23 Januari 2015

Liga Hoki Dunia: Jepun akui jentera serangan Malaysia lebih berkualiti!!





Sumber : Berita Harian


SINGAPURA: 
Jurulatih hoki Jepun, Kang Keon Wook menyifatkan Malaysia sebagai "pasukan yang kuat" dan akan lebih berwaspada dengan serangan daripada anak buah Tai Beng Hai itu nanti.Jepun akan bertemu Malaysia pada perlawanan separuh akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 esok, selepas menewaskan Ukraine, 5-0 pada pusingan suku akhir di Stadium Hoki Sengkang, semalam. 
Malaysia dalam pada itu menundukkan Mexico, 10-1 di gelanggang sama. Kang berkata beliau bimbang pasukannya tidak dapat membalas serangan daripada Malaysia kerana baginya, kekuatan skuad negara adalah menyerang, menjaringkan gol dan menukar sudut penalti."Persiapan kami untuk separuh akhir ... Malaysia adalah satu daripada pasukan terkuat pada kejohanan ini, kami perlu membuat persediaan yang lebih baik jika ingin ke peringkat akhir.
"Tetapi, menang atau kalah tidak penting kerana yang paling utama adalah bagaimana kami bermain dalam perlawanan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Kang berkata walaupun Jepun mempunyai pemain yang mempunyai kemahiran lebih baik dalam menjaringkan gol, tetapi mereka tidak boleh mengatasi kelajuan yang ditunjukkan kebanyakan pemain negara. 
Beliau berkata Malaysia pasukan yang tersusun, justeru beliau akan menggunakan lebih banyak strategi menyerang berbanding pertahanan.Sementara itu, ketua jurulatih negara, Beng Hai berkata walaupun ranking Jepun jatuh ke nombor 15 daripada nombor 14, mereka masih lawan yang sukar dikalahkan.Beng Hai juga mahu anak buahnya berjaga-jaga dengan Jepun kerana pasukan dari negara matahari terbit itu sangat tersusun dari segi persiapan mental dan fizikal. 
Ketua pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim berkata beliau percaya sekiranya Malaysia tidak membuat sebarang kesilapan, mereka akan dapat mengalahkan Jepun dengan mudah. - Bernama

3 ulasan:

  1. Diharapkan Malaysia dapat memberi tentangan yang hebat pada masa akan datang.

    Read my latest entry : Jom Aktifkan MyKad

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.