Melayu , bila berseorangan , dia akan tidur.
Bila berdua , mereka akan bersembang.
Bila bertiga , mereka akan bergaduh.

....................................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sedikit perkongsian yang angah mahu kongsikan dengan pembaca semua. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa angah ialah seorang yang racist. Tetapi yang sebenar-benarnya ialah angah mahu bangsa angah maju. Takkan sekadar berada di bawah kemajuan bangsa lain?
Ada benarnya bahawa orang melayu selalu bergaduh. Tidak boleh melihat orang melayu lain yang berjaya. Tetapi tidak semua. Kalau ada yang berperangan sebegitu, mengapa kita juga mahu menjadi sebegitu?
Inilah masanya untuk kita bangkit. Bekerjasama dalam memajukan Malaysia iaitu negara yang mempunyai perkataan MALAY di dalam namanya sendiri.Bukannya Cinasia mahupun Indiasia.
.................................................................................

Kesimpulannya, angah harap agar kita dapat majukan diri dan keluar daripada kepompong untuk mendapatkan apa yang sebetulnya adalah hak kita. Jangan terlampau lama berada di zon selesa,kerana kelak mungkin zon selesa tersebut bakal menjadi zon neraka.
Sekian. 
 
 
 


Read more ...

Kisah Benar Tentang Seekor Ketam






Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di bawah ini ialah kisah tentang ketam. Kalau sebelum ini anda belum pernah dengar tentang ketam,jadi angah nak kongsi dengan anda tentang perbezaan antara ketam mengikut bangsa. Bukankah ianya suatu yang pelik?
 .......................................................................

Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam. 
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? 
Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu? 
Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina? 
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la… 
Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. 
Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka? 
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. 
MORAL:
Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju. ### lessons learned



........................................................................


Anda faham dengan maksud sebenar cerita ini? Apa yang boleh angah cakap ialah tepuk dada tanya iman.  
Read more ...

7 Januari 2015

Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb


Assalamualaikum...

http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.

CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Jom join jom!!


Read more ...

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking


Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com/ . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .


......................................................................................

Jom sama-sama memeriahkan segmen simple ini. Dah lama sebenarnya angah tak join segmen. Nasib baik ada juga satu segmen menarik ini.
Read more ...

Penipuan Terbesar Rakyat Malaysia





Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Sumber : Siakap Keli


'masa sekolah dulu,ustaz cakap kalau makan x baca bissmillah,syaitan akan makan bersama kita,jdi kwan aku pun dgn selamba cmpur julap dalam makanan dan trus mkn tanpa baca bismillah sambil gelak dia cakap"padan muka kau syaitan , lepas ni mesti cirit birit." '


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di atas merupakan sebahagian daripada lawak-lawak yang telah ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri. Lawak yang bermula apabila bermulanya lawak Tiket Bas , akhirnya telah menyebabkan ramai orang mula membuat lawak mereka tersendiri.
Bagi angah sendiri,ianya merupakan salah satu idea kreatif rakyat Malaysia. Lawak itu menunjukkan betapa lawak itu bermaksud perbodohkan diri dalam sesuatu perkara.
Sekian. 






Read more ...

'Kembar Bumi' semakin hampir ditemui!!



Sumber : Berita Harian
MIAMI: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) semakin hampir menemui apa yang dinamakan sebagai planet 'kembar bumi' susulan pengumuman penemuan lapan planet baharu yang mengelilingi orbit.
Dua daripada lapan planet yang mirip bumi juga seperti planet yang sudah dikenali adalah berada di luar sistem matahari, demikian menurut pakar astronomi memberitahu Persidangan Persatuan Astronomi Amerika ke-225 di Seattle, Washington, hari ini.
"Pasangan kembar bumi itu dikatakan mempunyai permukaan keras dan berbatu dengan kedudukannya dari lingkaran bintang yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk air serta kemungkinan hidupan bernyawa wujud di planet berkenaan," kata pakar astronomi.
Penemuan itu menambahkan lagi planet yang yang dikatakan terletak berdekatan dan bersaiz bumi, serta dipercayai apa yang dinamakan 'Goldilocks zone" atau zon habitat kepada himpunan bintang di orbit.
"Kami semakin dekat daripada yang diusahakan selama ini untuk menemui 'kembar bumi' yang mengeliling himpunan bintangnya," kata Fergal Mullally dari Pejbat Kepler NASA.
NASA dengan bantuan misi pencarian Kepler, satu teleskop angkasa yang berkebolehan mencerap lebih 150,000 bintang di sekitar planet yang di luar dari sistem solar, dilancarkan pada 2009.
Himpunan terbaharu planet yang dijumpai Kepler dan diumumkan semalam ialah 554, menjadikan semua 4,175 planet berpotensi ketika ini. - AFP


.................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaman sekarang ini,ramai manusia yang mencari planet yang sama seperti bumi.  Kerana apa? Pertamanya ialah kerana kemungkinan kewujudan makhluk bernyawa di planet yang serupa dengan bumi itu. Keduanya supaya manusia di bumi dapat berpindah ke planet baru,selepas bumi musnah. Ketiga,sekadar ingin menunjukkan bahawa mereka organisasi terhebat dalam pencarian planet.
Walau bagaimanapun,angah sendiri merasakan tidak perlu untuk mencari planet baru. Sebab apa? Sebab buat masa sekarang,yang paling penting ialah perbaiki planet bumi yang semakin nazak. Semakin banyak kerosakan yang dihasilkan berbanding 10 tahun yang lalu. Dan boleh dikatakan setiap hari akan bertambah kerosakan.
Sekian. 
 
