10 Januari 2015

Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri.





Sumber : Google 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

Di hari yang begitu cerah ini , angah nak kongsikan sesuatu yang terbaik yang perlu dijadikan sebagai amalam harian. Iaitu cara Rasullullah SAW menjaga kesihatan diri. Apabila kita melakukan segala amalan ini sebagai rutin , sudah tentu kita akan mendapat ganjaran pahala , kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah.
................................................................................. 

Bangun sebelum subuh

Cara pertama ialah bangun sebelum subuh. Angah mengaku kadang - kadang angah sendiri lewat juga bangun subuh. Tetapi selagi kita berusaha untuk bangun awal , in syaa Allah boleh. Banyak kelebihan yang dapat apabila kita bangun sebelum subuh. Untuk pelajar contohnya , kita dapat belajar di waktu sebelum masuk subuh .  Kerana apa ? Kerana pada waktu itu ,  otak kita masih di dalam keadaan fresh tanpa sebarang fikiran berkenaan perkara lain.


Aktif menjaga kebersihan
Menjaga kebersihan merupakan satu perkara yang boleh dianggap sebagai suatu kemestian. Di tambah lagi ,  apabila pada masa sekarang ,  pelbagai penyakit amat mudah untuk menyerang kita. Maka ,  penjagaan kesihatan adalah suatu keutamaan. Penjagaan kebersihan perlulah dilakukan secara menyeluruh ,  kerana ianya dapat menjauhkan diri kita daripada sebarang penyakit.


Tidak pernah makan berlebihan
Sememangnya salah satu daripada nafsu yang perlu di kawal ialah nafsu makan. Kadang-kadang angah sendiri juga akan terlebih makan dan akhirnya kekenyangan seperti ular sawa. Tetapi buat masa sekarang ,  angah cuba untuk mengurangkan kuantiti makanan , sebab angah rasa ianya agak berlebihan. Ia juga dapat mengelakkan diri kita daripada membazir kerana membazir itu merupakan salah satu amalam syaitan.


Gemar berjalan kaki
Ini merupakan salah satu kelemahan angah. Angah sebenarnya lebih suka untuk menggunakan kenderaan berbanding berjalan kaki. Tapi , kalau tempat yang akan dituju itu dekat ,  maka angah hanya akan berjalan kaki. Nampaknya selepas ini ,  angah akan lebih menggunakan kaki untuk berjalan , berbanding menggunakan kenderaan. Selain dapat mengurangkan kos untuk tambang atau wang minyak , ia juga dapat menjadikan iri kita lebih sihat.


Tidak pemarah
Angah akui bahawa angah merupakan seorang yang panas baran. Kadang-kadang angah akan marah akan perkara yang kecil sahaja. Pernah suatu masa dahulu , angah pernah bergaduh dengan kawan di dalam kelas , hanya semata-mata di sebabkan perkara kecil, Tetapi bila dah meningkat dewasa , angah cuba untuk menahan diri daripada berasa marah. Mungkin perkataan yang sebenar ialah SABAR.


Optimis & Tidak putus asa
Seorang yang optimis sememangnya mempunyai masa depan yang cerah berbanding orang lain. Kerana apa? Kerana seseorag itu telah mempunyai tujuan dan telah merancang masa depannya dalam keadaan yang paling baik. Selain itu ,  apabila menghadapi masalah ataupun mengalami kegagalan ,  seseorang itu perlulah optimis untuk meneruskan perjuangan. Sikap tidak mudah putus asa merupakan suatu sikap yang perlu ada pada semua orang.


Tidak iri hati
Sifat iri hati , kadang-kadang terbit juga sifat itu dalam diri angah. Tambah -  tambah lagi ketika angah melihat kejayaan mahupun kesenangan orang lain. Tetapi ianya bukanlah suatu yang bersifat kekal. Sifat iri hati ,sememangnya perlu dibuang daripada diri , kerana ianya akan menyebabkan pelbagai sifat-sifat buruk muncul. Apa apa pun sebagai seorang manusia , sifat iri hati adalah sifat yang tidak perlu.


Pemaaf
Antara sifat terpuji yang perlu ada pada semua orang ialah sifat pemaaf. Terutama sekali buat sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan terhadap kita. In shaa Allah , kehidupan kita akan lebih tenang , kerana kita sudah tidak mempunyai musuh , hanya sekadar syaitan sahaja yang menjadi musuh sebenar-benar.
............................................................................

Kesimpulannya ialah , sebagai seorang muslim , semua perkara yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW sememangnya perlu dijadikan sebagai ikutan. Sama ada ianya dilakukan secara konsisten mahupun tidak , merupakan usaha diri kita sendiri.
In shaa Allah. 

Sekian




4 ulasan:

  1. the ideal way of life :) susah nak start, tapi kena usaha nampaknya ni :)

    BalasPadam
  2. sama sama kita perbaiki diri..insyaAllah

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.