1 Januari 2015

Imbasan 2014 : Diari Jejaka Hangat




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tahun 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Untuk negara Malaysia,tahun 2014 merupakan tahun yang agak menyedihkan kerana pelbagai musibah berlaku pada tahun ini. Apa-apa pun sebagai seorang insan biasa,angah hanya mampu berharap agar dunia akan lebih maju dan lebih baik di tahun baru ini.
Kalau di TV atau di mana-mana sudah dilakukan imbasan sepanjang tahun 2014,kali ini kita akan bersama pula imbasan tahun 2014 bagi blog Diari Jejaka Hangat dan juga angah sendiri.
  .........................................................................................................

Tahun 2014 menyaksikan angah banyak mendapat hadiah hasil daripada pelbagai segmen dan juga giveaway yang telah angah sertai. Antaranya ialah :-
  1. http://www.diarijejakahangat.com/2014/12/hadiah-daripada-ephyra-dah-sampai.html
  2. http://www.diarijejakahangat.com/2014/11/sampai-sudah-bugslock-gelang-penghalau.html
  3. http://www.diarijejakahangat.com/2014/12/dapat-barangan-daripada-r2rick.html
Alhamdulillah,rezeki menyebelahi angah. Angah dapat beberapa hadiah daripada Giveaway Ephyra yang telah dilancarkan oleh blogger Mialiana. Selain itu,angah juga pernah mendapat barangan daripada Giveaway Bugslock yang juga dilancarkan oleh blogger Mialiana. Seterusnya,angah juga mendapat barangan daripada seorang artis indie Malaysia iaitu R2Rick. Alhamdulilah. Jadi,bagi sesiapa yang berkata blogging tiada hasil,semuanya adalah dusta.
  .........................................................................................................

Tahun 2014 juga menyaksikan angah banyak mendapat IKLAN CPUV daripada NUFFNANG. Antara entri yang angah hasilkan :-
  1. http://www.diarijejakahangat.com/2014/12/nuffnang-beri-durian-runtuh.html 
  2. http://www.diarijejakahangat.com/2014/10/rezeki-bulan-oktober-cpuv-nuffnang.html
  3. http://www.diarijejakahangat.com/2014/10/thanks-nuffnang-cpuv-banyak.html
Sememangnya tahun 2014 merupakan tahun  angah berusaha menggunakan khidmat pengiklanan daripada Nuffnang.Kalau sebelum ini,angah banyak mengadu tentang masalah Nuffnang,akhirnya tahun 2014 menyaksikan begitu banyak CPUV yang diberikan oleh pihak Nuffnang. Terima kasih Nuffnang.
   .................................................................................................

Tahun 2014 menyaksikan angah telah melancarkan beberapa Giveaway dan juga Segmen. Antara yang terbesar yang pernah angah lancarkan pada tahun 2014 ialah :- 
  1. http://www.diarijejakahangat.com/2014/06/segmen-klik-dan-menang-by-diari-jejaka.html
  2. http://www.diarijejakahangat.com/2014/11/segmen-blogwalking-by-diari-jejaka.html
  3. http://www.diarijejakahangat.com/2014/10/giveaway-diari-jejaka-hangat-2014.html 
Alhamdulillah. Rasanya kesemua giveaway dan segmen berjalan lancar. Mungkin ada sebarang masalah di dalam proses menyiapkan dan semuanya,tetapi akhirnya angah tetap berpuas hati kerana dapat memberikan sesuatu buat pembaca blog ini.
  .........................................................................................................

 Tahun 2014 juga menyaksikan angah dapat beberapa kejayaan dalam pelajaran. Alhamdulillah. Kejayaan ini angah telah tulis di dalam entri berikut :-
  1. http://www.diarijejakahangat.com/2014/11/keputusan-final-exam-semester-ketiga.html
  2. http://www.diarijejakahangat.com/2014/06/result-semester-kedua.html

Alhamdulillah,kejayaan yang dicapai hasil usaha dan titik peluh sendiri. Apa yang seronoknya bila ada blog sendiri ni,kita dapat lihat entry sebelum ini dan juga dapat imbas kembali kejayaan lalu.
  .........................................................................................................

Tahun 2014 juga menyaksikan angah telah menyertai beberapa konsert sama ada sebagai krew,sebagai pengelola,mahupun sebagai pemuzik. Antaranya ialah :-
  1. http://www.diarijejakahangat.com/2014/04/konsert-perwirafm-seribu-kenangan.html
  2. http://www.diarijejakahangat.com/2014/04/festival-wind-orchestra-sbp-2014.html
  3. http://www.diarijejakahangat.com/2014/09/konsert-sinfonia-notturna-orchestra-uitm.html
  4. http://www.diarijejakahangat.com/2014/12/konsert-maestro-johari-salleh.html
  5. http://www.diarijejakahangat.com/2014/12/uitm-faculty-of-music-celebrating-30.html 
Sejujurnya angah dapat rasakan bahawa tahun 2014 merupakan tahun bermulanya langkah angah dalam mengorak masa depan. Setelah beberapa konsert angah telah harungi, angah dapat lihat masa depan dengan lebih cerah. 
   .....................................................................................................

Kesimpulannya :-
Alhamdulillah,tahun 2014 merupakan tahun yang cukup bermakna. Bagi angah sendiri,ada suka dan ada dukanya untuk tahun 2014. Pelbagai pengalaman menarik telah dapat dilihat pada tahun tersebut. Untuk menjadi blogger,kerana segalanya dapat diimbas kembali melalui entri-entri terdahulu. Angah harap agar tahun 2015 menjadi tahun yang baik. In shaa Allah. 

8 ulasan:

  1. perjalanan tahun 2014 angah sangat menarik.. harap2 2015 lebih banyak best moment akan datang., amin

    BalasPadam
  2. Banyak rezeki Angah tahun 2014, alhamdulillah. Moga tahun ni lebih banyak kebaikan lagi yang Angah dapat. Selamat tahun baru :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga terus berjaya di tahun 2015 dan tahun-tahun yang akan datang...

    BalasPadam
  4. Hebat! Banyak jugak yang kau dah capai tahun lepas. InsyaAllah kep up the good work

    BalasPadam
  5. Tahniah angah... Semoga maju jaya...

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.