Read more ...

Kedai ini ada Pelaris (Khadam jin) ??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Kadang-kadang ,saya rasa pelik dengan satu kedai makan ni. Makanannya tidaklah sesedap mana pun. Yang peliknya,ramai pula pelanggan. Tak putus-putus pulak tu!"

Itulah salah satu dialog yang boleh dilihat daam masyarakat kita pada masa sekarang. Sememangnya dapat dilihat di kawasan bandar mahupun luar bandar,berkenaan bertambahnya bilangan kedai makan yang diuruskan oleh orang melayu. Ada beberapa kedai yang laris perniagaannya dan ada juga yang tidak seberapa.
Apa yang menjadi persoalannya di sini, adakah kedai yang kita telah pergi itu benar-benar bebas daripada sebarang penggunaan unsur ilmu sihir? Boleh dikatakan mungkin juga kedai yang kita pergi itu telah terjebak dengan unsur sebegini.
Oleh itu,sebagai pencegahan awal,angah telah mendapat satu informasi berguna berkenaan hal ini. Cara yang sangat mudah untuk kita ketahui sama ada kedai itu penggunakan Pelaris ataupun Tidak. 
............................................................................................................


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin) , baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta . Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah nak tiup macam  bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas ( mcm ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut,"khadam" itu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (Surah an-Nas) dan (Surah al- falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang,ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu."
...........................................................................................

Sememangnya sebagai seorang yang inginkan segala benda yang masuk ke dalam tubuh badan kita,bahan yang suci dan murni sangatlah diperlukan. Jika kita telah terperangkap ke kedai yang mempunyai pelaris,bukankah ianya membawa kemudaratan kepada diri kita?

Apa-apa pun yang paling penting ialah mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Sekian. 
Read more ...

6 Januari 2015

Review Blog #13




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi bersama Review Blog untuk edisi kali ke 13. Alhamdulillah. Kini sudah masuk edisi ke 13 dalam usaha angah untuk mereview blog. Yang paling angah suka ialah betapa ramainya blogger-blogger yang mempunyai blog yang cantik dan menarik.
1. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/


Blog pertama ialah blog Chenta Hati Tiada Rahsia. Pemiliknya merupakan seorang wanita yang mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel.Mengikut perhatian angah, blog ini mula menerbitkan entry pertamanya pada tahun 2014
Apa yang angah boleh katakan ialah,blog ini boleh diperbaiki lagi. Ada beberapa widget yang mengganggu loading blog ini. Selain itu,susunan widget perlu diperbaiki lagi. Mengapa? Sebab kalau susunan widget tidak menarik,maka menyebabkan pembaca lari. Walaubagaimanapun,angah harap agar blog ini lebih maju di masa hadapan. Jom terjah blog ini!! 


2. http://bungakayangan.blogspot.com/


Blog kedua ialah blog Story About My Life  Sweet Rose. Pemilik blog ini merupakan ibu kepada seorang puteri dan dua orang putera. Angah suka dengan blog ini,kerana warnanya yang menarik. Selain itu,header blog ini sangat cantik! Good job kepada pemilik blog ini.
Banyak entry yang menarik di dalam blog ini. Boleh dikatakan kebanyakan entrynya bercorak informasi. Angah suka blog yang sebegini. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pemilik blog ini kerana blog anda sangat cantik dan menarik. Jom ramai-ramai terjah blog ini. 

3. http://www.azneyshamsuddin.com/


Blog seterusnya ialah blog Azneyshamsuddin. Sebuah blog yang menarik. Pendapat angah ialah blog ini simple dan menarik. Kadang-kadang blog yang simple lagi menarik daripada blog yang penuh dengan widget.
Ada banyak entry menarik dalam blog ini. Contohnya entry berkenaan banjir.Apa yang angah dapat perhatikan,entry pertama dalam blog ini ialah pada tahun 2011. Wow!! Maksudnya blog ini sudah lama bertapak di Malaysia. Apa-apa pun angah ucapkan semoga maju jaya. 


4. http://heartdairies.blogspot.com/



Blog keempat ialah blog Triple Foto. Sebuah blog yang menarik. Pemiliknya merupakan seorang wanita yang umurnya sama dengan angah. Beliau berasal dari negeri Terengganu. Jujur angah nak cakap yang blog ini sangat menarik.
Pelbagai warna telah menjadi tema blog ini. Warna biru cair pula dijadikan sebagai tema background.Entry pertamanya angah dapati ialah pada tahun 2012. Apa-apa pun angah ucapkan semoga berjaya dalam apa jua yang anda ceburi.Jom terjah blog ini.



5. http://hajarashikin.blogspot.com/





Blog terakhir ialah blog Hajar Rash. Blog ini wujud sejak Ogos 2012 dan mula aktif pada tahun 2013.Merupakan seorang yang dibesarkan di Terengganu. Angah dapati blog ini sangat mesra pembaca.Apa yang angah nak puji ialah berkenaan entri. Kebanyakan entry dalam blog ini dapat dilihat pada page home blog ini.
Hal ini kerana blog ini menggunakan konsep yang sama seperti angah. Jadi,ianya membolehkan setiap entry dapat dilihat hanya separuh dan kita perlu klik untuk lihat selanjutnya. Selain itu,blog ini juga dilihat agak modern dan kreatif dari segi susunan widgetnya. Good job untuk tuan blog ini. Jom kita terjah blog ini!! 
Sekian.
Read more ...