1 Januari 2015

Review Blog #12



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kita kembali lagi dalam rancangan Review Blog bersama Diari Jejaka Hangat. Alhamdulillah,kali ini telah masuk ke edisi yang ke 12. Bermakna, sudah banyak blog yang telah direview.
Apa -apa pun jom lihat review blog yang telah angah siapkan. Angah harap agar anda dapat blogwalking ke blog-blog terbaik ini. 


Blog pertama ialah blog Perkongsian RH. Sebuah blog yang menarik. Dengan menggunakan ayat menarik di bahagian header yang berbunyi.. "Perkongsian Tips Merancang Majlis Perkahwinan, Tips Blogging, Tips Small Bisnes, Idea Bisnes, Sukan Malaysia, Bola Sepak dan Manchester United News"sememangnya blog ini menjanjikan sesuatu yang menarik.
Angah setuju bahawa blog ini mempunyai pelbagai entri menarik. Sesiapa sahaja yang datang ke blog ini dapat memilih beberapa entri untuk dibaca terlebih dahulu. Good job! Selain itu,blog ini juga mempunyai masa loading yang sangat bagus. Good job lagi!Jadi,sebagai kesimpulannya,blog ini memang bagus. Angah ucapkan semoga berjaya! Jom terjah blog ini.


2. http://cikmanissweet.blogspot.com/


Blog kedua ialah blog Cerita Hati Si Manis. Pertama kali angah ke blog ini,angah dapat lihat sesuatu yang unik di dalam blog ini. Angah dapat lihat betapa cantik dan ringkasnya blog ini,tanpa sebarang widget yang keterlaluan. Bravoo!
Sebuah blog yang simple tidak bermakna ianya tidak cantik. Apa -apa pun angah ucapkan semoga berjaya. Mungkin boleh lagi menghasilkan entri-entri menarik supaya lebih ramai pembaca dapat melihat keindahan dan kesimplean blog ini. Jom terjah blog ini. 


Pertama sekali,angah nak kenalkan blog ini kepada anda. Pemiliknya aktif berblogging sejak 2014,walaupun blog itu diterbitkan pada tahun 2010.Berasal dari negeri Kelantan, beliau juga merupakan mahasiswi di UKM. Wah.. mesti budak pandai ni. Hehe.
Blog ini sangat cantik. Secara jujurnya angah nak beritahu bahawa penggunaan warna dalam blog ini sangat memikat hati angah. Dapat dilihat pelbagai entry- entry berinfo yang menarik untuk dibaca. Selain itu,angah juga suka dengan cara anda menyusun widget anda,begitu kemas sekali. Apa-apa pun angah ucapkan semoga berjaya di masa hadapan. Jom terjah blog ini. 



Blog yang keempat ialah blog yang diberi nama VINTAGE. Sebuah blog yang menarik. Sebab apa? Sebab gayanya yang unik dan kreatif. Angah dapat lihat blog ini sangat berbeza berbanding blog yang lain. Apa yang angah suka ialah dalam blog ini tidak terdapat banyak widget. Itu ialah suatu yang sangat bagus!!
Selain itu,angah juga suka dengan loading blog ini kerana ianya sangatlah laju. Good job!Ada banyak entry menarik dalam blog ini. Untuk ketahui lebih lanjut,silalah terjah ke blog ini! 



Sebuah blog yang menarik. Secara jujurnya angah suka dengan warna hijau yag menjadi warna latar bagi blog ini. Blog yang diberi nama Kisah Hidup Ku sememangnya sebuah blog yang hebat,
Apa yang angah suka ialah kandungan blog ini. Pelbagai entry menarik yang bersangkut paut dengan isu semasa. Selain itu, angah juga suka dengan beberapa widget di dalam blog ini yang amat membantu angah dalam sesi blogwalking. Apa-apa pun angah nak ucapkan tahniah kepada blog ini kerana berbjaya menarik minat angah. Good job!! Jom terjah blog ini. 


Sekian. 

6 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.