30 Januari 2015

Anugerah MeleTOP Era (AME) Senarai 5 Pencalonan Akhir!!



Pelawak Zizan Razak membuktikan kerja kerasnya membuahkan hasil selepas tersenarai untuk lapan buah kategori daripada 16 buah kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME).Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan bin Abdul Razak tercalon menerusi kategori Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Hos TV MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Infiniti Cinta dan Grup Duo MeleTOP bersama Kaka Azraff. 
Manakala Dato’ AC Mizal, Dato’ Siti Nurhaliza dan Akim Ahmad pula berada di tangga kedua apabila masing-masing tercalon untuk 3 buah kategori.Menurut Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, laporsan analisi menerusi kadar peratusan undian yang diterima meningkat naik berbanding tahun lalu.“Berdasarkan laporan analisis, kadar peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama telah meningkat sebanyak 141% berbanding tahun lepas. Oleh kerana AME ialah sebuah anugerah pilihan penonton, kami selaku pihak penganjur berasa amat gembira dan teruja dengan kadar peningkatan yang dicatatkan pada tahun ini.
“Jelas ia membuktikan format asal yang menyerahkan kuasa mutlak kepada para peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah relevan dan berkesan,” ujar Putri Yasmin.Empat buah kategori baru turut diperkenalkan untuk segmen televisyen yang telah dipecahkan mengikut genre hiburan, komedi dan drama. Perubahan yang diperkenalkan ini adalah untuk menambah baik pilihan kategori yang dipertandingkan supaya bersesuaian dengan citarasa penonton yang pelbagai.
Senarai lima calon akhir untuk 16 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian oleh orang ramai sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 12 Disember 2014 hingga 11 Januari lalu. Manakala pemenang untuk kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) pula akan dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon lima terbaik. 
Talian undian bagi Fasa Kedua bagi menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori akan dibuka bermula 28 Januari, jam 6.00 petang hingga 22 Februari 2015, jam 12.00 tengah hari. Dalam pusingan ini, orang ramai boleh memilih calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui tiga cara iaitu secara online menerusi laman sosial rasmi, melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun melalui Aplikasi Astro View Mobile. 
Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME akan berlangsung dengan penuh meriah pada 22 Februari 2015 dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

DRAMA TV MELETOP (BARU)
1. Bukan Kerana Aku Tak Cinta 
2. Kerana Terpaksa Aku Relakan 
3. Hantu Selfie 
4. Aku Ada Wali 
5. Suamiku Encik Sotong
ARTIS LAWAK MELETOP (BARU)
1. Zizan Razak 
2. Jep Sepahtu 
3. Johan 
4. Abam Bocey 
5. Jihan Muse

HOS TV  MELETOP (BARU)
1. Dato' AC Mizal 
2. Zizan Razak 
3. Nabil Ahmad 
4. Neelofa  
5. Datuk Aznil Haji Nawawi

PELAKON TV MELETOP (BARU)
1. Sharnaaz Ahmad 
2. Zul Ariffin 
3. Amar Baharin 
4. Nelydia Senrose 
5. Zizan Razak

PROGRAM TV MELETOP
1. Maharaja Lawak Mega 2013 
2. Konsert Akhir AF2014 
3. Anugerah MeleTOP Era 2014 
4. Anugerah Juara Lagu ke-28 
5. Ceria Popstar 2
LAGU MELETOP
1. Mewangi  
2. Jaga Dia Untukku  
3. Matahari  
4. Infiniti Cinta  
5. Malaikat 
PENYANYI MELETOP
1. Akim Ahmad 
2. Dato` Siti Nurhaliza 
3. Hafiz Suip
4. Shila Amzah  
5. Hazama 
GRUP DUO MELETOP
1. Akim & The The Magistrate 
2. Forteen  
3. Zizan Razak & Kaka Azraf 
4. Mawi & Dato' AC Mizal  
5. Sleeq ft Joe Flizzow
PENYAMPAI RADIO MELETOP
1. Johan 
2. Haniff 
3. Feeya Iskandar 
4. Ray 
5. Raja Azura
PROGRAM RADIO MELETOP
1. JoHaRa Pagi Era 
2. Pilih Hit Era 
3. Petang Era 
4. Morning Crew 
5. SINAR Pagi
FILEM MELETOP
1. Abang Long Fadil 
2. Mat Tudung  
3. Ustaz Mu Tunggu Aku Datang 
4. Sejoli  
5. Penanggal 
BINTANG FILEM MELETOP
1. Nelydia Senrose  
2. Zizan Razak 
3. Shaheizy Sam  
4. Nora Danish  
5. Bront Palarae
FESYEN MELETOP
1. Nur Fazura  
2. Zizan Razak 
3. Dato` AC Mizal 
4. Wak Doyok 
5. Nabil Ahmad 
ARTIS BAHARU MELETOP
1. Ayda Jebat 
2. Firman 
3. Aman 
4. Atikah Suhaimie 
5. Amyra Rosli
BINTANG ONLINE MELETOP
1. Emma Maembong 
2. Zizan Razak 
3. Dato` Siti Nurhaliza 
4. Aaron Aziz 
5. Hanis Zalikha 
COUPLE MELETOP
1. Scha Alyahya & Awal Ashaari
2. Rozita Che Wan & Zain Saidin  
3. Aril AF & Puteri Erma Adlinda 
4. Irma Hasmie & Redza Syah  
5. Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.